pada 15 Nov yang lalu. (REUTERS/Issei Kato)
Minggu lepas saya menghadiri satu majlis kahwin sedara bapa mertua saya. Majlis yang sangat meriah dan dihadiri ramai tetamu. Kedua-dua mempelai adalah guru sekolah. Si suami seorang ustaz dan si isteri seorang guru Bahasa Inggeris. Semoga bila dikurniakan zuriat nanti, ada kebolehan berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris dalam 'telo' orang Perak :).
Mudah-mudahan Allah memberkati pernikahan mereka sehingga hari akhirat.
Dalam masyarakat kita nie (segelintir!!), mungkin sudah menjadi kebiasaan suka membuat perbandingan tentang mempelai. Terdengar bisik-bisik yang tidak sedap di dengar semasa menjamah nasi hujan panas tentang perbezaan darjat antara keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Kebetulan pengantin perempuan adalah dari orang yang sangat berada dan pasangannya sebaliknya.
Apalah yang besar sangat tentang perbezaan darjat!. Sesuatu perkara yang sepatutnya tak perlu di jadikan topik lazim di dalam majlis perkahwinan. Bukankah jodoh, rezeki dan ajal itu sudah ketetapan Allah. Ada baiknya kita melihat secara positif terhadap keterbukaan ini.
Dan berdoa agar mempelai mendapat keberkatan, dilimpahkan rezeki yang halal lagi baik dan dikurniakan zuriat yang comel lagi bijaksana. Ameen.
No comments:
Post a Comment