Tuesday, June 03, 2008

Kambing


Perkara yang menarik perhatian saya sebelum majlis aqiqah anak saya adalah usaha untuk mencari kambing yang berusia lebih dari dua tahun. Saya tidak menyangka bahawa untuk mendapatkan bekalan kambing pada hari ini tidaklah mudah seperti yang saya sangka.

Saya sebenarnya hanya menyerahkan tugas mencari kambing kepada bapa mertua saya. Ini kerana beliau lebih arif tentang penternakan kambing di Seri Manjung ini. Menurut bapa mertua saya, harga kambing telah naik. Dulu harganya sekitar RM 15.00 sekilo, tapi kini harganya mencecah RM 19.50 sekilo. Bayangkan kambing kampung yang berusia lebih dua tahun dan beratnya lebih kurang 35kg. Harganya boleh mencecah RM 700.00!!

Dari pencarian saya di internet terdapat lagi baka kambing yang lebih mahal dan lebih berat seperti Kambing Boer dan Kambing Janapari. Kambing-kambing jenis ini mampu mencapai berat sehingga 70kg.

Akhirnya, atas ikhtiar bapa mertua saya, beliau dapat juga dua ekor kambing untuk saya dan seekor untuk kakak ipar saya. Setiap ekor kambing saya berharga RM 550.00 dan kakak ipar saya berharga RM 700.00. Salah seekor dari kambing saya, saya beli dari pakcik kepada isteri saya. Beliau sebenarnya baru berjinak-jinak dengan penternakan kambing.

Saya mengambil kesempatan untuk menambah ilmu tentang penternakan kambing dengan melawat sendiri kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya. Walaupun masih baru dan kambingnya masih sedikit, namun saya sudah tertarik hati dengan penternakan kambing ini.

Memikirkan harga kambing yang agak mahal dan mungkin akan bertambah mahal, saya dapat merasakan penternakan kambing ini satu usahatani yang sangat menguntungkan. Bagus untuk dijadikan kerjaya selepas bersara.

4 comments:

fusarium solani said...

Memang kambing tengah mahal...

Kakak saya suka baut lawak katanya kambing yang tak mandi itupun mahal inikan pula anak dara..bila anak kecilnya malas mandihe!he! nak jual jadi kambing ugutnya..

Amir Azmi said...

Anak dara lagi mahal!! wanita solehah tu perhiasan dunia!!

Mahal tu!!

amer zaman said...

bisnes kambing?

menarik!
menarik!

Amir Azmi said...

:)

Saya minat tapi tak berani lagi nak cuba! Kena tunggu habis kerja dengan gomen!