Wednesday, November 16, 2005

Musim Orang Kahwin

Kesian kat kawan saya, dia nak adakan kenduri perkahwinannya pada 18 Dis nanti. Kesian kerana tengah rungsing nak buat persiapan perkahwinan. Rungsing kerana kena keluarkan belanja lebih dari 'budget' asal!!

Juli : Ko bayang mir, satu kepala RM 17.00!! Mana nak cekau duit!!
Amir : Haiii (kehairanan) macam mana boleh satu kepala RM 17.00??
Juli : Semua katering murah dah habis kena tempah, tinggal mahal jer.
Amir : Hhmmm....
Juli : Lepas tu bagi alasan harga tinggi pasal harga minyak naik!! @#$!!
Amir : Hhmmm... (sambil mendengar orang sedang merungut!!)

Nampaknya, semakin hari semakin meningkat kos untuk orang Malaysia nak melangsungkan majlis perkahwinan. Semakin ramai jugalah orang Malaysia akan melangsungkan perkahwinan pada umur yang agak lewat. Kena kumpul duit banyak-banyak dulu.

Sebenarnya, masalah ini boleh di atasi jika semua orang faham. Keluarga sendiri, keluarga mertua dan masyarakat. Bila semua orang faham, kenduri kahwin masih boleh dilaksanakan dengan kos yang murah dan bantuan khidmat kerjasama masyarakat setempat.

Tapi sekarang dah jadi 'trend', kenduri kahwin kena la katering dan orang sekitar pun susah dan ringan tangan beri bantuan laksanakan kenduri. Ketua masyarakat pun kurang main peranan bila anak buah nak kahwin!.

Barangkali juga lebih senang kalau guna katering, tak menyusahkan orang lain!. Memang tak menyusahkan tapi tuan rumah, terutama si anak la kena menanggung kos kenduri kahwin. Kesian kepada siapa yang menanggung tu. Padahal kos berlebihan tu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan selepas menjadi raja sehari.

Bagi siapa yang belum kahwin dan bercita-cita nak melangsungkan perkahwinan, kena sediakan payung sebelum hujan. Mudah-mudahan perkahwinan anda di berkati Allah... Ameen.

5 comments:

Jumalisa said...

Assalamua'laikumwarahmatuallahiwabarokatuh...

Pernikahan salafusoleh? Aaahhhh .terlalu indah untuk dibayangkan. Betapa tidak. Pernikahan pada waktu itu, tidak boleh disamakan…sama ada dari segi birokrasi persyaratan yang berliku-liku…tidak termasuk pula dengan pelbagai adat resam dan tatacara yang sulit dikaitkan dengan pernikahan…Ini belum lagi mahar yang mahal dan sederet perlengkapan ini dan itu…baik couple dari nikah dulu.....naudzubillahi min zaalik!!!




Semuanya ini menjadikan sebahagian pemuda atau pemudi terpaksa memperpanjangkan masa membujang sehingga batas waktu yang tidak tentu. Soal keperluan biologis? Untuk sementara, mereka masih ‘mampu’ mengatasinya. Walaupun batas kategori “mampu” yang dimaksudkan tidak jelas. Bahkan ada pula yang menganggapnya sebagai keperluan lain yang boleh ‘dibeli’ di luar. Na’udzu billah min dzalika.

Bagaimana dengan salafusoleh? Semua itu ternyata tidak ada di dalam kehidupan salafusoleh. Pernikahan mereka mudah, murah, bernilai dan penuh barakah.

Para salafusoleh mempunyai semangat yang tinggi untuk bernikah. Membujang tanpa uzur syar'i dilarang Rasulullah SAW. Dari sudut yang lain, mereka menyedari, banyak kebaikan yang tidak mungkin mereka temui selain melalui pernikahan. Di sinilah kuncinya, generasi salaf tak pernah bosan terhadap soal pahala dan kebaikan.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dua rakaat orang yang beristeri itu lebih baik daripada tujuh puluh rakaat orang bujang."

Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Nikahilah wanita, sebab ia akan mendatangkan kekayaan."

Seorang sahabat yang bernama Syadad bin Aus ra, dengan penuh semangat berkata pada keluarganya, "Nikahkanlah aku, sebab Nabi SAW telah berwasiat kepadaku agar aku tidak bertemu Allah dalam keadaan membujang…”

Marilah sama-sama kita merenung dan menyingkap kembali beberapa episod pernikahan yang membawa barakah ini…..

vvvv Episod Pernikahan Seorang Hamba vvvv

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Rabi'ah al-Aslamy yang berkata: “Aku adalah pelayan Nabi SAW, dan pada suatu hari baginda bertanya kepadaku, “Wahai Rabi'ah, adakah engkau tidak ingin menikah?"

“Wahai Rasulullah, aku orang miskin yang tak memiliki apa-apa dan saya ingin sekali mengabdi diri kepadamu."

Rasulullah SAW diam sejenak lalu bertanya lagi dengan pertanyaan yang sama. Dan Rabi'ah pun, menjawab sebagaimana jawapannya yang pertama

Rabi'ah kemudian berfikir, "Demi Allah, tentu Rasulullah lebih tahu akan kebaikan diriku di dunia dan akhirat dan apa saja yang boleh mendekatkan diriku kepada Allah. Jika Rasulullah SAW bertanya lagi, maka akan aku jawab bahawa aku mahu menikah"

Untuk kali ketiganya, Rasulullah pun bertanya, "Wahai Rabi'ah, apakah engkau tak mahu bernikah?"

Segera Rabi'ah menjawab, "Ya, saya mau bernikah, wahai Rasulullah!"

"Pergilah ke rumah bani Si fulan dan katakan kepadanya bahawa Rasulullah menyuruhmu menikahkan aku dengan puteri bapak!"

"Tapi aku tidak mempunyai persiapan apa-apa, wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW kemudian berkata pada para sahabat, "Kumpulkan untuk saudara kamu ini mahar sejumlah lima dirham."

Para sahabat segera mengumpulkan dana yang dimaksud Rasulullah. Setelah itu mereka pergi menghantarkan Rabi'ah. Tak lama kemudian, Rabi'ah pun menikah dengan puteri seorang sahabat yang dianjurkan oleh Rasulullah.

Bagi para sahabat, urusan pernikahan bukanlah tanggung jawab peribadi, melainkan merupakan tanggung jawab masyarakat dan jama'ah. Pernikahan mempunyai kaitan rapat dengan kepentingan dakwah, sekaligus merupakan unsur penting bagi melahirkan masyarakat muslim seterusnya lahirlah mujahid-mujahid baru penyambung amanah dakwah.

vvvv Episod Pernikahan Seorang Wanita vvvv

Imam Nasa’i meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim berkata kepada Abu Thalhah ketika ia ingin mempersunting dirinya,

"Wahai Abu Thalhah, percayalah bahawa orang sepertimu jika melamar, maka lamarannya tak pantas ditolak. Tapi, engkau orang kafir, sedang saya wanita muslimah. Jika engkau mahu masuk Islam, maka itulah maharku dan aku tidak minta apa-apa lagi!"

Abu Thalhah menuruti kemahuan Ummu Sulaim. Ia masuk Islam dan itulah mahar yang ia berikan kepada Ummu Sulaim.

Tsabit berkata, “Demi Allah, aku belum pernah mendengar wanita menikah dengan mahar semulia Ummu Sulaim."

Begitulah Ummu Sulaim memberi contoh bagi wanita-wanita lain dan generasi berikutnya. Pernikahan baginya bukan wasilah untuk hal-hal yang bersifat, maddiyah (kebendaan). Lebih dari itu, pernikahan merupakan sarana dakwah dan merekrut objek dakwah baru ke dalam Islam.

vvvv Episod Pernikahan Seorang Jutawan vvvv

Dari Anas bin Malik bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW terhidu bau minyak wangi dari tubuh Abdur Rahman bin Auf, lalu baginda bertanya,

"Bau apa ini, wahai Abdur Rahman?"

"Ya Rasulullah, saya baru saja bernikah dengan puteri seorang sahabat dengan mahar lima dirham."

"Semoga Allah memberkahimu dan adakanlah majlis walimah meskipun hanya dengan seekor kambing!"

Allahu Akbar !. Abdur Rahman bin Auf, salah seorang jutawan kaya raya pada zaman itu melangsungkan pernikahan hanya dengan mahar lima dirham manakala majlis walimahnya pula hanya dengan modal seekor kambing? Adakah kesederhanaan yang melebihi kesederhanaan Abdur Rahman bin Auf ? Seandainya Rasulullah SAW menyuruhnya melangsungkan pernikahan dengan mahar berjuta-juta dan mengadakan walimah dengan besar-besaran pasti ia mampu. Namun di sinilah, tampak ketinggian peribadi Abdur Rahman bin Auf. Ia telah memberi contoh teladan terbaik bagaimana semestinya menjadi orang kaya. Tidak boros dan menghambur-hamburkan wang yang merupakan amanah Allah.

vvvv Episod Pernikahan Anak Hartawan vvvv

Alkisah, Nuh bin Maryam seorang yang kayaraya pada zamannya. Dia mempunyai seorang puteri rupawan, bertakwa dan solehah. Sudah menjadi lumrah apabila bunga sedang mekar di taman, ramai pula yang ingin menyuntingnya. Tidak sedikit yang datang melamar malah mereka semua bukannya calang-calang calon. Diantranya terdiri daripada hartawan, berkedudukan tinggi juga berketurunan mulia. Namun tak satupun dari mereka yang diterima. Mereka semua tak sesuai dengan “standard” yang diinginkan oleh Nuh.

Kerana sudah seringkali menolak lamaran, ia dituntut untuk kemaslahatan puterinya mencari alternatif, yang pasti kualitinya mestilah lebih baik dari orang-orang yang pernah datang kepadanya.
Nuh bin Maryam mempunyai budak hitam dari India yang bernama Mubarak. Suatu hari, ia menyuruh Mubarak menjaga kebun miliknya selama dua bulan. Pergilah Mubarak ke kebun yang dimaksudkan oleh tuannya. Setelah berlalu dua bulan , Nuh bin Maryam datang melihat-lihat kebunnya dan ingin tahu hasil kerja Mubarak. Sekaligus ingin merasa buah-buahan yang ada di kebunnya.

Ia menyuruh Mubarak memetik buah-buahan yang manis untuknya. Mubarak pun segera memenuhi perintah tuannya. Alangkah terkejutnya Nuh sebab buah-buahan yang dipetik oleh Mubarak ternyata masam dan tidak layak untuk dimakan.

Nuh bin Maryam menyuruh Mubarak memetik buah-buahan yang manis sebanyak tiga kali. Tapi hasilnya sama seperti yang pertama, masih masam dan mentah. Kalaulah Nuh bukan seorang yang penyabar sudah tentu ia akan marah dan menghukum Mubarak. Namun dengan bijak dan tenang, Nuh bertanya kepada Mubarak. Dari sinilah sebuah sejarah bermula …..

"Wahai Mubarak, kenapa engkau tidak memetik buah-buahan yang manis untukku, bukankah sudah dua bulan engkau menjaga kebun ini?"

"Tuanku, tuan hanya menyuruhku menjaga kebun ini dan tidak menyuruhku memakan buah-buahan yang ada di kebun ini!"
Nuh bin Maryam terkejut mendengar jawapan Mubarak. Tapi di sela kekagetannya, ia rasa semakin hampir pada pencariannya. Ya, orang seperti Mubarak inilah yang dicari-cari. Ia berfikir apakah hadiah yang paling tepat harus diberikan kepada orang sejujur Mubarak.
Akhirnya, ia menemui jawapan. Puterinya yang menjadi rebutan adalah hadiah paling tepat diberikan kepada Mubarak. Pada mulanya Mubarak menolak tawaran ini , tapi akhirnya ia menerima tawaran "hadiah" tuannya….

Lalu berlangsunglah pernikahan antara dua insan yang berbeza status sosial, tapi sama dalam agama, akhlak, takwa dan amanah.
Pernikahan Mubarak benar-benar “mubarak”. Hasil dari pernikahannya itu, lahirlah bayi laki-laki yang diberi nama Abdullah bin Mubarak yang menjadi ulama besar pada zamannya dan masyhur dengan ketaqwaan dan keberkahan ilmunya.

www.paksi.net

bukh said...

Kalau dah takde sangat Katering yang murah2 sebab dah abis semua org tempah.. tangguh jerla.. buat bila mana yg rase susuai termasukla time Katering murah available... nikah tetap nikah.. tp kenduri buat kemudian la.. bley jer rasenye.. maksiat dapat kurang, kos dapat kurang, insyaAllah berkat tak kurang2..:)

Anonymous said...

Mak oii! panjangnya komen jumalisa.

Katering tu dah memang jadi trend. Sebab masyarakat kota (terutamanya) dah tak bercampur ngan orang. Jadi, mereka senang buat katering.

Cuba kita tengok kampung2, mereka masih lagik mengamalkan adat 'menjalang' (bahasa jawa). Begitu jugak orang negeri sembilan. Yang dipanggil, 'penanggah'.

Aku suka tang negeri nie, ada rokok penaggah. kekekekke...rokok preee

Anonymous said...

kadang-kadang katering bagus juga. elak membazir. tambah2 untuk sape-sape yang malas nak pikir banyak2. cuma bayar. aku pun dah start kumpul duit. nak derma kat rumah kebajikan.. chewwah..

Unknown said...

jumalisa: Terima kasih atas catatan yang panjang lebar. Sangat Bagus!

bukhari: Masa yang terlalu singkat dan faktor keluarga buat sahabat saya tu kena segerakan majlis kahwin. Hujung tahun nie, tiap-tiap hari ada orang kahwin :)!!

dobot: Itu salah satu elemen 'bonus' dalam kerjasama mengusahakan majlis kenduri kahwin. Tapi, skang rokok dah mahal kot!!

Masa saya kenduri dulu beli rokok kat Bukit Kayu Hitam (Free duty), ada member kerja kat sana. Lepas majlis, kena komplen pasal rokok dunhill dan Surya yang saya beli tu tak der rasa!! :D

kel@mbu: Sapa belum nikah memang kena la kumpul dari sekarang, InsyaAllah tak rugi malah mengembirakan semua orang.