Monday, August 16, 2010

Usaha

Aku sungguh tersekima bila Komandan bercerita tentang Siti Hajar yang berlari-lari dalam keadaan cemas dan sedih untuk mendapatkan air untuk anaknya yang menangis kedahagaan apabila ditinggalkan oleh suaminya tengah-tengah padang pasir. Kenapa Allah membiarkan Siti Hajar berlari turun naik bukit sehingga cukup bilangan tujuh kali baru dikurniakan air zam-zam dihujung tumit anaknya? Kenapa Allah tidak mengurniakan dengan sekelip mata?

Itulah tandanya Allah mahu umatnya berusaha dan berdoa setiap kali diuji. Sama ada diuji dengan nikmat mahupun musibah. Beliau membuat analogi dari kisah itu, kami harus berusaha dan berdoa kerana dengan itu sahaja, sekolah unggul ini akan mencapai objektifnya. Objektif yang agak mustahil. Ya Allah, berkati dan permudahkan segala urusan kami. Ameen.

No comments: