Alangkah marah dan geramnya seorang ibu apabila mendapat tahu dari anaknya bahawa anak bongsunya telah menconteng dinding ruang tamu yang baru sahaja dicat minggu lepas. Kos cat itu mencapai hampir seribu ringgit dan pastinya cat itu dari jenis cat yang sangat bermutu tinggi.
Lantas dengan kadar yang segera, si ibu segera ke biliknya lalu mencapai sebatang rotan yang biasa digunakan untuk melaksanakan 'tindakan pembetulan' terhadap anak anaknya yang telah melakukan pelanggaran undang undang dalam rumah.
Apabila tiba di bilik anak bongsunya, kelihatan si gadis kecil menangis teresak esak. Menangis kerana rasa kesal atas kesalahan yang telah dilakukan, kerana rasa takut kepada bilah rotan yang lebih kurang besar saiz straw minuman itu.
Zap! zip! zap!. Itulah hukuman yang barang kali setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh anak kecil itu dan juga sebagai penenang hati yang berbara akibat rasa kerugian yang amat sangat dari kerosakkan cat yang baru itu.
Alangkah sedih, hiba dan terharu apabila melihat contengan anak bongsunya itu. Sebuah gambar hati yang sederhana besar dan di dalamnya terkandung tulisan "Saya Sayang MaMa".
No comments:
Post a Comment