Thursday, February 01, 2007

Snorkeling di Pulau Pangkor

Walaupun saya dah hampir setahun setengah berkhidmat di Lumut, ini pertama kali saya ke Pulau Pangkor. Kesempatan cuti umum digunakan sepenuhnya untuk meneroka seluruh Pulau Pangkor. Diakhir jalan-jalan, kami telah pergi ke Pulau Giam untuk menyelam sambil bagi ikan makan!. Lepas nie, tahu mana nak pergi kalau orang ajak saya ke Pulau Pangkor!

Tambang feri pergi/balik RM 10.00 + tambang van pakej 'round island' RM 10.00 (sebuah van = RM 50.00) + tambang bot ke Pulau Giam dan sewa peralatan snorkeling RM 15.00 + Makan nasi beriani RM 5.50 = Pengalaman yang tak ternilai!

2 comments:

Anonymous said...

itu baru pulau giam cuba saudara pegi pulau manukan di sabah..saudara tak payah snokeling utk tengok ikan..True!!

Amir Azmi said...

Menurut isteri saya yang dah sampai Pulau Redang di Terengganu, pemandangan dasar laut kat sana pun cukup menakjubkan.

Apa lagi di pulau-pulau di sekitar Sabah yang mengadap laut luas!

Pengalaman di Pulau Pangkor buat saya nak sampai ketempat yang macam saudara nyatakan, InsyaAllah. Saya rasa sangat takjub dengan cipataan Allah di dasar laut!