Tuesday, June 17, 2008

Percaya

PERHATIAN: ENTRY INI ADALAH SPOILER BAGI YANG BELUM MENONTON KUNG FU PANDA!! huhu!!

Saya baru sahaja habis menonton filem Kung Fu Panda. Menarik jalan ceritanya dan sangat terkesan sehingga saya teruja untuk menulis tentangnya di dalam blog ini. Alasannya, filem ini ada tauladan antara guru dan anak murid, antara keupayaan fizikal dan percaya!.

Kisahnya bermula apabila seekor Panda 'gemuk' yang sangat meminati seni bela diri Kung fu tetapi selalu 'demoralise' oleh bapanya yang berharap anaknya akan menganti beliau sebagai peniaga mee sup.

Diringkaskan cerita, kampung di mana Panda itu tinggal akan dihuru-harakan oleh seekor Harimau Salji yang juga sebenarnya adalah bekas pelajar di sekolah Kung Fu di tempat itu. Atas arahan Master Oogway (kira 'grand' tok guru) seekor kura-kura tua, beliau telah melantik Po (Panda yang gemuk) untuk dilantik menjadi 'Dragon Warrior', satu-satunya pahlawan yang mampu mengalahkan Tai Lung (Harimau Salji).

Pelantikan ini telah membuat Shifu (Pengetua) dan pelatihnya seramai 5 ekor tidak berpuashati. Po dipinggir dan lebih menyedihkan Shifunya sendiri cuba menyingkirkannya.

Namun begitu, Shifu akhirnya terpaksa menerima Po sebagai anak muridnya setelah kematian Master Oogway. Dalam keterpaksaan itu, beliau mendapat idea untuk mendidik Po menjadi 'Dargon Warrior' setelah mendapati Po boleh dimotivasikan dengan 'makanan'.

Dengan latihan intensif, akhirnya Po dapat dibentuk dan layak untuk menjadi 'Dragon Warrior' dengan menerima skrol hikmat. Apabila Po membuka skrol itu, tiada apa di dalamnya cumalah helaian berkilat yang memantulkan imejnya.

Tiada siapa yang faham, malah semuanya kecewa. Lalu Shifu mengarahkan kampung itu dikosongkan sebelum kedatangan Tai Lung. Pada ketika inilah, bapa kepada Po menerangkan rahsia sebenar kenapa mee supnya sangat popular. Rahsianya, tiada ramuan istimewa pun!. Mee sup bapanya popular kerana orang ramai percaya mee supnya istimewa!.

Pada ketika itu Po yakin dan percaya beliau mampu mengalahkan Tai Lung dan kesudahannya, Po berjaya mengalahkan Tai Lung dan menjadi kebanggaan orang kampungnya.

Moral dari kisah ini, jika kita seorang guru, kita harus percaya anak murid kita mampu melakukan perkara yang dirasakan sukar untuk mereka laksanakan. Sentiasa berfikir yang terbaik untuk anak murid.

Bagi seorang murid, jangan sekali-kali merasa rendah diri dan berundur dari berusaha untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah gabungan impian, usaha dan yang utama, percaya dengan kemampuan diri sendiri.

Percayalah, orang lain akan melihat kita seorang yang istimewa kerana kitapercaya yang kita seorang yang istimewa. :)

7 comments:

fusarium solani said...

alahai, spoil betullah abang amir, baru je nak pergi tengok ni!jelesnya abang amir dah tengok!

Unknown said...

I have told you!

Syam said...

cikgu,
saya dh tengok citer ni.mmg banyak pengajaran.

paras rupa bukan penghalang kepada kejayaan

Ayu Mohamad said...

dpt tgk free hehehehe ade vendor belanja kami di mindef hehehe

Unknown said...

semangat dan kegigihan mengatasi segalanya...

fusarium solani said...

dah pergi tengok bersama-sama seorang panda bear(dia besar macam Po) yang cool dan ahli farmasi..

yes, we had a very hilarious time..

Unknown said...

syam: yaa.. tapi orang selalu menilai luaran kita sehingga kita berasa rendah diri! Itu yang kita kena atasi agar kita menjadi orang yang lebih baik atas kelebihan yang kita ada :)

ayu: Bestnya! bila la ada orang nak belanja saya tengok wayang :)

nadia: Betul... dan sebangai seorang muslim, kita kena sertakan dengan doa, InsyaAllah.

fusarium solani: Panda jantan ker betina? :)