(sumber: Utusan Malaysia)
Apakah rukun nikah?
Calon suami (lelaki), Calon isteri (mestilah perempuan!!), Wali bagi anak dara, 2 orang saksi dan Ijab dan kabul (akad).
Seterusnya di Malaysia, yang perlu adalah restu dari ibubapa. Namun masalah ini boleh di atasi jika kita dah mula menghormati kedua ibubapa calon isteri kita. Kena la pastikan diri 'fit' dengan semua keperluan mereka. Asasnya, dekatilah diri pada Allah dan tunjukkan bahawa anda seorang yang berusaha dalam hidup. InsyaAllah, dipermudahkan Allah urusan dunia anda.
Seterusnya lagi di Malaysia, kenduri kendara yang 'havoc'!! Inilah cabaran yang memeningkan banyak kepala bakal pengantin, terutama mereka yang berpendapatan kecil dan tinggal di bandar besar.
Bagi yang berada, itu bukanlah satu cabaran dan yang sederhana pula cabaran untuk membayar balik pinjaman peribadi kepada bank sampai anak dah masuk yang ketiga!
Ucap tahniah kepada 106 pasangan yang diraikan dalam majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 20 Nov yang lalu. Majlis yang disambut secara sederhana turut dihadiri Yang DiPertuan Agung. Betul-betul jadi Raja Sehari!, beramai-ramai.
Pastinya, hati akan jadi lebih tenang. Tenang kerana dapat melepasi bebaban keewangan, tenang kerana dapat melaksanakan keperluan 'biologi' secara halal dan tenang kerana telah melaksanakan sunnah Nabi. Alhamdulillah.
5 comments:
Isteri awak MO kat HATL ke? Hmmm selalu gak buat consultation kat HATL..Jumpa Kolonel Zul selalu..eheheheh
betul tu...
zaman sekarang, 5 ribu tu dah tak ada apa
Bila aku tanya mak aku, masa zaman dia dulu...seribu jek duit hantaran. ish ish ish...banyak betul perbezaannya
zaman dulu lain, gi skolah bawak seposen.. zaman sekarang seposen buleh anta 2 sms jelah.tu pon maxis ke maxis=p
semoga pasangan2 tu jodoh kekal berpanjangan dlm menempuh cabaran...
jangan macam artis pulak...kawin cerai macam tukar baju..
sbg nasihat je..
cik easy: Isteri saya MO kat Hospital Seri Manjung. Ada business dengan dia (Kol. Zul) ker?
dobot: Memang la, barang semua dah naik. Kena buat perancangan yang betul dan tepat!
abdullahjones: Salam :)
pakchaque: saya belanja sekolah dulu 30 sen jer, 20 sen beli kuih, 10 sen beli air :)
nbn: mudah-mudahan di berkati Allah.. Ameen :)
Post a Comment