Wednesday, June 15, 2005

Shoping barang baby

Selepas sakan shoping untuk barang barang bayi di Sogo dan Mid Valley pada hari Sabtu dan bersambung di KLCC pada esoknya, isteri saya mengadu ada sedikit masalah kesihatan dan perlu kepada rawatan segera. Dari KLCC kami telah bergegas ke Hospital Universiti.

Dari pemeriksaan doktor, mereka mendapati isteri saya perlu di tahan di wad tetapi ada keperluan hospital yang tidak dapat memenuhi keperluan isteri saya untuk di tahan di wad. Oleh kerana agak panik dan pertama kali menghadapi situasi ini, saya cuma memikirkan untuk membawa ke hospital yang berdekatan.

Atas nasihat pakar di Hospital Universiti, kami merujuk pula ke Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kali ini isteri saya diterima untuk rawatan lanjut sekaligus terpaksa di tahan di Hospital Kuala Lumpur selama sehari. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat dan dapat pulang ke Sri Manjung untuk rawatan lanjut.

Saya mengambil masa yang lama menunggu isteri saya semasa beliau diperiksa oleh Doktor pakar di Hospital Universiti dan Hospital Kuala Lumpur. Walaupun menunggu dalam keadaan risau, panik dan sedikit bosan ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya.

Memang bahagian 'Obstetrics dan Gynecology' nie merupakan bahagian yang paling sibuk, dari serendah rendah kakitangan sehinggalah ke Doktor Pakar. Saya yakin ini adalah di antara bahagian yang memerlukan pengorbanan yang besar bagi seorang doktor terhadap karier mereka.

Cuma saya sedikit terkilan kerana kebanyakkan pakar dalam bidang ini terdiri dari mereka yang bukan Islam. Tulisan ini bukan bermaksud perbandingan kepercayaan, jauh sekali merendah rendahkan umat Islam. Saya melihat, dan barangkali saya merasakan Pakar bukan Islam ini memilih kerjaya ini kerana mereka puas menyusahkan diri mereka untuk membantu orang lain.

Bayangkan, bukan senang hendak membantu menyelamatkan dua nyawa yang sedang dalam keadaan genting bila seseorang bayi itu di lahirkan. Hanya mereka yang mempunyai kepercayaan dan keyakinan serta kepuasan untuk memberi perkhidmatan sesama manusia sahaja yang mampu melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan ikhlas walaupun terpaksa menerima kelahiran yang banyak atau kritikal dalam satu satu masa.

Semasa menjadi guru di Subang Jaya, saya kerap kali memberi kuliah tentang betapa pentingnya umat Islam menguasai bidang profesional. Bukan bertujuan untuk menguasai keduniaan tetapi lebih kepada memberi khidmat dan bantuan kepada umat manusia lain tidak kira sama ada mereka Islam atau pun tidak. Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan belum tentu membantu kita berjaya dalam hidup. Kejayaan yang cemerlang berserta rasa iman dan takwa untuk membantu umat manusia, yang benar benar membantu kita berjaya dalam hidup.

Jadilah apa pun, yang penting bidang Profesional dan berkhidmat kepada masyarakat sebanyak banyaknya. Kerana ada orang bukan Islam sanggup menyusahkan diri mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk orang lain. Bukankah fardu Kifayah juga dituntut dalam Islam?

3 comments:

Anonymous said...

Selamat menjadi bapa mithali.
-Liney-

mizzwanda said...

a'kum mr amir!tq for dropping by..nice comment.heh!den x kisah org nak critic ka pa ka..!open minded!nway..nice entry la..so hows ur wife..ok kut skang nih!.anak 1st ka?k t.ce a gud care or ur wife..update2!hehe

Anonymous said...

Hati2 kalau beli perlengkapan bayi, saya ngga tau harga dan saya beli di toko "Kasih Ibu" di mangga dua ITC, awal2nya harga barang yg ditanya dimurahin dan pas kita beli yg lain2 dimahalin (bisa 2 kali lipat), ini anak pertama saya. Ini pelajaran untuk yg lain, saya ditipu hampir Rp.800,000. Rada licik caranya, hati2 kaum ibu2. Baby box aja mau dijual harga 1.8 juta dan untung saya ngga jadi beli, abis pulang saya check cuman 1.1 juta. Toko ini rada licik caranya. Saya tidak mau ibu2 lain kena tipu seperti saya, pastiin beli barang dari beda2 toko, percuma beli dari satu toko, discount tetep sedikit.