26 Disember 2004 merupakan hari yang tidak akan dilupkan oleh umat manuisa di bumi ini khususnya dan Asia amnya. Ini adalah hari di mana ketidak seimbangan bumi telah menyebabkan padah dan malapetaka kepada penduduk planet bumi. Pergerakkan teras bumi di bawah permukaan laut di Kepualanan Andaman, Aceh telah menghasilkan gelombang yang sangat kuat. Gelombang yang terhasil ini seterusnya membentuk gelombang yang besar apabila ia bergerak kepermukaan laut. Gelombang ini bukan sebarang gelombang kerana ketinggiannya mencecah beratus meter dan bergerak dengan kelajuan 800km/jam!!!. Tsunami, itulah gelarannya yang bermaksud Dinding Air dalam bahasa Jepun. Gelombang yang terhasil ini bergerak dari pusat gempa sehinggalah menghentam pantai yang berada disekitarnya. Sehingga hari ini masih belum ada lagi jumlah rasmi tentang berapa ramai yang telah terkorban akibat dari Tsunami ini.
Baru-baru ini, saya menerima SMS dari bekas pelajar saya. SMS ini begini,"A'kum.krbn Tsunami 120 ribu org.ais di ktb cair scra mdadak. Salji turun d ngra Arb. ini TNDA@ KMAT dalam Quran&hadis. KEMBALILAH KPD ALLAH.tlg sbrkn." Apabila terbaca SMS ini terfikir saya satu perkara yang saya tak pernah terfikir sebelum ini. Apa yang seharusnya kita lakukan, sekiranya kiamat sedang menghampiri kita? Adakah cukup dengan sekadar memperingati saudara-saudara kita? atau ada sesuatu yang lebih praktikal untuk menghadapi kiamat!!
Sebelum kita memikir mikirkan betapa kiamat itu sudah semakin hampir dengan kita, mengapa kita tidak terfikir yang bertapa dekatnya maut dengan kita!!. Saya masih ingat lagi sebuah hadis yang pernah saya pelajari semasa sekolah dulu. "Apabila mati seorang anak Adam, tiada apa yang tinggal baginya melainkan tiga perkara. Ilmu yang bermanfaat, amal jariah dan anak yang soleh yang mendoakannya". ~Maksud Hadith~. Apa yang harus kita lakukan sebelum maut menjemput kita? Kita sebenarnya mampu untuk memberi jariah yang banyak kepada mangsa-mangsa Tsunami dan juga InsyaAllah mampu mendidik dan membentuk anak yang soleh, tetapi tanpa kita sedari semua orang tanpa mengira darjat mampu untuk menyampaikan ilmu.
Menuntut dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat sepatutnya menjadi amalan yang sangat dituntut oleh setiap muslim di akhir zaman ini. Bukan sahaja sebagai bekalan di hari kemudian tetapi sebagai jihad untuk membantu umat Islam keluar dari kegelapan kejahilan sementara hidup di muka bumi yang singkat ini. Menuntut dan menyampaikan ilmu bukanlah perkara yang sukar di lakukan, ianya tak memerlukan modal tetapi memerlukan pengorbanan yang besar dan komited terhadap ilmu.
No comments:
Post a Comment