Saturday, December 31, 2011

Program MTD Terakhir

Menu kambing dan udang sedang dibakar
Ini adalah program MTD terakhir yang saya akan sertai kerana selepas ini terpaksa meninggalkan MTD yang sangat menarik. Awal pagi kami sekeluarga telah bergerak ke Janda Baik, Bentong, Pahang. Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa 1 jam dan jarak lebih kurang 60 km tidak banyak memberi masalah kepada kami. MTD menyediakan 5 buah bas PLKN untuk membawa warganya dan saya memilih membawa kereta sendiri kerana memudahkan kami jika ada keperluan 'hajat' yang mengejut terutamanya anak-anak kami.
Majlis berjalan lancar. Sukanneka untuk anak-anak dan ibubapa, makan makanan yang lazat dan mandi-manda di sungai. Saya mengambil keputusan balik awal kerana hati memang rasa tak berapa 'syok' menghadiri program MTD terakhir ini. Mr. Kung memaklumkan yang saya sudah tidak dapat dibantu lagi :). Mungkin takdir Allah telah tertulis. Aku redha dengan apa yang Allah rezkikan kepada-ku. Semoga dku tergolong dari orang-orang yang sabar. :)
Kota ala Perancis di Bukit Tinggi
Dalam perjalanan pulang terlihat sign ke Bukit Tinggi. Terus check di GPS dan jarangnya cuma dalam 17km sahaja. Pandu terus ke destinasi Bukit Tinggi yang pertama kali sampai :) Agak sedih sedikit hujan turun dengan lebat dan anak-anak tertidur keletihan di dalam kereta. Namun, begitu dapat juga mengambil gambar di taman Jepun dan melawat kota ala-ala Perancis. :) Harap dapat datang lagi suatu masa nanti :)

Wednesday, December 28, 2011

MTD Baru

Penginapan baru bagi Putera MTD
Petang tadi, Lt. Kol. Azizan mengajakku ke tapak MTD baru kerana beliau ingin membawa kontraktor IT untuk melawat tapak MTD baru. Walaupun telah banyak kali diperkatakan, ini adalah kali pertama aku melawatnya. Seperti mana yang telah aku lihat dalam lakaran rekabentuknya, begitulah gahnya MTD baru yang dalam pembinaan. Jauh lebih selesa dari MTD yang lama. MTD yang bakal diambil alih oleh UPNM. Aku cuma tersenyum kerana ketika ini, aku tidak berpeluang menjadi antara orang yang pertama merasmikan MTD baru ini :). Mudah-mudahan aku diberi peluang oleh Allah untuk kembali menabur bakti kepada budak boys lagi pada masa akan datang, InsyaAllah :)

Friday, December 23, 2011

POP MTD 2011




Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar. Perbarisan Tahunan Putera MTD berjaya dilaksanakan di sini semalam. Seperti tahun lepas, tiada peluang untuk merakan saat-saat kegembiraan Putera menamatkan perbarisan mereka cumanya, aku masih ingat lagi moment-moment penting yang harus dirakam sekurang-kurangnya di dalam iPhone-ku. Alhamdulillah, iPhone-ku berjaya merakam tradisi mencampak beret di akhir majlis dan bonus tahun ini, Putera men'demo'kan Hakka kebanggan mereka di hadapan Dewan Tun Templer. :)

Monday, October 24, 2011

Mobile upload

Sekarang, boleh kata setiap hari Facebook-ku di 'upload' dengan gambar yang aku ambil dari iPhone 4-ku. Cara paling mudah dan menyeronokkan mempraktikkan hobi fotografiku. Disebalik itu, aku sebenarnya ingin menggunakan sepenuh pakej Maxis-ku yang aku bayar setiap bulan. Setelah berhubung dengan Maxis, aku dimaklumkan hanya menggunakan antara 30-40% sahaja internet dari iPhone 4-ku!. Tiada lagi pembaziran selepas ini :).

Dibantu dengan aplikasi khas sepeti Adobe Photoshop Express dan Instagram menjadikan hobi mengambil gambar dengan iPhone menjadi lebih menarik. Adobe Photoshop Express merupakan applikasi ringkas untuk suntingan gambar yang ringkas tetapi mencukupi untuk seorang jurugambar iPhone. Instagram pula menawarkan 'filters' yang menjadikan gambar lebih klasik dan nostalgik. Steve Jobs sememangnya menghasilkan sebuah 'Masterpiece'! :).

Monday, October 03, 2011

iPhone dan Troli

Sejak melihat penggunaan HDSLR dan glidetrak di dalam youtube, perasaan untuk mengeksperimen video sebegitu sangatlah tinggi. Namun, setelah dikaji kos untuk memiliki eksoseri glidetrack. Hajat di hati terpaksa dikuburkan kerana harganya sangat mahal. Alhamdulllah, semasa membuat amali fizik berkenaan 'ticker tape', tercambah idea untuk menggunakan troli makmal sebagai landasan bergerak dengan iPhone di atasnya menjalakan kerja rakaman. Terima kasih kepada Abang Nawawi, pembantu makmal fizik yang mensedekahkan kepada saya troli makmal yang telah dimasukkan di dalam senarai pelupusan :) Dengan mengeluarkan sedikit modal, batang skrew di pasang pada troli dan seterusnya membantu mengukuhkan iPhone di atasnnya. Alhamdulillah.. siap!. Malam itu juga video pertama dihasilkan dan Harith menjadi model video pertama :)

Saturday, July 30, 2011

Mindset

Khamis lepas merupakan hari yang paling padat dengan aktiviti. Bermula dengan membawa putera ke SMKA KL di Bandar Majalara, Kepong untuk seminar teknik mejawab soalan Fizik SPM. Diikuti dengan lawatan ke Pusat Sains untuk melihat Putera menyertai pertandingan robotik LEGO dan di akhiri dengan lawatan ke Menara Kuala Lumpur bersama Kelab Fotografi MTD.

Semasa di SMKA KL, saya dapat merasakan kehadiran saya dan Putera menjadi satu keanehan bagi mereka. Pastinya kerana uniform yang kami pakai dan bagi saya, ramai guru Fizik di Wilayah Persekutuan ini tidak pernah berjumpa dengan dengan guru Fizik yang datang dari MTD. Namun, saya sentiasa gembira menerangkan dengan jelas setatus seorang guru di dalam tentera.

Semasa menunggu para pelajar seluruh Wilayah Persekutuan, saya ada bersembang dengan salah seorang guru tentang sistem pendidikan negara kita. Beliau menyatakan tentang kajian yang dilakukan pada sekumpulan guru. Guru-guru diminta untuk melukiskan pemandangan di dalam suatu kertas yang diberikan. Setelah dikumpul, ciri-ciri lukisan yang tipikal diperolehi. Pemandangan adalah gunung, matahari, rumah kampung, sawah padi, burung berbentuk 'm' dengan garis di bawahnya dan seumpama dengannya.

Satu perkara yang dapat disimpulkan oleh penceramah itu adalah guru-guru Malaysia tidak pernah berfikir luar dari kotak dan itu jugalah yang disampaikan kepada para pelajar Malaysia. Perkara ini berterusan dari sejak sebelum Merdeka sehinggalah ke hari ini. Kami sebenar membincangkan tentang sistem pendidikan yang perlu berubah dengan peredaran zaman dan perkembangan pemikiran manusia hari ini.

Salah satu negara yang tidak lagi menggunakan sistem berorentasikan peperiksaan adalah Finland. Sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang hampir sama dengan penduduk Singapura tetapi merupakan negara pengeluar produk yang unik dan terkenal seperti Nokia dan IKEA. Sesiapa pun kagum dengan kehebatan dan keunikan produk Finland. Memiliki produk mereka seperti memiliki produk yang jauh berbeza dengan produk negara lain yang sangat tipikal dari segi rekabentuk dan fungsi.

Perlu ada anjakan paradigma dalam diri guru agar suatu bentuk sistem pendidikan yang bertaraf dunia dapat dikembangkan. InsyaAllah.

Tuesday, July 19, 2011

Planet Women

Source: photography.nationalgeogrpahic.com

I feel so excited to join the competition offered by Alliance Francais just for amateur photographer like me. The tittle is 'Planet Women' and the grand prize is 5 days stay in Paris. O la la.. J’aime la Paris :). I can’t resist the temptation to be the grand winner, it makes me keep thinking of what is the great image of ‘Planet Women’. A group of women with their environment? Too ordinary! Think.. think… on ‘google’ling to find the ‘Planet Women’, I found an outstanding photo from NG. It is real great and looking such like that for Paris.. :) May Allah grant my wish, Ameen :)

Monday, July 18, 2011

Sunway Lagoon

Sabtu lepas merupakan hari bersama keluarga sebenar bagi bulan Julai setelah mengikuti lawatan ke Pulau Sipadan, Sabah pada minggu pertama dan Kursus Perkembangan Staf MTD di KELA Anventure Camp, Raub, Pahang. Perkelahan di Sunway Lagoon bersama Kompeni Foxtrot sememangnya menyeronokkan kerana dengan harga tiket yang agak tinggi setanding dengan keseronokkan yang ditawarkan. betul-betul seronok dan anak-anak tidur awal kerana keletihan. Hari Ahad pula melawat orang tua di Shah Alam dan nenk di Kelang. Keadaan nenek tidak begiry sihat, mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan nenek, Ameen :)

Sunday, March 20, 2011

Belon Panas


Pagi-pagi dah bergegas nak naik belon panas, tapi bila sampai semua tiket dah habis kena jual. Sampai jam 0800!!. Apapun, dapat juga buat clip guna iPhone4 guna tripod!. Video lebih mantap dan kurang gegaran :). Ready for Suadi Arabia video clips.. :

Trans-Titiwangsa

Semangat untuk pergi ke ekspedisi ini memang tinggi namun persiapannya tidak seperti semangatnya. Setelah 8 bulan meninggalkan Terendak, sangat jelas stamina semakin menurun dan berat bertambah dengan mendadak. Sememangnya ada perancangan untuk tingkatkan stamina sebelum merentas Titiwangsa, namun motivasi yang rendah telah menyebabkan rutin harian menjadi alasan terbesar untuk menidakkan latihan jasmani sebelum ke Ulu Slim.

Syukur Alhamdulillah, kelas Bahasa Perancis telah selesai pada 11 Mac yang lalu dan memberi banyak masa untuk persiapan ke Ulu Slim. Setiba di Ulu Slim pada 14 Mac, persiapan telah diatur oleh pihak kontraktor. Jauh lebih selesa dari latihan tentera yang pernah dihadiri sebelum ini. Itulah keistimewaan berada di MTD ini. Sebelah malam, persiapan dan taklimat diadakan. Ekspedisi Trans-Titiwangsa akan bermula dari Ulu Slim, Perak merentas Banjaran Titiwangsa hingga ke Pos Buntu, Raub, Pahang sejauh 20 petak peta (lebih kurang 20km ke 30km berdasarkan bentuk rupa bumi). Di dalam hati, tiada perasaan curiga dan percaya ia dapat dihabiskan kurang dari 8 jam, masa yang diambil oleh Komandan semasa melakukan tinjauan.

Di pagi subuh yang hening, selepas solat di tempat permulaan, perjalanan dimulakan bersama Kompeni Foxtrot. Pada mulanya sememangnya bercita-cita akan merentas bersama boys, tapi tidak sampai 1km, mereka telah memecut dengan pantasnya. Maka bermulalah perjalanan melayan langkah diri sendiri. Perjalanan sangat baik sehinggalah ke 'checkpoint 1'. Percubaan melompat di atas batu untuk merentasi sungai menyebabkan kekejangan di sebelah kaki kanan. Maka penderiataan pun bermula. Perjalannan yang sepatutnya santai menjadi sesuatu yang sangat menyukarkan dan menyakitkan!. Terpaksa berhenti di 'checkpoint 2' untuk berehat. Ketika itu, hati mula berkata-kata, "mampukan aku menamatkan rentasan ini kurang dari 8 jam?".

Dalam derita, perjalanan diteruskan sehinggalah hampir tersesat selepas 'checkpoint 3'!. Alhamdulillah, bertemu dengan Abang Razak, Cikgu Koh dan saudara Nik yang melalui kawasan tersebut. Dari situ, kami berjalan hingga ke penamat. Masa rentasan, 7 jam 9 minit. Alhamdulillah.

Dari situ kami dibawa ke Medang Inn untuk berehat dan keesokkannya berakit di Sungai Jelai yang jaraknya lebih dari 20km. Sekali lagi bersama Foxtrot dan Cikgu Koh. Semuanya baik, cuma tragedi terlepas 'check point' dan tersangkut mata kail yang dipasang pada pokok di tebing sungai. Dua orang krew tercedera. Pengajaran, jangan sekali-kali berakit dibawah pokok yang berhampiran dengan tebing sungai, ada banyak mata kail yang tersembunyi!. Berakit tamat jam lebih kurang 1400H. Lebih kurang 1600H, kami bertolak balik ke MTD. Ekspedisi yang menyeronokkan. Menanti-nanti ekspedisi seterusnya bersama boy!.

Trip seterusnya, Arab Saudi. InsyaAllah.

Tuesday, February 22, 2011

Err

Saya pernah dengar tentang 'shutter count' bagi sebuah DSLR. Masa dan ketika di mana shutter tidak dapat berfungsi lagi setelah hayatnya tamat. Ada banyak pandangan tentang hayat shutter dan berapa jumlah sebenar bilangan shutter sebelum dia tamat. Kebanyakkannya menyatakan sekitar 50 ribu.

Pada Jumaat yang lalu, semangat yang sangat berkobar telah menyebabkan saya sudah terpacak di hadapan pelajar MTD yang bersiap untuk sambutan Maulidur Rasul. Semunya berjalan dengan lancar dengan D80 yang sudah berusia hampir 4 tahun dengan terpasang lensa 'wide angle' Tokina. Bermula dengan gambar persiapan putera dan perancangan untuk menrakam semua event dengan lensa wide angle. Namun, hajat tidak tercapai bilamana dalam 20-30 merakam peristiwa persiapan putera, tiba-tiba D80 kesayangan tidak boleh memfokuskan dan kelihatan tulisan 'Err' pada ruang data pada D80. Dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa cemas bila buat pertama kali D80 tidak berfungsi sebaiknya seperti sebelum ini. Alhamdulillah, nasib baik ada kamera back-up. Canon 550D yang saya beli untuk kursus HDSLR yang tidak berjaya dilangsungkan. Maka gambar seterusnya disambung oleh kamera 550D sehingga tamat majlis.

22hb Feb yang lalu, D80 telah dihantar ke Nikon Service Center di Berjaya Times Square. Bersamanya lens 18-135mm Nikkor yang telah agak lama rosak. Lensa ini tidak dapat dikesan oleh D80. Setelah diperiksa, staf Nikon memberitahu yang D80 saya kena tukar shutter dan kosnya RM 380.00 manakala lensa RM 170.00. Oleh kerara masih sayang dan memikirkan tugasan trans-Titiwangsa dan UAE, kamera dan lensa terpaksa dibaiki segera walaupun wang disaku agak kering. :). Harap kedua-duanya akan segera sembuh, Ameen :)

Wednesday, February 16, 2011

iMovie

Akhirnya, berjaya juga menghasilkan video klip menggunakan iPhone dan disunting menggunakan aplikasi iMovie. Lokasinya adalah Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan subjeknya adalah keluarga saya. Video berkenaan pemandangan yang hijau, tasik yang luas dan aktiviti pengunjung Taman Tasik Permaisuri. Cuaca pagi yang sejuk dan disinari cahaya matahari yang lembut membuatkan imej video kelihatan jelas dan menarik. Hampir satu jam beriadah, masa untuk balik dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menghasillan video klip sulung dari iPhone kesayangan. Selepas bersarapan dan membersihkan diri, minda terus fokus pada kerja-kerja penyuntingan. Satu jam tanpa henti, maka terhasilah klip sulung yang disunting sepenuhnya menggunakan iMovie.

Walapun video klip 3 minit 18 saat ini tidaklah hebat sangat, namun ia memenuhi semua impian saya untuk memiliki sebuah telefon bimbit yang 'smart'. Alhamdulillah. InsyaAllah akan terus berkarya dan berkreatif dengan 'buddy' kesayangan ku :)

Tuesday, February 15, 2011

L'alphabet

Huruf dalam bahasa Perancis sama dengan huruf-huruf dalam bahasa Melayu, cuma sebutannya sahaja yang berbeza. Sebelum memahami dengan lebih jelas tentang sebutan perkataan di dalam bahasa Perancis ada baiknya kita fahami bagaimana huruf-huruf dalam bahasa Perancis disebut. Klik video di atas untuk mendengar bunyi huruf-huruf bahasa Perancis.

Tuesday, February 08, 2011

Kelas Perancis

Saya mula menghadiri kelas Bahasa Perancis sejak awal tahun ini semata-mata ingin memenuhi impian yang tertunda sejak kali terakhir mengikutinya di TLDM Lumut pada bulan Okt 2005. Masih teringat lagi Mr. Nardin yang menjadi guru Perancis saya yang pertama. Seorang pesara tentera yang langsung tidak mampu berbahasa Inggeris. Sejujurnya, sedikit yang saya perolehi dari bimbingan Mr. Nardin namun mampu mencetus kecintaan untuk terus mengusai Bahasa Perancis sehingga ke hari ini.

Sememangnya Bahasa Perancis sangat asing berbanding Bahasa Inggeris. Malah menurut guru Perancis saya yang baru, Arnoud Rithie, kebanyakkan perkataan dalam Bahasa Inggeris adalah pinjaman dari Bahasa Perancis!. Tatabahasa!, sangat berbeza. Saya boleh kata yang Bahasa Perancis ini ada sedikit seperti Bahasa Arab yang mana 'kata nama'nya mempunyai jantina! Jika dilihat dari segi sejarah pun, Bahasa Perancis berasal dari Bahasa Latin manakala Bahasa Inggeris lebih dipengaruhi oleh bahasa penduduk di utara Eropah.

Selain keseronokan mencapai impian belajar di Alliance Francais, suasana pembelajaran mengingatkan kembali pengalaman belajar di Australia. Belajar sambil berkenalan dengan rakan yang datang dari pelbagai negara. Di dalam kelas saya terdapat 3 orang pelajar dari Iran dan seorang dari Sudan. Mereka adalah penuntut dari Universiti swasta sekitar Kuala Lumpur. Sama-sama tidak fasih berbahasa Perancis, sama-sama bercakap dalam bahasa Perancis dengan 'enjoy'. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan InsyaAllah akan menamatkan peringkat asas pada bulan Mac ini sebelum disambung dengan peringkat yang lebih tinggi sepanjang tahun ini. 2011 adalah tahun Perancis! :)

Monday, February 07, 2011

iPhone

Akhirnya, setelah hampir dua bulan cuba mendapatkannya. iPhone 4 kini menjad milik saya setelah mengutipnya di Maxis collection center, Plaza KL Central pada Rabu lepas. Sesuatu yang lama telah ku idamkan dan pemilikan yang sangat berbaloi!. Keunikkanya seperti memiliki sebuah komputer riba bersaiz kocek dan boleh di'enjoy' di mana-mana sahaja saya berada

Sebelum ini, hanya mampu melihat kehebatannya di youtube dan laman web sahaja. Keinginan tertunda itu juga hanya dapat diredakan apabila isteri membelinya terlebih dahulu dari Singapura. Jari kecil anak-anak juga sudah mahir me'nyentuh'nya terutama aplikasi yang melibatkan permainan!

Tidak tahu sudah berapa ratus aplikasi yang percuma telah dimuat turun dari App Store sehingga hari ini kerana semua aplikasinya 'best-best belaka'. Setakat ini baru satu yang perlu dibayar, imovie yang harganya USD 4.99. Sudah mula mengumpul video dan foto tapi masih berkira-kira lagi untuk menghasilkan clip video pertama dari telepon bimbit yang smart ini! :)

Monday, January 24, 2011

Azam

Sehingga kini saya masih tertanya-tanya, bagaimana suatu azam dapat mengubah manusia untuk menjadi lebih baik seperti mana yang diazami-nya setiap tahun. Bagi saya, azam umpama suatu pencetus ke arah perubahan. Azam akan mendorong minda kita untuk menjuruskan kehidupan kita agar apa yang diazamkan akan dicapai dengan penuh kemegahan.

Bila melihat azam-azam yang lalu, jika difikirkan akan membuat saya tersenyum sendiri. Sepanjang dua tahun yang lalu, sejujurnya saya tidak mempunyai azam yang jelas. Seingat saya, di Seri Manjung pada awal tahun 2009, saya bercita-cita untuk menjadi jurugambar separuh-masa dan membuka studio sendiri. Namun, dipertengah tahun itu juga, saya ditukarkan ke 10 Briged Para yang menukar 360 darjah azam saya. Hikmahnya, saya didedahkan di dunia yang penuh dengan cabaran dan mencabar, bergelar seorang Paratroopers. Sebulan yang menyengat di dalam Kursus KPBM (Kursus Penyesuaian Beret Merun) a.k.a Pegasus dan sebulan lagi di PULPAK untuk mengikuti Kursus Asas Payung Terjun. Allah Maha Besar, Allah mengubah kehidupan kita atas kehendakNya yang melangkaui logik akal manusia.

Tahun ini berbeza. Alhamdulillah, dengan keizinanNya, saya dapat bersama keluarga tercinta semula. Azamnya juga hebat. Sedang berbaris di dalam minda saya. Antaranya; mengerjakan umrah, kuasai Bahasa Perancis, mengajar untuk Kelab Fotografi MTD dan Kompeni Foxtrot untuk Piala Komandan. Perancangan telah dirangka, mohon Allah memberi kekuatan untuk melaksanakan azam saya. Ameen.