Wednesday, June 04, 2008

Naik RM 0.78

Hari ini saya sekeluarga bersama keluarga mertua mengambil kesempatan cuti sekolah untuk 'jalan-jalan' di Bandaraya Ipoh. Bermula pagi dan di saat saya menaip catatan ini saya kini berada di Seri Manjung dalam 2 jam yang lalu.

Lebih kurang jam 5 petang, semasa jalan-jalan di Bandaraya Ipoh, saya dan keluarga mula 'terkesan' sesuatu. Terlalu banyak kereta berderet di semua stesen minyak di Bandaraya Ipoh!.

Kami tertanya-tanya sehinggalah lebih kurang jam 6.30 petang, bila kami sedang sedap menikmati nasi ayam merah di Restoren Maxwell, TV melaporkan tentang kenaikan harga minyak. Terkejut dan rasa tidak puas hati, "Kenapa hari ini, bukan ke kata nak naik bulan Ogos??"

Saya mula berkira-kira stesen mana saya nak singgah untuk memenuhkan tangki kereta saya dengan minyak subsidi. Namun, saya berasa kekecewaan yang amat setiap kali melintasi stesen minyak yang dihurung oleh kereta-kereta dan lori-lori!. Ada yang berbaris hampir 2 km!!

Dalam kekecewaan tu, bahagian kiri otak saya ligat mencongak duit yang akan hangus esok hari membeli minyak tanpa 'subsidi'. Isipadu tangki 42 liter x RM 1.92 (harga minyak subsidi) = RM 80.64.

Harga minyak penuh tangki saya bermula esok, 42 liter x RM 2.70 = RM 113.40. Makanya, saya kena tambah (RM 113.40 - RM 80.64) RM 32.76 bermula esok untuk memenuhkan petrol dalam tangki kereta saya!! Banyak tu!

Dari perkiraan saya, 1 liter minyak petrol mampu mengerakkan kereta saya sejauh 14 km. Pergi balik dari rumah ke tempat kerja adalam 28 km. Ini bermakna dalam satu hari kerja saya membelanjakan (RM 2.70 x 2) RM 5.40 sehari. Andaikan saya bekerja 20 hari dalam sebulan. Makanya, untuk sebulan saya kena belanja (RM 5.40 x 20 hari) RM 108.00 sebulan. Nilainya pastinya lebih kerana pergerakan kereta semasa bekerja dan jalan-jalan di hujung minggu.

Bagaimana la dengan orang kerja yang lain, jarak yang lebih jauh dan tol? Bagaimana pula orang yang berpendapatan rendah? Bagaimana pula dengan harga barang makanan selepas ini? Semoga Allah permudahkan urusan kami di dunia ini, Ameen.

5 comments:

Unknown said...

antara cara yang boleh kita lakukan dengan krisis kenaikan harga minyak ni ialah dengan mengubah gaya hidup kita. antara dengan menjadi lebih berjimat cermat dan menggunakan kenderaan ketika betul-betul perlu sahaja. saya pula, merancang untuk meninggalkan kereta di rumah, dan menggantinya dengan motor skuter apabila pulang ke UIA Kuantan pada semster depan (Julai).

owh ya Cikgu. Anda telah dikenakan tag! Sila sempurnakan bila-bila ada kelapangan. Huhu~

Anonymous said...

Cikgu,

Boleh tulun kira berapa harga Bumi nak letak kepada kita yang mencemarkan bumi berdasarkan 2.70 seliter?

fusarium solani said...

jimat????????

Anonymous said...

bang, abg kena tag dengan saya yer.

Unknown said...

szakif: Jimat la dari sekarang! boleh kumpul duit nak kahwain. Sekarang semua dah naik!! Hantaran pun akan melambung zaki :)

anonymous: Priceless. Tapi ada ker option lain yang praktikal, selain dari bahanapi fosil! masih menunggu!

fusarium solani: Kena kira baru tau, kalau tak pakai bayar jer!

tentangseseorang: tag dah dijawab!!