Menurut sejarah, di antara kehebatan orang Arab jahiliyah adalah keupayaan mereka mengingati susur galur keturunan mereka. Kehidupan mereka dalam satu komuniti unik yang dipanggil 'kabilah' di antara faktor yang menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan yang unik tentang susur galur keturunan mereka. Malah pengetahuan tentang susur galur ini merupakan sesuatu yang menjadi kebanggaan setiap kabilah untuk memberitahu kabilah lain tentang hebatnya keturunan mereka.
Setiap kali pulang ke kampung, antara yang paling menyeronokkan adalah bertemu sanak saudara yang bertemu hanya setahun sekali. Namun, ada ketika ada rasa 'kecanggungan' sikit bila bertemu saudara mara yang duduk berjauhan dan sangat jarang bertemu. Rasa sukar nak memulakan perbualan walaupun tahu mereka adalah 'sedarah' dengan kita.
Itulah kata orang kalau dah terlalu jauh dan terlalu lama tidak berjumpa dengan saudara mara, berlanggar bahu pun buat tak tahu. Lebih-lebih lagi jika hubungan saudara itu telah lama terputus kerana kematiaan orang-orang tua mereka.
Pada 2 Syawal yang lalu, saya telah diketemukan dengan saudara mara ibu saya yang telah lama terputus. Secara tidak sengaja, semasa beraya di rumah rakan isteri. Suami kepada rakan isteri saya ada cerita menarik tentang keluarganya dan keluarga ibu saya. Setelah diselidik dengan betul oleh ibu saya yang kebetulan menyertai rombongan raya saya, maka terurailah cerita mengenai Nenek Belanda. Rupanya Nenek Belanda itu ada kaitan dengan datuk saya. Ibu yang tidak puashati meneruskan penyiasatan ke rumah Nenek Belanda.
Nenek Belanda seorang yang telah tua, namun wajahnya ada iras wanita keturunan eropah dan begitu juga wajah anak dan cucunya!!
Rupanya, saya ada ramai lagi saudara mara yang saya tidak kenal dan telah berkembang dengan ramainya. Inilah yang dinyatakan tadi bahawa 'ilmu' tentang susur galur keturunan ini sememangnya sesuatu yang sangat berguna, berguna untuk mengenal diri sendiri dan jati susur galur keturunan.
No comments:
Post a Comment