Pertama kali cuba panjat bukit nie dengan Khaironi dan Junizam, memang teruk. Masa tu Kursus ESP (English for Special Purpose) di KD Pelanduk. Cuma sampai setengah jalan sahaja rasa macam nak pecah jantung. Serius... tak pernah rasa letih macam tu, tapi masa tu memang riak semacam. Macam confidence jer, siap berlari. Itu la padah nya kalau bercakap besar.
Pada pagi tadi, percubaan kali kedua dengan Khaironi. Kali nie, sungguh-sungguh punya. Mesti sampai ke puncak Bukit Busu. Lebih kurang 0815H dah start mula panjat. Memang mula-mula macam biasa, tapi kat tengah tu rasa letih... ditambah dengan dengan satu setengah roti canai masa sarapan, tapi pasal nak sampai juga. carry on!
Lastly, sampai juga kira-kira 0855H. Alhamdulillah!!. Ramai juga yang memanjat dan di antara seorang kanak-kanak yang diberitahu berumur 4 tahun... Issskkkk... budak 4 tahun pun dah sampai. Anyway, It was a good experience. Hope dapat panjat tiap hari lagi.
No comments:
Post a Comment