"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur."
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Tuesday, August 30, 2005
Saturday, August 27, 2005
Ahmed Hoosen Deedat
Seingat saya, dalam sebuah rancangan Jejak Rasul pernah menayangkan lawatan krew TV3 ke rumah Ahmed Deedat. Dalam rancangan itu dinyatakan seorang Pembela Islam yang Unggul sedang terlantar sakit. Menurut rancangan itu, Ahmed Deedat mengalami lumpuh dari paras tenguk sehingga ke kaki. Beliau hanya terlantar di katil dan ditemani oleh isterinya. Namun, yang menarik perhatian saya ialah keupayaan Ahmed Deedat berkomunikasi dengan krew TV3 hanya menggunakan isyarat mata. Isyarat mata ini kemudian diterjemahkan oleh anak beliau yang selalu mendampinginya apabila ada orang yang ingin berkomunikasi dengannya. Di dalam rancangan itu juga, Ahmed Deedat kelihatan mengalirkan air mata kerana rasa gembiranya melihat saudara seagamanya dari Malaysia datang melawatnya. Pada ketika itu, saya tidak begitu mengambil perhatian dan membuat rujukan atas tokoh yang unggul ini. Tokoh yang unggul dalam membela Islam.
Sehinggalah pada 10 Ogos yang lepas, saya terbaca banyak laporan akhbar tentang kematian Ahmed Deedat. Beliau meninggal dunia ada pada 8 Ogos 2005 dalam keadaan tenang. Beratus-ratus orang datang dari Afrika Selatan dan seluruh dunia untuk memberi penghormatan terakhir buat beliau. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Verulam yang terletak di daerah KwaZulu Natal, Afrika Selatan.
Dalam pencarian maklumat tentang tokoh ini, saya telah bertemu sebuah artikel yang ditulis oleh Fatima Asmal dari An Nisaa Publication (berpusat di Afrika Selatan) tentang Ahmed Deedat semasa berliau terlantar di atas katil kerana lumpuh. Cerita ini diperolehi dari anak Ahmed Deedat yang selalu mendampinginya sebagai penterjemah kepada para tetamunya. Berikut adalah sebahagian dari catatan Fatima Asmal yang dapat saya terjemahkan.
Pada 26 Oktober 2002, lebih kurang jam 7.30 pagi. Reverend Naidoo membuat perjalanan ke 49 Trevennen Road di Verulam, KwaZulu Natal. Satu sahaja misinya yang jelas: meng'kristian'kan Sheikh Ahmed Deedat.
“En. Deedat, bolehkah saya mendoakan awak atas nama Jesus?” dia memulakan kata-katanya. “Dan jika saya doakan atas nama Jesus, awak sembuh dan mampu berjalan. Sudikah awak menjadi pengikutnya.”
I'm not in the chain of command, orders I do not get.
My husband is a patriot, a brave and pride-filled man.
I love the man I married. Soldiering is his life.
(Author Unknown)
“Bolehkah saya bacakan awak surah dari kitab Bible ini dengan harapan Jesus akan menyembuhkan awak?" dia bertanya lagi.
Sheikh Ahmed Deedat memberi gerak balas menggunakan matanya dan dicatat oleh anak lelakinya di atas buku nota hitam yang terletak bersebelahannya. “En. Naidoo,” beliau berkata, “Tolong bacakan saya Bible Genesis Chapter 19 Verse 30.”
Reverend Naidoo yang rasa sangat gembira apabila permintaannya dipersetujui. “Dear Jesus, speak through the eyes!” dia berkata, pada masa yang sama membuka muka surat berkenaan dan membacanya: “And Lot went up out of Zo’ar, and dwelt in the mountain, and his two daughters with him; for he feared to dwell in Zo’ar: and he dwelt in a cave, he and his two daughters. And the firstborn said unto the younger, Our father is old, and there is not a man in the earth to come in unto us after the manner of all the earth: come, let us make our father drink wine, and we will lie with him, that we may preserve seed of our father. And they made their father drink wine that night: and the firstborn went in, and lay with her father; and he perceived not when she lay down, nor when she arose. And it came to pass on the morrow, that the firstborn said unto the younger, Behold, I lay yesternight with my father: let us make him drink wine this night also; and go thou in and lie with him, that we may preserve seed of our father. And they made their father drink wine that night also: and the younger arose, and lay with him; and he perceived not when she lay down, nor when she arose. Thus were both the daughters of Lot with child by their father.”
Sekali lagi, dengan gerakan anak mata, Sheikh Deedat bertanya, “Apakah moral dari kisah itu? Apakah yang awak belajar darinya?”
Reverend Naidoo, tersentak dan terkejut, beliau bergegas meninggalkan Sheikh Deedat, tanpa memberi apa-apa jawapan. Misinya gagal dan memalukannya.
Ini adalah sebahagian dari artikel yang ditulis oleh Fatima, selanjutnya boleh di rujuk di atas link yang terdapat pada tajuk di atas. Semoga, jasa yang telah diberi oleh Ahmed Deedat sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan melahirkan lebih ramai lagi 'Deedat' yang sentiasa di dalam kotak mindanya untuk membela agama Islam walau dengan apa cara sekali pun, samada dalam kedaan sihat mahupun terlantar di atas katil. Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas roh beliau. Al Fatihah.
Friday, August 19, 2005
Jaundis Pada Bayi
Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.
Wednesday, August 17, 2005
Selamat Datang Baby
Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu maha Agung. Tepat jam 0258 pagi ini, anak pertama ku selamat dilahirkan. Alhamdullilah juga kerana kelahirannya berjalan dengan lancar. Bermula dengan rasa sakit lebih kurang jan 0200 pagi membawa kepada kelam kabut untuk membawa isteri ke hospital. Sesampai di hospital, terpaksa balik semula kerana isteri tertinggal dokumen penting dan pada ketika itulah, 'baby' dilahirkan. Alhamdulillah. Nampaknya 'duty' bulan ini akan di bawa ke bulan hadapan dan 'duty' baru untuk cuti 7 hari yang akan datang. Apa-apa pun, Syukur Alhamdulillah, Syukur Alhamdulillah, Syukur Alhamdulillah.
Sunday, August 14, 2005
Bukit Busu II
Pagi semalam cadang nak pergi panjat Bukit Busu dan nak tangkap beberapa gambar. Saja nak memenuhkan fotopages. Akan tetapi dah dekat 1/3 dari pendakian, perut pulak sakit. Menyesal tak paksa 'shit' tu keluar. Cuma dapat ambil beberapa gambar sahaja la sebelum balik. Gambar pada paras permukaan kaki bukit je la. Walaupun baru 1/3 pendakian, basah juga baju!.
Sampai jer kat rumah, mandi-mandi dan sarapan. Baru cadang-cadang nak 'upload' gambar yang dapat kat Bukit Busu, tiba-tiba keluarga Manjung ajak pi panjat Cameron Highland pulak. Balik hari. Hmm.. nak tak hendak ikut juga, tapi dalam hati kata nak juga pergi pasal nak tengok Cameron Highland masa 'Musim Jerebu'. Punya la seronok bila dah sampai Cameron, cuacanya sejuk, langit mendung @ jerebu, orang tak ramai dan yang tak seronoknya!!!! lupa bawak digital kemera!!! Itulah yang paling menyedihkan, ingat-ingat boleh la masuk kat fotopages. Mesti ada hikmahnya tu, Alhamdulillah. Kat atas tu, just joyride jer dan shopping buah strawberi dan sayur-sayur segar. Nie dah masuk kali kedua pi Cameron secara tak disengajakan ;p. Ingat cuti tahunan tahun nie nak pi Langkawi la pulak.
Pagi nie, sambung balik usaha nak ambil gambar kat Bukit Busu. Walaupun angin kencang bertiup dan langit dah gelap semasa pendakian, Alhamdulillah akhirnya sampai juga kat atas tu dan ambil beberapa gambar. Boleh check tengok fotopages saya. Kat puncak tu ada seorang pendaki tu lepak kat atas pokok di puncak Bukit Busu. Nampak klasik jer pemandangan tu. Terus jer ambil gambar. Semuanya berjalan 'occay' tapi bila nak turun, hujan turun dengan agak lebat. Kena cepatkan langkah pasal baju dah basah. Alhamdulliah, sampai juga kat rumah. Lepas mandi-mandi dan sarapan, heh..heh.. main PS2 sampai tengah hari.
Friday, August 12, 2005
Vasily Grigoryevich Zaitsev
Beliau di lahirkan di Yelino pada 23 Mac 1915. Beliau merupakan lagenda Penembak Tepat (Sniper) dalam Peperangan Dunia II. Medan yang telah menaikkan nama beliau sebagai Penembak Tepat terunggul ialah Peperangan di Kota Stalingard. Kehebatannya dalam pertempuran ini telah mengorbankan 225 anggota dan pegawai musuh termasuk 11 penembak tepat musuh yang berpangkat Leftenan Muda.
Pertempuran di Stalingard pada Disember 1942 merupakan detik yang sangat bersejarah bagi Rusia. Ini kerana Kota Stalingard merupakan kota yang mengambil sempena nama pemimpin mereka ketika itu iaitu Joseph Stalin. Pertempuran yang mengorbankan lebih ramai Tentera Rusia telah meruntuhkan moral kebanyakkan dari mereka. Kebanyakkan Tentera Merah Rusia yang berada di sana telah kehilangan semangat (moral) untuk mempertahankan kota tersebut di sebabkan keampuhan peralatan perang German seperti Rejimen kereta Kebal Panzer dan kecanggihan kuasa udara pesawat Lutwaffe. Namun setengahnya berjuang atas semangat kebangsaan Rusia, propaganda Komunis dan perasan ingin membalas dendam di atas kematian rakan-rakan meraka.
Chief Petty Officer Vasily Grigoryevich Zaitsev yang ketika itu berapa dia Lautan Pasifik tidak dapat menahan dirinya untuk terlibat sama dalam pertempuran di Kota Stalingard di mana penjarahan dilakukan secara berleluasa oleh Tentera German. Pada 20 September 1942, beliau di bawah Division Ripel ke-284 telah mara ke Kota Stalingard bagi menangkis kemaraan Tentera German yang lebih kuat dan memiliki peralatan yang canggih.
Pada permulaannya, beliau hanya ditugaskan sebagai kerani. Kehebatannya mula di tonjolkan apabila beliau berjaya menembak mati seorang 'gunner' Tentera German dengan hanya menggunakan senapang biasa (Mosin Rifle) pada jarak beberapa ratus ela. Kejayaannya menembak mati tentera musuh itu telah mendapat perhatian dari salah seorang Komandernya yang melihat sendiri kejadian tersebut. Selepas dari itu, beliau telah di'issue'kan senapang dengan teropong yang lebih canggih dari senapang biasa. Sejak dari itu, pengisahan lagenda Vasily Grigoryevich Zaitsev bermula.
Kehebatan Vasily Grigoryevich Zaitsev menjadi buah mulut yang hangat pada ketika itu sekaligus menaikkan semangat Tentera Merah Rusia yang pada ketika itu kelaparan, kesejukkan, moral yang rendah dan berputus asa dari terus mempertahankan Kota Stalingard. Pihak Komunis juga telah melancarkan perang propaganda dengan menyiarkan jumlah Tentera German yang mati di tangan Vasily Grigoryevich Zaitsev. Ini telah banyak mengubah suasana peperangan yang sebelum ini hanya berat kepada Tentera German.
Kehebatan Vasily Grigoryevich Zaitsev telah menjadi ancaman kepada moral Tentera German. Bagi mengatasi masalah ini, Pihak German telah menghantar penembak tepat mereka iaitu Colonel Heinz Thorvald (Sesetengah mengatakan nama beliau ialah Major Konig). Penembak tepat yang terbaik Tentera German. Namun, kehebatan Colonel Heinz Thorvald tidak dapat mengatasi kelicikan dan kepintaran Vasily Grigoryevich Zaitsev. Beliau akhirnya terbunuh setelah di buru oleh Vasily Grigoryevich Zaitsev selama beberapa hari. Vasily Grigoryevich Zaitsev dapat mengesan beliau sedang menantinya di bawah kepingan zink lama. Namun, kisah ini tidak dapat dipastikan kebenarnya sehingga hari ini.
Teropong Telescopic musuhnya merupakan hadiah terbesar baginya setiap kali beliau berjaya menewaskan musuhnya. Kini, teropong itu di pamerkan di Muzium Angkatan Tentera Rusia untuk menaikkan semangat pejuaang-pejuang muda pada hari ini. Disamping itu juga, kisah bersejarah ini juga telah difilemkan. Tajuk filem tersebut ialah 'Enemy at the gates'.
Beliau mula menguasai kemahiran menembak sejak kecil lagi sewaktu berburu rusa bersama datuknya di pergunungan Ural. Semasa kecil, beliau juga dikenali sebagai 'Hare' yang bermaksud 'arnab liar' dalam bahasa Rusia. Ii menyebabkan 'sniper' yang mendapat didikan beliau di panggil 'Zaichata' yang bermaksud 'bayi arnab liar'!
Vasily Grigoryevich Zaitsev bersara dari tentera dengan pangkat Kapten dan membuka kilang sendiri di Keiv. Beliau meninggalkan dunia pada 15 Disember 1991. Biarpun beliau telah tiada lagi, tetapi semangat dan kebijaksaannya di medan pertempuran Stalingard menjadi inspirasi penembak-penembak tepat pada hari ini.
Wednesday, August 10, 2005
Kesan Perang Salib
Perang Salib telah mendedahkan Eropah kepada pelbagai perkembangan baru dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Di antara kesan yang besar adalah perubahan dalam cara hidup.
Apabila tentera salib kembali ke Eropah, mereka tidak lagi mempraktikkan cara hidup mereka yang lama sebelum mereka mengembara ke Timur dahulu, bahkan mereka kembali membawa budi pekerti yang baru, ilmu pengetahuan yang baru dan cara pemikiran yang baru dan lebih daripada itu mereka kini telah biasa dengan cara hidup suka bersiar-siar dan berlayar. Batasan-batasan hidup bercucuk tanam tidak lagi menjadi penghalang di hadapan mereka. Masyarakat Barat kini merantau ke seluruh pelosok rantau Eropah untuk menyebarkan pemikiran baru.
Perang salib juga telah mencelikkan mata Eropah dari segi sosial. Ferguson dan Bruun dalam buku A Survey of European Civilization menyifatkannya sebagai perangsang kepada kebangkitan ekonomi, sosialdan kehidupan kebudayaan masyarakat Eropah Barat. Banyak kejayaan orang Arab dibawa ke Eropah. Menurut Ferguson, mereka yang kembali dari medan pertempuran berfikir terbuka dan mempunyai idea-idea baru. Angka-angka Arab, Ilmu Arab algebra, ubat-ubar bedil dan kompas dari dunia Islam juga digunakan dalam kehidupan Barat. Selain daripada itu, cara berpakaian, makanan, persekolahan dan pengurusan rumah sakit juga ditiru dari Timur. Hingga ke hari ini dalam perbendaharaan kata bangsa Eropah banyak terdapat perkataan Arab atau yang berasal dari Arab. Perang Salib juga menggalakkan suatu minat baru dalam pelayaran dan penerokaan di Timur.
Selain daripada ini, pentadbiran rumah sakit yang teratur di Barat yang mendapat ilham dari Timur mula dilksanakan. Dalam abad ke-12, telah wujud beberapa rumah sakit dan klinik di Eropah, terutamanya rumah kuarantin bagi penyakit yang mudah berjangkit, sehingga boleh dikatakan setiap rumah sakit Eropah yang didirikan itu adalah mengikut rupa seni bina yang berada di Syria.
Orang Barat juga tertarik hati dengan pakaian orang Islam. Mereka telah meninggalkan pakaian Eropah dan berpakaian dengan fesyen-fesyen pakaian kebangsaan Islam, yang menurut mereka lebih merehatkan pemakainya. Bangsa Eropah juga lebih suka memilih tempat kediaman mereka dengan binaan ala Timur dengan hiasan yang indah-indah seperti dewan yang luas dan kolam air yang airnya mengalir.
Dipetik dari: Sejarah Eropah, Sivachandralingam Sundara Raja. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Terbitan Pertama 2002.
Saturday, August 06, 2005
The Silent Ranks
I wear no uniforms, no blues or army greens.
But I am in the military in the ranks rarely seen.
I have no rank upon my shoulders. Salutes I do not give.
But the military world is the place where I live.
I'm not in the chain of command, orders I do not get.
But my husband is the one who does, this I cannot forget.
I'm not the one who fires the weapon, who puts my life on the line.
But my job is just as tough. I'm the one that's left behind.
My husband is a patriot, a brave and pride-filled man.
And the call to serve his country not all can understand.
Behind the lines I see the things needed to keep this country free.
My husband makes the sacrifice, but so do our kids and me.
I love the man I married. Soldiering is his life.
But I stand among the silent ranks
known as the Military Wife.
(Author Unknown)
Cerita dari Dining-Out
Cerita ini berkenaan dua pegawai tentera yang telah bersara dan berkawan baik. Mereka sangat rapat sehinggakan rutin mereka pun sama setiap hari. Pada waktu subuh, mereka akan solat berjemaah bersama di masjid yang sama. Sarapan pagi di warung kopi yang sama dan pada selepas dari itu, mereka akan main golf bersama. Begitulah rutin mereka selepas bersara dan mereka gembira dengan rutin mereka.
Sehinggalah pada satu hari, salah seorang kawannya meninggal dunia. Maka bersedihlah kawan yang satu lagi.
Semenjak dari hari ini, dia masih lagi melakukan rutinnya tetapi berseorangan. Beliau masih lagi bersolat, masih lagi bersarapan di warung kopi yang sama tetapi sudah tiada minat bermain golf lagi kerana tidak seronok bermain berseorangan. Aktiviti lama itu digantikan dengan hanya tidur di rumah sahaja.
Lama-kelamaan, kerana rutin yang tidak sihat itu, kesihatannya mula merosot. Beliau sudah tidak secergas dahulu dan ditambah dengan usia yang sudah sampai ke penghujungnya.
Pada suatu malam, beliau bermimpi bertemu dengan kawan lamanya yang telah meninggal. Beliau melihat kawannya ceria di dalam syurga.
"Hey kawan apa khabar? buat apa sekarang?" tanya kawan kepada kawan yang berada di syurga.
"aku kat sini sihat sejahtera, boleh kata tiap hari aku main golf. Kalau hujung minggu siap ada tournument lagi" jawab kawannya
"aku kat sini tak berapa sihat jer, sejak ko meninggal. Dah tak minat dan larat lagi nak main golf" balas kawan yang sedang bermimpi.
"tapi aku ingat, lebih baik ko praktis dari sekarang!!" seru kawan yang telah meninggal.
"kenapa??" tanya kawan yang sedang bermimpi kemusyukilan.
"pasai aku tengok hujung minggu nie nama hang naik!!!"
Monday, August 01, 2005
Krisis Tenaga
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamed. Tanpa subsidi, harga petrol premium (RON97) ialah RM2.45 seliter dan bukannya RM1.62 seperti harga sekarang dan harga pasaran diesel tanpa subsidi di Semenanjung sepatutnya RM2.07 seliter. Tapi pengguna membeli seliter diesel dengan harga RM1.28 sahaja. Menurut beliau lagi, anggaran subsudi bagi tahun ini mencecah sekurang-kurangnya RM7.6 bilion jika harga tidak dinaikkan. Oleh itu Kerajaan cuba untuk menghapuskan subsudi petroleum secara berperingkat.
Jika di buat perkiraan kasar, kos tenaga tanpa subsudi sangat membebankan pengguna. Nilai ini sebenarnya memang tidak mampu di tanggung oleh pengguna dan nilai inilah yang akan di tanggung oleh pengguna jika tidak sekarang, pasti suatu hari nanti.
Kita sememangnya tiada pilihan untuk mendapatkan tenaga dengan cara menurunkan nilainya. Nilainya akan bertambah dari satu masa ke masa akan datang. Keperluannya juga bertambah dari hari ke hari. Satu sahaja penyelesaian terbaik terkini, iaitu penjimatan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Fong Chan Onn berkata, semua pejabat kerajaan diarahkan meningkatkan sedikit tahap suhu bilik yang berhawa dingin bagi menjimatkan penggunaan pendingin hawa, berkuat kuasa esok ( 2 Ogos 05), Utusan Malaysia, 1 Ogos 05. Ini merupakan langkah yang baik tetapi dari segi aplikasinya belum dapat dipastikan. Permulaan yang baik ini sebenarnya harus dilakukan sejak lama dahulu. Lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim.
Telah banyak kali diberitahu bahawa pembaziran itu sesuatu yang merugikan malah menjadi sahabat kepada syaitan. Sudah tiba masanya kita memaksa kaki yang manja untuk melangkah ke suatu tempat. Mendesak perut yang boroi menghadzam sedikit makanan. Bibir yang manis mengurangkan bercakap. Semuanya melibatkan tenaga yang besar. Tenaga yang besar memerlukan kos yang besar juga.
Dengan mengurangkan penggunaan petrol, lebih banyak berpuasa dan merendahkan bil telepon sangat-sangat membantu kita memahami bernilainya rezeki yang diperolehi dan melihat pembaziran itu satu kecuaian sikap yang tidak boleh dimaafkan. Namun, itu bukan membawa kita kepada kebakhilan!!!. Adakalanya, apa yang telah ditakdirkan Allah itu membawa rahmat pada sesetengah orang mukmin.
Subscribe to:
Posts (Atom)