Hari Jumaat adalah hari paling mengembirakan. Hari kepada segala kegembiraan kerana dapat pulang bertemu dengan orang yang tersayang. Sekarang Manjung dah jadi kampung saya. Pantai Teluk Cempedak, Teluk Rubiah dan Bukit Busu.
Ia mengambil masa hampir 4 jam jika dipandu dengan 'skema' tetapi boleh mencapai masa yang lebih singkat. So far, Alhamdulillah belum lagi kena saman, minta saya selamat pergi dan selamat pulang.
Biasanya pada hari Rabu lagi dah minta kebenaran dari 'Bos' untuk balik awal pada petang Jumaat. Solat Jumaat di Masjid Hutan Kampung. Masjidnya memang selalu penuh kerana khutbahnya panas-panas. Tapi, kadang kadang ramai juga yang tido walaupun Iman baca khutbah berdentum-dentum. Kebanyakkannya menyentuh isu semasa yang sensetif.
Selesai sahaja solat Jumaat, terus pi Jalan Langgar dan terus masuk highway. Maka bermulalah perjalanan 'of the week'.
Waktu petang di Kedah, pada awal tahun memang panas. Pada masa ini musim kemarau sedang melanda utara Malaysia. Apa yang dapat dilihat sepanjang jalan adalah jerami padi. Jika bernasib baik, boleh harung asap tengah highway. Kesan dari pembakaran terbuka. Tidak sesuai buka penyaman udara kereta, lebih baik buka tingkap dan pastikan pakai t-shirt lengan panjang untuk mengelakkan dari 'sunburn' la konon.
Sampai di Pulau Pinang, dah tak guna highway. Dia panggil jalan perbandaran kot. Had kelajuan kat Pulau Pinang adalah 90 km/h, tapi susah sikit nak follow pasal baru lepas keluar dari highway. Teruja nak bawak 110 km/h, especially bila jalan tak banyak kereta!!
Biasanya sampai di perhentian Bukit Merah baru berhenti, ambil angin la sikit. Minum Isotonik drink sikit dan rehat dalam 10 minit sebelum meneruskan perjalanan. Sampai ke persimpangan keluar ke Changkat Jering baru la dapat Off road dari highway. Saya suka guna jalan dalam kerana ia lebih redup tetapi tidak dapat nak pandu laju kerana terlalu banyak kenderaan berat yang guna jalan dalam juga, terutama dari Changkat Jering ke Lumut. Jaraknya lebih kurang 89 km tapi perjalann tu ambil dengan 1 jam lebih. Tapi enjoy guna jalan 'dalam' pasal cuaca dan nak redup dang banyak pokok. So, memandu kat kawasan ini lebik rilek. Kadang-kadang tak rilek juga kalau hormon dalam badan dah meningkat!!. Sampai di Lumut lebih kurang jam 5.30 petang. Then, mandi-mandi, solat and rest terus kat bilik.
Tiada apa yang besar tentang 'weekend husband' melainkan keletihan dan kepayahan. Cuma yang sedikit bernilai tentang 'weekend husband' ialah kegembiraan yang infiniti bertemu kekasih dan terbayar segala rindu dendam. Suatu perasaan yang tidak pernah saya rasa semasa saya bujang!!!. Syukur... Syukur... Syukur... Alhamdulillah..
2 comments:
salam bro.. masih 'weekend husband' lagikks kerrr..
Salam,
Tak dah, ini masa mula-mula kahwin dulu. Masa berkhidmat di unit lama sebelum berpindah ker unit baru, TLDM Lumut. Tapi merasa juga la jadi 'weekend husband' dekat 8 bulan! tapi tentera ini perkara biasa la. Tak tau la, apa akan berlaku pada masa hadapan. harap sentiasa dekat dengan keluarga. :)
Post a Comment