Saturday, February 24, 2007

Kena Tag

Terima kasih banyak-banyak kat Sherrina pasal tag saya (awat la hang tag saya!). Buat saya berfikir berkali-kali apa yang saya nak tulis tentang 6 perkara 'weird' tentang diri saya. Saya rasa perkara pelik tentang diri saya adalah;
  1. Bila saya bersalam/berjabat tangan dengan orang lain, saya suka gengam dengan erat, lihat anak mata orang yang bersalam dengan saya dan tersenyum. Bila ada orang salam saya sambil lewa, cuma hulur tangan tapi wajahnya ke arah lain, ini buat saya kadang kala hangin tahap ringan!
  2. Waktu makan adalah waktu ketenangan bagi saya. Menikmati makanan sama ada sedap atau sebaliknya. Perkara yang buat saya tak tenang waktu makan adalah apabila ada orang yang terlalu mengkritik atau bising-bising pasal makanan di hadapan saya. Boleh hilang selera saya, tapi biasanya saya buat pekak je!
  3. Saya tak suka dengar bunyi tapak kasut yang diseret. Bunyi yang dihasilkan oleh orang yang berjalan gaya malas!
  4. Saya suka menonton filem perang, sama ada peperangan moden atau klasik! tapi tak suka tengok filem perang ala-ala Rambo!. Apa yang buat saya benar-benar tertarik adalah strategi pertempuran dan ikhtiar manusia dalam filem itu. 5 bintang untuk filem Enemy at the Gates.
  5. Sangat suka pada tempat yang sejuk, walaupun tinggal di Seri Manjung (dikatakan sebagai tempat kedua terpanas di Malaysia... memang panas pun kat sini!). Perkara yang saya buat bila berada di tempat sejuk adalah bersukan (addict!). Semasa di Australia dulu, hampir setiap malam beriadah di gym dan pulun main ping pong waktu siang. Seronok bila berpeluh dalam persekitaran yang sejuk!
  6. Saya sangat suka main Sudoku!

Ada lagi, tapi cukup la 6 yang ter'weird'. Dengan saya tak de sapa yang nak kena tag! Pasal saya malas nak follow up! Occay, sambung kerja balik!

7 comments:

is150 said...

Salam,

lama tak menjenguk dan lama tak aktif berblog....

sherrina said...

erkkkk....berukan di waktu sejuk? pelik.....:D

Anonymous said...

tldm punya army tu, bila berkawad suka main seret kasut kan?

Unknown said...

is150: Salam, memang lama pasal sibuk sikit sejak kebelakangan nie, belum habis lagi sibuk tapi pasal tak nak layan tension. Layan internet kejap :) macam mana business?

sherrina: Seronok pasala bila sukan waktu sejuk, macam kat Malaysia nie waktu subuh, tak terasa sangat badan cepat panas. Semangat untuk bersukan tu lebih tinggi! Tapi kalau sukan waktu tengah panas, mood tu kurang sikit!

nbb: cikgu... itu bukan berjalan dengan seret kasut. Itu berkawad, Berjalan dan seret kasut dengan 'gaya'!

Anonymous said...

berjalan heret kasut?? hahaha...
teringt kena marah ngn cikgu dulu .. tak pasal2 kena cop malas !!

sihat cikgu? kirim kat anak n wife ek..

Unknown said...

aininadiah: pa citer dengan orang German? Semoga dipermudahkan dalam segala urusan, ameen :)

Cikgu sekeluarga, alhamdulillah sihat sejahtera.

Razak Bin Ramli said...

cerita menarik tentang diri sendiri.