Semasa saya kecil dulu, saya ada mendengar kisah-kisah tentang Bahasa Inggeris yang diadaptasikan ke dalam Bahasa Melayu. Di antaranya;
Asal perkataan Ronggeng; Di zaman pemerintahan Belanda di Indonesia, terdapat ramai pejuang Indonesia yang dipenjarakan bersama di dalam bilik kurungan. Jangka masa tahanan yang terlalu lama membuat mereka merasa bosan dan mereka telah menari untuk menghiburkan diri yang kebosanan. Apabila ada pelawat yang datang melihat tahanan ini, penjaga penjara itu akan memberitahu pelawat itu "This is wrong gang" kepada kumpulan tahanan yang sedang menari untuk mengatasi kebosanan, dalam telo Belanda!
Asal perkataan Mat Saleh; Perkataan asalnya dikatakan dari perkataan mad sailor. Apabila kapal-kapal dagang Eropah berlabuh di Tanah Melayu, maka dapat dilihat kelasi-kelasi yang dalam keadaan mabuk turun dari kapal. Bila orang tempatan bertanya, maka di jawabnya oleh rakannya "They are a mad sailors". Faham orang tempatan, mad sailor itu Mat Saleh!
Betapa manusia perlukan ilmu untuk mengelakkan kejahilan. Ini adalah sebahagian dari set induksi saya!. Bagi pelajar yang mula layu diawal pagi.
Hari ini saya ditakdirkan untuk menjadi tenaga pengajar Bahasa Inggeris. Ironinya, Bahasa Inggeris merupakan beban kepada saya di zaman persekolahan dulu. Satu perkara yang saya nak ucap di sini buat guru-guru Bahasa Inggeris saya, "Minta halal segala ilmu Bahasa Inggeris yang cikgu-cikgu sampaikan kepada saya".
6 comments:
asal usul kemboja
"kembong ja"
cikgu, apakah set induksi?
wah ok dah faham... arigato... mad sailor rupanya...
sampai la ni kita dok panggil diorang kelasi mabuk ye.. haha menarik gak tu.
dulu2 slalu dengar arwah tok kite kata,pi sekun..sekun tu sekolah (school)..Gomen tu goverment..terer ek org tua2 dulu2 ckp omputih
ron97: Kemboja sekarang di panggil Cambodia. Dari pemerhatian saya terhadap kawan-kawan saya dari Cambodia, mereka nie memang mirip muka orang Melayu dan di Cambodia juga ada ramai orang Melayu Champa.
szakif: set induksi nie kira macam 'warm-up' sebelum mengajar. Biasala kan, bila cikgu nak start mengajar, mesti cikgu bercerita. Nak meningkatkan 'meter' interest students sebelum start pelajaran hari itu!
izhal: kebenarannya tak dapat dipastikan, cerita dari cerita dari cerita dari cerita ....... orang dulu-dulu.
bahtiar_scam: mungkin hingga masa akan datang! Agak-agak kalau mat saleh tahu apa yang diorang fikir?
razlizahazleen: satu lagi, orang dulu cakap tentera, Soljar!!
Post a Comment