Wednesday, February 16, 2011

iMovie

Akhirnya, berjaya juga menghasilkan video klip menggunakan iPhone dan disunting menggunakan aplikasi iMovie. Lokasinya adalah Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan subjeknya adalah keluarga saya. Video berkenaan pemandangan yang hijau, tasik yang luas dan aktiviti pengunjung Taman Tasik Permaisuri. Cuaca pagi yang sejuk dan disinari cahaya matahari yang lembut membuatkan imej video kelihatan jelas dan menarik. Hampir satu jam beriadah, masa untuk balik dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menghasillan video klip sulung dari iPhone kesayangan. Selepas bersarapan dan membersihkan diri, minda terus fokus pada kerja-kerja penyuntingan. Satu jam tanpa henti, maka terhasilah klip sulung yang disunting sepenuhnya menggunakan iMovie.

Walapun video klip 3 minit 18 saat ini tidaklah hebat sangat, namun ia memenuhi semua impian saya untuk memiliki sebuah telefon bimbit yang 'smart'. Alhamdulillah. InsyaAllah akan terus berkarya dan berkreatif dengan 'buddy' kesayangan ku :)

Tuesday, February 15, 2011

L'alphabet

Huruf dalam bahasa Perancis sama dengan huruf-huruf dalam bahasa Melayu, cuma sebutannya sahaja yang berbeza. Sebelum memahami dengan lebih jelas tentang sebutan perkataan di dalam bahasa Perancis ada baiknya kita fahami bagaimana huruf-huruf dalam bahasa Perancis disebut. Klik video di atas untuk mendengar bunyi huruf-huruf bahasa Perancis.

Tuesday, February 08, 2011

Kelas Perancis

Saya mula menghadiri kelas Bahasa Perancis sejak awal tahun ini semata-mata ingin memenuhi impian yang tertunda sejak kali terakhir mengikutinya di TLDM Lumut pada bulan Okt 2005. Masih teringat lagi Mr. Nardin yang menjadi guru Perancis saya yang pertama. Seorang pesara tentera yang langsung tidak mampu berbahasa Inggeris. Sejujurnya, sedikit yang saya perolehi dari bimbingan Mr. Nardin namun mampu mencetus kecintaan untuk terus mengusai Bahasa Perancis sehingga ke hari ini.

Sememangnya Bahasa Perancis sangat asing berbanding Bahasa Inggeris. Malah menurut guru Perancis saya yang baru, Arnoud Rithie, kebanyakkan perkataan dalam Bahasa Inggeris adalah pinjaman dari Bahasa Perancis!. Tatabahasa!, sangat berbeza. Saya boleh kata yang Bahasa Perancis ini ada sedikit seperti Bahasa Arab yang mana 'kata nama'nya mempunyai jantina! Jika dilihat dari segi sejarah pun, Bahasa Perancis berasal dari Bahasa Latin manakala Bahasa Inggeris lebih dipengaruhi oleh bahasa penduduk di utara Eropah.

Selain keseronokan mencapai impian belajar di Alliance Francais, suasana pembelajaran mengingatkan kembali pengalaman belajar di Australia. Belajar sambil berkenalan dengan rakan yang datang dari pelbagai negara. Di dalam kelas saya terdapat 3 orang pelajar dari Iran dan seorang dari Sudan. Mereka adalah penuntut dari Universiti swasta sekitar Kuala Lumpur. Sama-sama tidak fasih berbahasa Perancis, sama-sama bercakap dalam bahasa Perancis dengan 'enjoy'. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan InsyaAllah akan menamatkan peringkat asas pada bulan Mac ini sebelum disambung dengan peringkat yang lebih tinggi sepanjang tahun ini. 2011 adalah tahun Perancis! :)

Monday, February 07, 2011

iPhone

Akhirnya, setelah hampir dua bulan cuba mendapatkannya. iPhone 4 kini menjad milik saya setelah mengutipnya di Maxis collection center, Plaza KL Central pada Rabu lepas. Sesuatu yang lama telah ku idamkan dan pemilikan yang sangat berbaloi!. Keunikkanya seperti memiliki sebuah komputer riba bersaiz kocek dan boleh di'enjoy' di mana-mana sahaja saya berada

Sebelum ini, hanya mampu melihat kehebatannya di youtube dan laman web sahaja. Keinginan tertunda itu juga hanya dapat diredakan apabila isteri membelinya terlebih dahulu dari Singapura. Jari kecil anak-anak juga sudah mahir me'nyentuh'nya terutama aplikasi yang melibatkan permainan!

Tidak tahu sudah berapa ratus aplikasi yang percuma telah dimuat turun dari App Store sehingga hari ini kerana semua aplikasinya 'best-best belaka'. Setakat ini baru satu yang perlu dibayar, imovie yang harganya USD 4.99. Sudah mula mengumpul video dan foto tapi masih berkira-kira lagi untuk menghasilkan clip video pertama dari telepon bimbit yang smart ini! :)

Monday, January 24, 2011

Azam

Sehingga kini saya masih tertanya-tanya, bagaimana suatu azam dapat mengubah manusia untuk menjadi lebih baik seperti mana yang diazami-nya setiap tahun. Bagi saya, azam umpama suatu pencetus ke arah perubahan. Azam akan mendorong minda kita untuk menjuruskan kehidupan kita agar apa yang diazamkan akan dicapai dengan penuh kemegahan.

Bila melihat azam-azam yang lalu, jika difikirkan akan membuat saya tersenyum sendiri. Sepanjang dua tahun yang lalu, sejujurnya saya tidak mempunyai azam yang jelas. Seingat saya, di Seri Manjung pada awal tahun 2009, saya bercita-cita untuk menjadi jurugambar separuh-masa dan membuka studio sendiri. Namun, dipertengah tahun itu juga, saya ditukarkan ke 10 Briged Para yang menukar 360 darjah azam saya. Hikmahnya, saya didedahkan di dunia yang penuh dengan cabaran dan mencabar, bergelar seorang Paratroopers. Sebulan yang menyengat di dalam Kursus KPBM (Kursus Penyesuaian Beret Merun) a.k.a Pegasus dan sebulan lagi di PULPAK untuk mengikuti Kursus Asas Payung Terjun. Allah Maha Besar, Allah mengubah kehidupan kita atas kehendakNya yang melangkaui logik akal manusia.

Tahun ini berbeza. Alhamdulillah, dengan keizinanNya, saya dapat bersama keluarga tercinta semula. Azamnya juga hebat. Sedang berbaris di dalam minda saya. Antaranya; mengerjakan umrah, kuasai Bahasa Perancis, mengajar untuk Kelab Fotografi MTD dan Kompeni Foxtrot untuk Piala Komandan. Perancangan telah dirangka, mohon Allah memberi kekuatan untuk melaksanakan azam saya. Ameen.