Pada hari Isnin yang lalu, saya telah pergi ker Jalan Datuk Kumbar dengan beberapa orang kawan semata-mata ingin mencuba kaedah rawatan tradisional istimewa. Ada kaedah urutan menggunakan tanduk kerbau dengan minyak serai dan mandi wap yang menggunakan bahan utamanya herba dan pewanginya serai. Semangat untuk pergi tu meluap-luap kerana sakit tulang belikat sejak dari perjalanan pulang dari Johor Baharu kerana menghadiri majlis perkahwinan abang ipar.
Sesampai di rumah pakcik urut tu, dia terpaksa menangguhkan sehingga kira-kira jam 9.00 malam kerana hendak menghantar anaknya ke kelas tuition. Lebih kurang 9.00 malam, pakcik tu pun mula melaksanakan tugas mengurutnya. Apa yang saya fikirkan adalah kaedah urutan yang lebih keras sikit dari sebelumnya, kerana kaedah urutan sebelum ini di tempat lain agak mengecewakan.
Namun setelah melihat Kapt. Wan di urut, rasa-rasanya kaedah urutan nie berbeza sedikit dan yang pasti ia menyakitkan. Apa nak kata, dah sampai. Memang tak di nafikan apabila proses urutan berjalan, Allah sahaja yang tahu betapa kerasnya urutan pakcik tu. rasa nak menangis pun ada. lebih kurang 40 minit di urut seluruh badan, saya dicadangkan untuk mandi wap. Di rumah itu mempunyai dua bilik untuk mandi wap. Wap pula dijana dari sebuah dandang besar yang dipanaskan menggunakan gas. Bilik kecil itu bersaiz tandas dan mengandungi satu kerusi kayu. Di dasar bilik itu mempunya paip yang mengeluarkan wap panas berbau serai.
Memang berbaloi mandi wap tu, rasa macam berlari berkilo-kilometer, dengan bertuala sahaja saya duduk kat kerusi dalam bilik 1(paling tebal wapnya) lebih kurang 20 minit. Keluar kejap dan masuk balik.. Fuuuhhhh.... mula-mula memang susah nak bernafas, tapi lama-lama wap serai tu dah jadi macam udara biasa dan sedut macam sedut asap rokok!!!
Lebih kurang 11.00 malam semua proses urutan dan mandi wap selesai, tapi bukan bagi kumpulan kami, oleh kerana lapar kami meminta diri dulu. Singgah kat GELAM TANJAK, macam biasa la. Makan sup herba dan minum air herba. Menurut makcik yg menjual sup herba tu, sepatutnya kena minum air herba dulu baru pergi mengurut. Menurutnya, kaedah ini akan melembutkan urat-urat dalam badan.
Memang puas hati dengan urutan kali ni. Badan rasa segar dan tak sakit belakang lagi. Tapi, mengenangkan saat saat di urut, memang rasa tak nak datang lagi. InsyaAllah kalau ada kelapangan, saya akan datang lagi. Kos urutan itu cuma RM 15.00 dan mandi wap cuma RM 10.00.
Nak tahu alamat pakcik urut tu!!!!
PAKAR URUT TRADISIONAL
DAN MANDI WAP HERBA
(UNTUK LELAKI & WANITA)
TUAN HAJI ABDUL HALIM B. HAJI ISMAIL
PUAN HAJJAH SELAMAH BT. HAJI IDRIS
013-4478379
BATU 9 1/2, JALAN DATO' KUMBAR
05300 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04-7347942
4 comments:
Terima kasih,m kalau ada kelapangan saya nak cuba juga...
izhal: Cuba,jangan tak cuba!
boleh tak mandi wap dulu (tuk kembangkan urat) baru urut?
ikut teorinya, memang la kena mandi dulu. tapi kadang kala, orang yang datang berurut dan mandi wap tu ramai sangat, jadi pelanggan akan buat mana-mana dulu agar tak la balik lewat malam sangat. Agaknya la. awak pernah berurut kat sana ker?
Post a Comment