Sunday, November 13, 2005

Hati-hati di Jalaraya

Corus Paradise Resort

Cuti panjang sempena hari raya yang lepas telah membawa keluarga saya sampai ke Port Dickson. Percutian di Corus Paradise Resort ini juga bersempena ulang tahun perkahwinan. Menggunakan kesempatan yang ada untuk melawat sedara-mara dan sahabat yang tinggal di Seremban dan Port Dickson.

Biasanya bila turun ke selatan, saya lebih suka mengambil laluan lebuh raya. Bagi saya, ia lebih selamat walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos untuk 'tol'. Kali ini, atas nasihat rakan-rakan saya memilih jalan 'dalam' melalui Sabak Bernam ke Kelang. Memang jalan sudah occay dan sangat selesa untuk pengguna jalan raya.

Cuma yang tidak seronok bila lalu jalan 'dalam' ini ialah sikap pemandu di kawasan sekitarnya. Suatu pemandangan yang biasa melihat penunggang motorsikal terutamanya yang tidak memakai 'helmet' dan perbuatan pemandu kereta yang memotong sebelah kiri (laluan motorsikal yang sempit). Cara pemanduan mereka sangat berisiko dan saya berpendapat, di sinilah agaknya asas pemanduan berbahaya bermula di Malaysia. Bila di kampung mereka, mereka boleh memandu sesuka hati. Begitu jugalah sikap yang akan di bawa ke mana-mana bila berada di atas jalan raya. Sikap mengabaikan keselamatan diri dan orang lain.

OPS Sikap IX yang bermula 27 Oktober lalu dan berakhir tengah malam kelmarin mencatatkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 233 orang. Jumlah tersebut menunjukkan pening-katkan 16.5 peratus atau 33 kematian berbanding tempoh sama dalam Ops Sikap VII. Peningkatan turut dicatatkan dalam jumlah keseluruhan kemalangan iaitu daripada 11,609 kes kepada 13,462 kes.

Dalam perjalanan juga saya terdengar satu iklan di radio berkenaan keselamatan jalan raya. Iklan tersebut berkenaan perbualan seorang anak perempuan dengan bapanya. Anaknya mempersoalkan sikap orang yang memotong barisan dan bapanya menasihati agar anaknya bersabar. Namun, apabila berada di dalam kereta dan anaknya mempersoalkan sikap orang yang memotong barisan dan bapanya menjerit 'Hhoii.."

Nampaknya, nak tengok orang Malaysia yang benar-benar bersabar dalam segala hal ialah bila dia mampu tersenyum bila membawa kereta di jalanraya Malaysia.

6 comments:

doBot said...

Ada jugak orang yang bawak kereta tersenyum tapi bawak kereta macam orang gila. Haa..nie la pelumba haram yang bawak awek naik kereta. Senyum poyo...

first time kat blog nie. Salam perkenalan.

is150 said...

ops sikap lepas nie kena kembangkan di kawasan-kawasan 'jalan dalam' sepatutnya... sbb memang kurang kemalangan di lebuh raya nih...

ikut jln dalam balik ke Lumut memang dah OK sekarang nie... dah banyak berbeza dari dulu...

ChikaDior said...

selamat hari raya....

jadilah pemandu yg berhemah
=)

tuan tanah said...

mari kita lumba jalan kaki pula selepas ini!

Amir Azmi said...

dobot: Orang bawak kereta tu bukan senyum tapih 'sengih' menyeringai depam awek. Salam perkenalan :)

is150: Polis kat area kampung nie agaknya lembut hati kot. Tak smpai hati nak saman orang kampung.!!

chikadior: Selamat Hari Raya :)

tuan tanah: Kalau Malaysia suhu di bawah 15 darjah celcius waktu siang boleh la kot! Teringin juga nak berbasikal keliling Malaysia!!

nbn said...

Walaikum salam..

dengan situasi yg tak stabil ni rasanya ape bisness pun tak boleh buat. Tapi mungkin ada...let me check nanti inform later...

-nbn, Afghan