Sunday, May 25, 2008

Aqiqah

Alhamdulillah, akhirnya saya sekeluarga selamat melaksanakan aqiqah untuk anak lelaki saya, Amir Harith. Majlis ini di adakan serentak dengan aqiqah anak sedara (sepupu Harith), Hanna Aisyah. Majlis yang sederhana. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati kehidupan kami sekeluarga. Ameen

Saturday, May 24, 2008

KMO

Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman dalam mengambil gambar sukan, Kejohanan Mini Olimpik di TLDM Lumut memberi peluang kepada saya untuk mengasah mata saya dalam mengambil gambar-gambar sukan. Terdapat banyak acara yang dipertandingkan dalam KMO namun saya lebih berminat untuk mengambil gambar acara Tinju dan Taekwando. Pertamanya, kedua-dua acara diadakan di dalam dewan dan keduanya berdekatan dengan unit saya.

Bermula dengan acara tinju, saya telah belajar beberapa perkara tentang fotografi tentang sukan. Antaranya, untuk gambar sukan kita memerlukan lens yang mempunyai bukaan maksima yang besar. Ini kerana dengan bukaan yang besar, memboehkan lebih banyak cahaya masuk dan seterusnya gambar yang dihasilkan lebih pegun dan menarik.

Seperkara lagi, tak boleh tekan shutter sekali sahaja, ini kerana 'moments' dalam sukan berlalu dengan sangat pantas. Kerana guna kaedah drive atau burst masa menekan shutter. Barulah kita dapat moment yang kita kehendaki.

Balik dari acara tinju, malamnya baru saya buat kajian tentang fotografi sukan menggunkan internat. Betulah telahan saya, peralatan saya yang basic tidak dapat memberi kepuasan sejati dalam mengambil moment menarik di dalam acara sukan.

Satu perkara baru yang saya belajar melalui internet, gambar sukan lebih menarik jika kita dapat tangkap gambar wajah ahli sukan itu!. Riak muka masa bersukan akan menghidupkan lagi gambar sukan itu.

Untuk acara Taekwando, saya mencuba menggunakan teori dan kekecewaan lepas. Gunakan lens 50mm di mana bukaan maksimum adalah 1.8. Lokasi yang paling hampir dengan gelanggang dan menunggu dengan penuh tabah sehingga wajah ahli sukan betul-betul berada di depan lens saya. Alhamdulillah, hasilnya tidak seberapa tapi saya berpuashati kerana saya dapat memikmati ilmu yang baru saya pelajari

Tuesday, May 13, 2008

Sudu dan Garfu

Bila bercakap tentang Esprit de Corps, perkhidmatan inilah yang paling ketara nilainya. Semangat berpasukan itu sudah menjadi budaya dan amalan. Segala aktiviti yang dijalankan mempunyai satu objektif sahaja, bersatu. Tanpa mengira bangsa, budaya dan jantina. Di antara aktiviti yang dijalankan atas nama itu adalah Jamuan Sudu dan Garfu.

Jamuan bulanan ini diadakan secara bergilir-gilir antara fakulti. Bulan ini giliran Fakulti Pendidikan dan yang menariknya, ia dijalankan di Pusat Bowling Armada. Ini maknanya ada pertandingan bowling antara fakulti. Ada program yang merapatkan lagi semangat berpasukan.

Saya bukan pemain yang hebat. Sekadar memastikan bola bergolek dengan lurus di tengah-tengah lorong bowling. Namun begitu, hari ini saya mencatat sejarah dengan menghasilkan 6 'spare' dan 1 kali 'strike' dalam 'frame' yang ketiga!! Pertama kali, Alhamdulillah. Biasanya, susah nak jumpa garis dan pangkah! Dapat no 14 dari 52 orang. :P

Johan adalah Pegawai Memerintah sendiri dan johan fakulti adalah Fakulti Pendidikan! Seronok kerana fakulti saya dapat johan dan seronok dapat bermesra sambil makan 'chiken chop' dengan rakan sejawat.
Semua gambar diambil dengan menggunakan handphone K530i Sony Ericsson. Boleh tahan juga gambar 2.0 Megapixels aku nie :P

Sunday, May 11, 2008

TT Seri Manjung

Salah satu 'jargon' yang selalu digunakan oleh peminat digital kamera adalah TT. Dari segi bahasa, TT bermaksud Teh Tarik. Namun begitu, TT yang dimaksudkan oleh pengemar kamera digital adalah perjumpaan sesama mereka biasanya di tempat makan atau restoran yang mudah dikenali dan biasanya diadakan pada waktu malam.

Topik lazim yang dibincangkan adalah sekitar kamera digital dan perkara yang berkaitan dengannya. Pastinya perbincangan dan pertukaran pendapat sangat rancak dan kadang kala mengambil masa yang agak lama kerana semua ahli berkongsi minat yang sama.

TT Seri Manjung pertama diadakan di sebuah restoran Nasi Kandar yang berhadapan dengan Bank CIMB Lumut. Rasa gembira dan seronok terutama bila dapat mencuba Super Wide Lens kepunyaan Flush!! Memang bisa racun 12-24mm Nikkor nie!. Namun saya tak pasti bila saya berpeluang memilikinya!!. Harganya RM 3K++.

Apa pun, saya sudah rasa lebih seronok sekarang kerana sudah ada ramai kawan yang mempunyai minat yang sama dan tinggal di tempat yang sama.

Wednesday, May 07, 2008

50mm

Akhirnya, setelah dua minggu menunggu dengan penuh sabar dapat juga apa yang diidamkan. Lens Nikkor 50mm yang saya beli secara online dari Shashinki. Barangkali kerana terlalu lama menunggu, Shashinki yang terletak di Ayer Tawar telah menghantar pekerjanya menghantar sendiri lens itu 'by hand'. Eksperimen sikit-sikit malam tadi, dan gambar kat atas antara yang di'snap'. Woody dari filem Toy Story 2. Alhamdulillah, sangat puashati. Motivasi besar nak terus mendalami ilmu fotografi.

Tuesday, May 06, 2008

Jutaan Terima Kasih

Sejak beli SB-800 (Flash bagi kamera DSLR Nikon) dari Shashinki beberapa bulan lalu, saya masih belum faham bagaimana hendak menggunakannya secara kawalan jauh. Teruja dengan gambar-gambar yang diambil menggunakan kaedah tersebut, saya teringat rakan yang mahir tentangnya. Lalu, terus saja menghubungi Salina. Dari maklumat rakan saya itu, ditambah dengan bantuan dari rakan beliau, Syed Nasir. Saya berjaya akhirnya menggunakan SB-800 saya secara kawalan jauh. Belum sempat bereksperimen lagi, tapi saya dah tahu macam mana nak guna. Jutaan terima kasih buat Salina dan Syed Nasir.

Cari-cari dalam youtube, ada la satu demo macam mana nak guna flash kawalan jauh.

Monday, May 05, 2008

Pulau Mutiara

Gambar-gambar kenangan di Pulau Mutiara, klik di sini

Perkara yang saya tak dapat lupakan tentang Pulau Pinang setelah 10 tahun meninggalkannya adalah kepelbagaian makanannya. Paling best, selepas berenang di kolam renang USM terus pergi ke Gelugor untuk makan malam. Makan nasi kandar Sarip dan minum susu lembu yang dimasak di dalam periuk tanah. Bayangkan kehangatan rempah nasi kandar di adun dengan susu panas yang lemak tanpa campuran perasa tiruan buat metabolisma badan membebaskan haba dengan kadar yang sekata.

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dan keluarga berpeluang bercuti di Pulau Mutiara selama 3 hari. Niat dihati nak 'round island' tapi keterhadan masa tidak mengizinkan niat kami dilaksanakan.

Dalam percutian singkat itu sempat juga kami berkelah di Pantai Batu Feringgi, melawat taman rama-rama, membeli buah-buah jeruk di Chowrasta dan mendaki Bukit Bendera!

Makan, sarapan dengan roti canai dan makan tengahari semestinya nasi kandar. Melepas rindu nasi kandar di Restoran Khaleel di Batu Feringgi dan Restoran Line Clear di Georgetown. Restoran Line Clear ini pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3. Harga! sangat berpatutan. Makan malam, di Teluk Tempoyak. Tempat yang terkenal dengan ikan bakar yang segar di tepi laut.

Syukur Alhamdulillah, tertebus sudah rindu selama 10 tahun :P