Friday, May 31, 2013

Gopro Hero3

Gambar pertama dari Gopro Hero3
Syukur Alhamdulillah, di beri keizinan oleh Allah untuk memiliki Gopro Hero3 yang  baru setelah Gopro ku yang lama tidak dapat diselamatkan lagi setelah terendam di dalam air garam semasa menyelam di Pulau Perhentian yang lalu. Sememangnya aku kagum dengan Hero3 kerana bentuknya yang lebih compact dan lebih menarik wifi-nya telah siap terbina di dalamnya. Tidak seperti Gopro-ku yang lama, tambahan eksesori diperlukan untuk mengaktifkan wifi-nya. Lebih menarik lagi ialah keupayaannya mengambil gambar dalam keamatan cahaya yang rendah. Walaupun sedikit 'blur' tetapi ia bekerja dengan baik sekali.
Gambar pada keamatan cahaya tinggi
Petang tadi, setelah servis kereta, saya menguji sekali lagi Gopro Hero3 pada kematan cahaya yang tinggi. Sememangnya sangat mantap. Imej yang terhasil adalah seperti yang di gembar-gemburkan selama ini. Sangat berpuashati dengan produk ini dan In Shaa Allah, minggu depan di Legoland Gopro-ku ini akan beraksi sepenuhnya dan diikuti Pulau Tenggol selepas itu.
Namun begitu ada sedikit kekurangan, atau aku yang belum habis baca manual! Gopro baru ini tidak mempunyai 'set timer'. Ini agak menyukarkan bila kita sendiri terpaksa menekan butang 'shutter' untuk mengambil gambar sendiri. Mungkin konsep wifi yang lebih canggih bersama Hero3 ini, fungsi 'timer' telah dimansuhkan. Apa pun, ia masih yang terbaik :)

Monday, May 20, 2013

AOW: Hari ke-3

Awal pagi kami telah ditaklimatkan untuk 'wreck dive' atau selaman dikawasan tinggalan manusia di dasar laut. Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sehinggalah sampai di kawasan selaman, saya dapati ada sesuatu yang tak kena pada kamera gopro-ku. Yaa... menyedihkan, kamera gopro-ku dimasuki air. Lokasi selaman di panggil 'Police wreck'. Ini kerana terdapat tiga buah bot peronda TLDM ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan. Bot peronda polis tersebut dikatakan telah rosak semasa bertempur dengan sekumpulan lanun di periairan Terengganu.
Dalam perjalanan ke 'Police Wreck'
Walaupun bot peronda itu baru setahun ditenggelamkan, namun sudah terdapat pelbagai hidupan yang mula menapak di bot-bot tersebut. Saya melihat ikan jenahak dan pari yang sangat besar. Jauh lebih besar yang pernah dipancing bersama mertua-ku di Pulau Sembilan :) Kami juga melaksanakan latihan 'buoyancy' dengan masuk dari satu pintu ke pintu bot yang lain :) agak menakutkan juga bila memasuki bahagian dalam bot. Namun, ia belum berpenghuni. Ikan-ikan cuma menapak dibahagian luar kebanyakkanya.
Gambar terakhir sebelum gopro-ku dimasuki air laut :(
Selaman terakhir kami adalah di Terumbu Tiga atau dikenali juga T3. Dengan tambahan RM 65.00 (diskaun RM 5 kerana mengambil pakej AOW), Fun dive yang terakhir ini memang berbaloi. T3 merupakan lokasi selaman yang tercantik setakat ini saya pernah lihat. Warna tumbuhannya berwarna-warni dan hidupannya besar belaka. Selaman berakhir jam 3 petang dan kami bersiap balik jam 4 petang. Cuma saya dan Nazmi sahaja balik pada hari tersebut. Aku menaiki bas ke Seri Manjung jam 8 malam. Sebelum menaiki bas, sempat berjumpa dengan sahabat lama-ku, Mohd Taha Yaakob :) Walaupun singkat, banyak yang kami bincangkan dan InsyaAllah, saya akan datang lagi untuk melawat dasar laut negeri cantik, budaya menarik :)


Sunday, May 19, 2013

AOW: Hari ke-2

Seperti kursus asas dulu, menguasai ilmu menyelam memerlukan kita membaca. Namun, kali ini lebih santai kerana tiada ujian :). Bangun awal pagi untuk ulangkaji. Hari ini, 3 lagi pelajaran baru akan dipelajari dimulakan dengan Deep Dive. Bagi penyelam asas, mereka hanya belajar dan memahami selaman yang kurang dari 20m di mana tekanannya tidak begitu tinggi. Pada kursus kali ini, kami didedahkan dengan selaman yang lebih dari 30m. Pada kedalaman ini, tekanannya sangat berbeza. Beberapa ujian dibuat di dasar laut untuk memastikan kesedaran kami di tahap terbaik walaupun pada tekanan tinggi. Pagi ini, En Endrew memberi pnerangan tentang Deep Dive. Pagi ini kami akan menyelam di Pinnacle. Sebuah pulau yang sangat kecil tetapi mempunyai dasar yang sangat dalam.
En. Endrew sedang memberi penerangan
Dalam selaman ini juga kami akan membuat beberapa eksperimen untuk membuktikan tekanan melebihi 20m  adalah besar dan merbahaya jika tidak di awasi dengan baik. Eksperimen yang dilaksanakan adalah bola ping pong dengan menggunakan kuning telur dan mengisi botol mineral menggunakan udara di tekanan 30m. Pada tekanan tinggi, kuning telur tetap pada bentuknya dan tekanan pada 30m jika dibawa kepermukaan akan menghasilkan letusan yang sangat kuat. Itulah kekuatan tekanan pada kedalaman 30m. Don't mess with it! :)
Setelah selesai, kami makan tengahari untuk kelas seterusnya. Selaman navigasi. Walaupun  telah belajar pada kursus asas dulu, tetapi kali ini lebih terperinci, lebih banyak ujian berkaitan dengan navigasi. Kompas bawah laut itu digunakan sepenuhnya dan laluan navigasi juga lebih jauh. Walaupun agak kalut tetapi keputusannya sangat memuaskan. Percaya pada kompas. In Shaa Allah, ia akan membawa kepada jalan yang lurus :)
Selesai membuat kiraan kayuhan
Selama ini saya tidak pernah terfikir berapa jauh saya menyelam. Latihan kali ini  mengajar kami menganggar jarak berdasar kayuhan kaki dan masa. Untuk 30m, saya memerlukan 39 kayuhan. Selepas ini lebih mudah saya menganggar jarak bila membuat selamat di dasar laut. Selesai latihan navigasi dasar laut kami ronda-ronda sekitar latihan navigasi. Seterusnya adalah Selaman Malam. Untuk selaman sebelah malam kami terpaksa menunggu malam dan sebelum tiba waktu malam kami telah taklimatkan oleh DM dari Turtle Bay Divers yang bernama Becky. Beliau berasal dari Australia dan merupakan jurumudi selaman waktu malam yang terbaik di Turtle Bay Divers.
Becky sedang memberi taklimat untuk selaman malam
Selaman malam bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kerana ia memerlukan keberanian untuk menyelam di dasar laut pada waktu malam. Waktu malam merupakan waktu di mana hidupan laut sangat aktif dan masa untuk mereka mencari rezeki. Bermula jam 0630, kami ke lokasi selaman. Lokasi yang sama kami laksanakan latihan navigasi. Selaman ini dilaksanakan dalam kumpulan dan ruang cahaya lampu picit sahaja yang menjadi panduan selaman kami. Saya melihat banyak ikan pari di dasar laut pada waktu malam.
Selaman malam
Selesai selaman malam, kami sama-sama makan :) walaupun kedai makan hampir tutup, tapi kami redah juga. Kami merupakan pelanggan terakhir pada malam itu :) mee tomyam menjadi makanan favorite saya di pulau ini. Pedas dan panas, cukup untuk menghangatkan malam yang dingin.


Saturday, May 18, 2013

AOW

Setelah tertunda hajat untuk melaksanakan kursus selamat peringkat 'Advanced' kerana PRU13, akhirnya pada hari ini saya berjaya juga mencapai impian untuk ke Pulau Perhentian. Perjalanan solo ini bermula dari Stesen Bas Seri Manjung. Saya berharap ada sahabat baru yang saya akan temui di Pulau Perhentian. 
Stesen Bas Seri Manjung
Selelsai sahaja solat maghrib petang Jumaat (17 Mei), aku terus naik satu-satunya bas yang membawa orang Manjung ke Kuala Besut. Bas dua tingkat ini akan melalui Ipoh, Grik, Kota Baharu dan destinasi terakhirnya adalah Kuala Terengganu. Ini adalah perjalanan yang agak lama bukan kerana jaraknya, tetapi kerana bas ini banyak berhenti kerana mengambil penumpang sepanjang perjalanannya. Saya tiba di Kuala Besut jam 6 pagi (18 Mei). Terus cari surau di Kuala Besut untuk solat subuh. Alhamdulillah, selesai solat subuh terus bergerak ke gerai yang pernah saya lawati untuk bersarapan :)
Gerai nasi dagang, Kuala Besut.
Selesai sarapan terus ke jeti untuk mendapatkan tiket ke Pulau Perhentian di Pejabat Mama's Chalet di kompleks Jeti Kuala Besut. Memang orang Terengganu ini manis-manis belaka buat hari lebih ceria. Sementara menunggu bot datang, sekumpulan penyelam datang untuk ke Pulau Perhentian. Seorang lelaki dan 3 wanita. Saya mula menegur mereka dan akhirnya, mereka menjadi rakan sepanjang berada di Pulau Perhentian.
Rakan-rakan yg saja jumpa di Perhentian
Sebaik sahaja chek-in, saya dan salah seorang rakan baru, Mariko Suraya memulakan kelas advanve di bawah bimbingan En. Colin. Saya dimaklumkan yang beliau berasal dari Perancis. Namun, sepanjang kelas pertama saya tak dengar bahasa Inggerisnya mempunyai loghat orang Perancis. Dia sebenarnya orang Belanda. Pembantu En. Endrew pula orang UK. Saya memang suka dengar loghat orang UK.
Colin dan Endrew sedang menyampaikan kelas teori.
Pelajaran pertama kami adalah, Peak Performance Buoyancy (PPB). Ini adalah kelas paling asas dalam kursus ini. Kami diajar cara mengimbangkan badan di dalam air dengan lebih terperinci. Sebelum ini, saya pernah lihat jurulatih selam melakukan aksi yang lentang dan sebagainya di dalam air. Kini, saya berpeluang untuk mempelajarinya. Sebenarnya, semua teknik ini bergantung kepada teknik pernafasan, jumlah pemberat yang betul dan kawalan BCD yang betul. Kombinasi ini akan menyebabkan kawalan kita semasa menyelam adalah dalam keadaan terbaik. Teknik meyelam melalui gelung, mencium batang besi dan berlari di dasar laut andalah antara aktiviti yang sangat menarik. Boleh kata (PPB) ini adalah latihan sukanneka di dasar laut. :)
Semasa latihan PPB :)
Sebelah malam, kami bergerak ke Teluk Dalam. Melawat suami Intan, salah seorang rakan baru di Perhentian. Tidak seperti kursus Asas dulu, malam hanya duduk di chalet sahaja :). Ini merupakan pengalaman yang baru, rupanya malam di Perhentian sememangnya meriah cuma kemeriahannya mengikut acuan barat :(. Walaupun letih tapi sangat teruja lebih-lebih lagi, menaiki taksi laut di malam yang gelap. Secara umumnya, kurang ciri keselamatan untuk menaiki bot diwaktu malam.
Malam di Teluk Dalam
Malam tu tidur dengan nyenyaknya. Letih dan teruja kerana dapat kawan-kawan baru dan pengalaman yang baru. Satu pelajaran telah selesai dan ada 4 lagi akan dihadapi. Sangat gembira dan teruja.