Seingat saya semasa di dalam darjah dua, saya pernah dihukum oleh guru duduk di bawah meja guru sepanjang pengajaran. Tanpa pernah pertanya, "kenapa saya di hukum sebegini?", saya akur dengan perintah guru tersebut sehinggalah pengajaran beliau tamat.
Hari ini bila saya mengajar Matematik. Ada sahaja soalan lazim dari pelajar saya, "kenapa saya kena belajar pelajaran ini? ada kaitan ker dengan kehidupan?" . Saya cuma jawab dengan satu jawapan lazim, "Memang tak der kaitan dengan kehidupan, tapi Matematik mendidik kamu jadi orang yang tabah!". Pastinya anda akan menjadi manusia yang tabah dengan melakukan sesuatu yang sukar dalam dunia ini tanpa matlamat. Saya pernah melakukannya!
Semasa saya berkhidmat di TUDM Alor Setar, saya pernah berbual dengan seorang juruterbang. Beliau menceritakan betapa beliau sentiasa 'baran' terhadap Pegawai jurutera pesawat sebaik sahaja mendarat. Satu yang jelas, Pegawai Jurutera tersebut tidak mampu menjelaskan apakah masalah yang telah berlaku pada pesawat tersebut.
Satu ketika, beliau telah menghadapi hari-hari tidak gembira semasa penerbangannya, lalu seperti biasa beliau mencari Pegawai jurutera pesawat yang bertanggungjawab ke atas pesawatnya. Hari itu, hari bertuah baginya, Pegawai jurutera ini lain dari yang lain, jurutera ini telah mengarahkan juruteknik mengambil beberapa 'bacaan' dari pesawat dan seterusnya membuat pengiraan. Hasil dari pengiraan tersebut, beliau mendapati peningkatan haba yang tinggi pada enjin pesawat telah menyebabkan enjin tidak dapat berkerja 100%. Beliau turut menjelaskan bagaimana pengiraan itu dilakukan!
Siapa kata belajar Matematik tiada kaitan dengan kehidupan? Dengan belajar Matematik, anda akan jadi orang yang tabah, berilmu dan memberi manfaat kepada orang lain.
Minggu lepas, ada perjumpaan dengan Pegawai Memerintah KD PELANDOK. Saya sangat tertarik dengan ucaptama PM berkenaan, 'Keharmonian di antara pendidikan dan latihan'. Beliau mengambil contoh sistem pendidikan yang terdapat di German dan Jepun yang mengadunkan sistem pendidikan mereka sekata di antara pendidikan dan latihan. Melahirkan generasi yang lebih optimis, kreatif dan yang paling utama, bermatlamat. Mereka tahu, kenapa mereka harus belajar dan bagaimana ilmu yang diperolehi itu nanti mampu memberi manfaat kenapa diri mereka sendiri dan orang lain.
Satu yang jelas bagi saya, untuk jadi orang yang berilmu, kita harus jadikan ilmu itu 'hidup'. Ilmu itu hidup bila kita mengamalkannya.
6 comments:
dulu saya selalu bertanya cikgu metamatik saya soalan yang sama dan sekarang baru saya tahu memang metamatiklah bahasa sejagat sebenarnya...
err...Brother Amir ni lecturer di universiti ke? saya ingat brother keje ngan ATM.
matematik tu bergune
aku bace buku teks aku
nak beli filem berape gulung kat kedai pun buleh buat persamaan serentak
gile ah
Matematik itu salah satu ibu ilmu yang asas...
Sebab itu tak pelik ada tycoon bangsa asing yang asalnya buta huruf tapi sebab pandai mengira boleh hidup dan menjadi jutawan...!!!
mcm cerita numbers!
izhal: Sebb tu saya suruh pelajar saya belajar Matematik dengan sabar dan tabah, kerana ketabahan dan kesabaran itu akan jadikan kita 'somebody' suatu hari nanti, InsyaAllah.
sherrina: Saya Pegawai Angakatan Tentera Malaysia dalam Kor Pendidikan. Sekarang mengajar pelatih Navy. Saya mengajar Matematik. Kebetulan, program Diploma Teknologi Marine yang diikuti oleh peltih ini ada kerjasama dengan UTM. Jadi memang kami ada aktiviti bersama dengan Pihak UTM. Tahun ini, atas kapal!
book: Saya berharap pelajar saya punyai anjakan pemikiran dan positif terhadap Matematik macam anda, Ameen!
blackpurple: Walaupun Nabi Muhammad itu tidak boleh membaca dan menulis, saya pasti Baginda mampu mengira dengan baik!
arianna adrizal: "Knowledge is Power" tapi ramai orang kurang sedar!
Post a Comment