Friday, February 18, 2005

Dua Ekor Anak Katak

Pada suatu pagi yang indah, ada dua ekor anak katak yang sedang melompat-lompat keriangan. Mereka melompat-lompat di sebuah kebun milik seorang petani.

Sedang mereka seronok melompat ke sana sini, tanpa di duga kedua-dua katak ini telah terjatuh ke dalam sebuah lubang yang sangat dalam.

Dasar lubang itu sangat dalam sehinggakan lompatan mereka tidak mampu untuk mengeluarkan mereka dari lubang itu.

Maka mereka berdua pun berusaha bersungguh-sungguh melompat untuk mengeluarkan diri mereka. Namun, usaha mereka sia sia. Oleh kerana keletihan, maka mereka berehat seketika.

Kebetulan sedang mereka berehat, lalu seekor katak tua di kawasan tersebut. Katak tua itu terdengar bunyi seperti katak yang keletihan. Setelah mencari-cari arah bunyi dan akhirnya dia mendapati bunyi itu datang dari sebuah lubang yang berhampiran dengan mereka.

“Ada sapa-apa kat dalam lubang nie?”, kata katak tua itu.

“Tolong! Tolong!, kami terperangkap dalam lubang nie!!”, balas salah seekor anak katak yang terperangkap itu.

“Cubalah lompat setinggi-tingginya!!”, arah katak tua dari permukaan lubang.

“Kami dah cuba sedaya upaya, tapi masih tak boleh keluar” teriak salah seekor anak katak dengan nada sedih.

“Pakcik rasa kamu memang tak boleh diselamatkan, lompat tinggi mana pun kamu tak akan dapat naik kepermukaan lubang!!”, balas katak tua dengan nada bersahaja.

Mendengarkan kata-kata katak tua itu, anak katak itu mula menangis teresak-esak. Mengenangkan yang dia akan mati di dalam lubang yang dalam dan sempit itu. Mati di usia yang sangat muda. Mati dalam kesedihan.

Walaupun dalam keadaan sukar, meletihkan, gelap dan menyedihkan. Salah seekor anak katak itu masih tetap berusaha melompat keluar dari lubang itu.

LIMA HARI KEMUDIAN
Katak tua yang sama melalui jalan yang sama. Sambil melompat-lompat, dia menjeling ke arah lubang yang dia lihat lima hari lalu. Di dalam hatinya berkata, “kesian, muda-muda lagi dah mati”.

Namun, lompatannya terhenti apabila di lihat dipermukaan lubang itu ada seekor anak katak yang kurus dan keletihan.

“Hhey, budak! Kamu keluar dari lubang ini ker!!”. Jerit katak itu dengan nada penuh tanda tanya.

Anak katak itu tidak menjawab tetapi melihat katak tua itu dengan ‘confuse’ (kekeliruaan).

“Kamu keluar dari lubang ini!!”, ulang katak tua sambil melompat menghampiri anak katak itu.

“Kamu keluar dari lubang ini ker!!”, ulang katak tua itu sekali lagi dengan tegas.

Dengan perlahan anak katak itu menunjukkan isyarat tangan yang dia sebenarnya tidak boleh mendengar. Anak katak ini pekak.

Katak tua ini terdiam dan fahamlah dia bahawa anak katak yang ditemui terperangkap di dalam lubang itu sebenarnya pekak.

“Di mana kawan awak seorang lagi”, ujar katak tua sambil memberi isyarat tangan.

Sambil menangis tersedu sedu, anak katak itu menundukkan muka. Fahamlah katak tua itu, bahawa seekor lagi anak katak telah mati di dalam lubang tersebut.

MORAL DARI KISAH INI

Untuk berjaya dalam hidup kita kenalah berusaha dengan gigih, sabar dan tabah. Sekali kali tidak mendengar pandangan orang yang lemah pemikirannya.

No comments: