Saturday, November 26, 2005

Filem Eksperimen: Star Wreck

Baru-baru nie saya terbaca dalam surat khabar The Star bahagian 'teknologi' tentang sebuah filem eksprimen dari Finland. Filem ini bertajuk Star Wreck: In the Pirkinning. Filem yang di hasilkan oleh sekumpulan anak muda dari Finland yang diketuai oleh Samuli Torssonen. Kumpulan ini terdiri dari amatur dan profesional dalam bidang perfileman. Filem ini juga mengambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan dan ia disiapkan secara 'part time'!

Menarik tentang filem ini ialah ia tidak menggunakan kos yang besar dan dibuat secara sukarela. Walaupun ia mengambil masa yang lama dan melibatkan ramai artis, filem yang dihasilkan tidak mengecewakan. Samuli Torssonen sendiri menyatakan bahawa beliau membuat filem ini secara sukarela dan ingin dunia menilai hasil karya beliau dan rakan-rakannya. Beliau juga ingin menafikan mitos bahawa kos yang besar diperlukan bagi sesebuah filem fiksyen.

Filem ini boleh 'dimuatturunkan' ke komputer anda secara percuma.

Dari pagi tadi saya dok 'bebanturun' guna bittorrent dan petang tadi baru dapat tengok. Memang menarik filem Finland nie dan ada seri kata dalam bahasa Inggeris. Filem lucu + sains fiksyen.

Bagi sesapa yang free hujung minggu nie, cuba-cuba la tonton filem eksperimen nie. Tengok filem orang Finland!!

6 comments:

nbn said...

Huh, dekat 1 jam 20 minit d/load..

tapi kenapa tak boleh play dgn Realplayer?

nbn said...

ok, ok dah jumpa player dia...

anak pak usop said...

fantasinya.. bila pula mimpi hang tuang nak difantasikan ye?=p

sherrina said...

dah download semalaman tapi belum ada masa lagi nak tonton sampai abis. eh, even mula2 pon dah lawak (part tisu tandas lekat di kasut)

is150 said...

wow... nie musti donlod nie... :)

Unknown said...

nbn: Selamat menonton!

pakchaque: Saya pun tak tau hala tuju filem Malaysia, belum ada wawasan kot!

sherrina: Pompuan dalam filem tu seksi + cun ;)

is150: Sesuai untuk peminat Star Trek!!

ann_bfk7358: Salam :)