Wednesday, October 10, 2007

Rendang Tok ke Angkasa


Tidaklah pernah saya merasa Rendang Tok sehinggalah saya bertemu jodoh dengan orang Seri Manjung, orang Negeri Perak. Itulah yang menariknya bila kita dijodohkan dengan pasangan dari luar daerah. Asimilasi budaya dapat dilihat dan membuat minda kita sentiasa terbuka melihat perkara-perkara baru di sekitar kita.

Menariknya, merujuk kepada blog angkasawan kita. Bukan sahaja Rendang Tok, malah Nasi Beriani, Satay Ayam, Tempe, Kuih Bangkit adalah di antara hidangan yang akan dibawa oleh angkasawan kita ke ISS (International Space Station) dalam 1 hari lagi. Nampaknya, bukan sahaja manusia, makanan Melayu pun bersyukur pada Allah kerana dapat dijamah oleh angkaswan di ISS nanti. Macam manalah rasanya 'Rendang Tok' (my fav) kat angkasa nanti? Adakah rasa Rendang Tok dipengaruhi oleh graviti?

Selain dari itu, Dr. Sheikh Muszaphar akan cuba memainkan permainan tradisional Melayu iaitu gasing. Mungkin untuk membuktikan teori Sains tentang Keabadian Tenaga. Kenapa gasing berhenti berputar bila dimainkan dipermukaan bumi? Sepanjang pengetahuan Sains saya, gasing berhenti berputar kerana berlaku pergeseran dengan udara dan juga tenaga berubah dari tenaga kenetik kepada bentuk tenaga lain (Tenaga haba dan bunyi)! Dalam prinsip Keabadian tenaga, tenaga boleh berubah tetapi tidak boleh dihapuskan.

Bagaimana pula keadaan gasing yang berputar dalan persekitaran tanpa graviti? Mungkinkah juga eksperimen ini dijalankan di persekitaran hampagas? Adakah gasing akan terus berputar kerana tiada pergeseran dengan udara? atau gasing boleh berputar lebih lama lagi berbanding jika ia berputar di bumi? Apakah kita dapat memanfaatkan ilmu dari eksperimen yang kecil ini?

Sebelum ini ada sesetengah pengkritik program angkasa ini memandang sinis tentang eksperimen memainkan gasing dan batu seremban di angkasa. Gaya kritikan mereka itu seolah-olah mereka sudah tahu akan jawapannya. Mungkin mereka pernah mencubanya!!. Bagi saya, eksperimen ini hanyalah untuk menarik minat para pelajar dan kanak-kanak untuk lebih meminati bidang sains dan teknologi. Mungkin orang dewasa juga ingin mengetahui apa yang akan berlaku jika gasing diputarkan dalam persekitran tanpa graviti. Sesungguhnya Ilmu Allah itu sangat luas, jika disediakan air laut untuk di jadikan dakwat untuk menulis segala ilmu Allah, pastinya tidak akan tercukup!! MasyaAllah.

Menurut Dr. Sheikh Muszaphar lagi, "Space is all about sharing culture and tradition where cosmonauts from all over the world would gather and conduct experiments as a whole." Ini menunjukkan bahawa penerokaan angkasa lepas bukan sahaja bertujuan untuk penerokaan Ilmu baru malah ianya adalah satu insturmen yang besar untuk menyatukan manusia sejagat yang mempunyai latar budaya yang berbeza-beza.

Sebagai seorang Muslim, beliau juga akan melaksanakan ibadah solat dan puasa di ISS. Beliau sangat berbangga untuk melaksanakan kerana beliau yakin, "I definitely would be praying and fasting in space. I am not sure how it would be done but will share my experiences to all the Muslims all over the world when I get back. After all , Islam is a way of life and I am quite sure I would not face much difficulties. InsyaAllah.".

Semoga selamat pergi dan kembali! Semoga Allah permudahkan segala urusan saudara seIslamku. Ameen.

3 comments:

Anonymous said...

bagi saya apa sahaja yang diuji di ANGKASA LEPAS tidak ada yang kecil nilainya. kerana keajaiban kawasan itu adalah rahsia Allah. apatah lagi sedang di bumi pun banyak yang kita belum ketahui.

saya juga mendoakan agar rahmat dan hidayah Allah dilimpahkan kepada 2 lagi angkasawan. Mudah2an dengan melihat cara hidup angkasawan Islam dan kebesaran Allah di atas sana, mana tahu tergerak hati mereka kepada Islam.

Unknown said...

we should be proud most as he promotes the value of life as being Muslim!

Alhamdulillah..

Unknown said...

Bagi saya, beliau menunjukkan kualti sebenar seorang Muslim.

Bersyukur kerana dikurniakan seorang yang boleh dijadikan tauladan untuk seluruh umat Islam.