"Kejayaan usahawan banyak dipengaruhi genetik yang membezakannya dengan profesion lain. Ini menyebabkan bukan semua individu secocok dengan identiti dan sifat semula jadi seorang usahawan. Sebab itu, majoriti penduduk dunia lebih senang bekerja di pejabat mulai pukul 9 pagi dan pulang 5 petang berbanding kerjaya seorang usahawan yang terpaksa bekerja lebih masa." menurut Donald Trump yang baru-baru ini membuat sidang video di sebuah forum di Kuala Lumpur.
Beliau percaya setiap usahawan mempunyai kesamaan dalam kod genetik yang menyebabkan mereka menjadi manusia yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dalam menghadapi cabaran yang besar dalam dunia perniagaan.
Beliau menambah, "Usahawan yang rasa selesa dengan bidang tersebut akan mempunyai sifat semula jadi tidak akan mudah putus asa, tidak cepat mengalah dan sentiasa bersemangat walaupun mengalami kegagalan."
Baginya, faktor utama yang menyebabkan usahawan gagal ialah apabila mereka kehilangan momentum.
Hari ini saya terbaca tentang sebuah rencana dalam Berita Harian Online tentang usahawan muda yang sedang menempa nama di Malaysia iaitu Ali Hassan Mohd Hassan, Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd.
Memetik kata-katanya dalam rencana itu, "Buat sesuatu dengan bersungguh dan selebihnya berserah kepada takdir. Tetapi setiap yang dibuat mesti disertai dengan niat yang betul, dan jangan sekali-kali tinggal sembahyang lima waktu kerana itu adalah tunjang hidup, serta bersedekah dan jangan abaikan kedua ibu-bapa."
Menurut rencana ini juga, Ali Hassan merupakan penyumbang zakat yang kedua terbesar di negeri Johor selepas Tabung Haji.
Beliau menambah, "Berniaga dalam bidang runcit bukan dibuat dengan membuta tuli, tapi kena kaji pasaran dan fahami keperluan masyarakat."
Di akhir rencana itu beliau menyatakan, "Bila sudah sampai masa saya, saya tidak mahu pegang walaupun seringgit, dan yang ada bukan lagi milik saya, kerana harta itu akan ditanya di akhirat kelak, dan berat tanggungannya bagi seorang insan."
Apa yang jelas antara dua petikan rencana di atas adalah, usahawan mempunyai jati diri yang tinggi. Terbina dalam diri mereka sikap pejuang yang tidak pernah mengenal putus asa dan hidup mereka dipandu oleh matlamat untuk berjaya yang jelas.
Namun, yang membezakan usahawan yang beriman adalah matlamat hidup yang lebih jelas. Dunia hanyalah jambatan untuk ke akhirat. Dunia tidak pernah terlekat dalam hatinya. Menjadi orang yang cemerlang di dunia untuk mendapat kecemerlangan di akhirat.
4 comments:
Apa yang dikata Donald Trump itu mungkin ada betulnya... Manusia lebih suka 'makan gaji' dan bermentaliti 'makan gaji' senang, tak ada risiko sangat....sentiasa dalam comfort zone...
Cuma kalau mengikut zaman Rasulullah dulu, umat islamlah yang pakar berniaga...9/10 rezeki Allah pun dari perniagaan.
...zaman kesultanan melayu melaka dulupun bangsa kita yg banyak berniaga...
benarkah zaman kesultanan melayu melaka dulu kita byk berniaga atau hanya menjadi ali baba atau org tengah sahaja?
anyway, walau apapun kerja kita, bersungguh dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
bolehlah nanti dibubarkan BPR
whoa.. info yang bagus! kata-kata daripada mereka yang berjaya dan berpengaruh kadang-kala membuatkan kita rasa berkobar-kobar.. terbakar semangat utk berjaya seprti mereka. tp setakat berkobar-kobar mendengar, tak ke mana...
blackpurple: Mungkin sebab kita kena jajah dengan British terlalu lama buat kita dah tak ada mentaliti berniaga macam bangsa lain! Orang British yang salah dalam hal ini!
ron97: Sebenarnya berniaga 'atas angin' nie memang menyeronokkan, tak payah susah-susah keluar keringat! cuma, nak berniaga atas angin pun perlu kepada pengurusan yang betul. Kebanyakkan orang yang berniaga 'atas angin' nie cuma ambil habuan sahaja dan serahkan 100% tanggungjawab kepada orang lain. Akibatnya, orang lain yang sebenarnya yang mendapat keuntungan yang berlipat ganda.
arianna adrizal: Selamat datang orang Shah Alam ke blog saya :). Saya pun selalu terfikir nak mulakan perniagaan, tapi masih buntu apa bentuk perniagaan yang sesuai dengan diri saya. Cuma lihat orang lain berniaga macam 'smooth' jer! rasanya, mesti pengurusan mereka itu tahap 'A+'!!
Post a Comment