Kata-kata Boss baru masih bermain-main di dalam mindaku mengenai penyapu baru. Penyapu yang bilahnya masih rapat dan lidinya masih elastik. Mampu membersihkan habuk yang sekian lama melekat di permukaan lantai. Ia menjadi igauan ngeri bagi penyapu lama yang sudah mula mereput dan lidinya sudah patah-patah. Gagal menyaingi penyapu baru.
Kegairahan penyapu baru juga sebenarnya menjadi alasan untuk penyapu lama untuk cemburu atas kebersihan yang mampu dilakukan oleh penyapu yang baru. Tanpa penyapu lama sedari, kegairahan penyapu baru disaluti dilema untuk membuat perubahan yang telah sekian lama tidak dilakukan oleh penyapu lama. Namun, digagahi juga oleh penyapu baru kerana perubahan itu perlu demi kebersihan dan keindahan bangunan yang telah lama dibina dan disanjung oleh orang di luar sana.
Aku juga adalah penyapu baru, tapi dilemanya melebihi kegairahan untuk merubah. Adakah aku asyik menyusun strategi atau asyik memikirkan survivalku di bangunan klasik ini? Aku kena berusaha merubah kerana aku adalah penyapu baru!
No comments:
Post a Comment