Friday, May 19, 2006

MELT Field Trip IV

Sekali lagi dan kali terakhir untuk kursus ini. Lawatan sambil belajar ke AMES, Footscray. Menjadi pemerhati dan membuat laporan. Setakat ini, saya rasa AMES Footscray lebih baik dan lebih teratur berbanding AMES di Flagstaff dan AMES di St. Alban.
Kelas pertama saya 'observe'. Nama guru ini adalah Alex dan dia adalah warganegara Australia yang berasal dari Filipina. Kebanyakkan muridnya terdiri dari mereka yang dewasa pada tahap penguasaan Inggeris sederhana. Di dalam gambar ini, Alex sedang memberi arahan kepada pelajarnya sebelum melaksanakan aktiviti perbualan dalam kumpulan.
Kelas kedua yang saya 'observe'. Guru kelas ini bernama Lyn. Beliau sedang memeriksa kertas jawapan pelajarnya. Kelas ini adalah kelas asas dan pelajarnya berumur di antara 18 sehingga 25 tahun. Dari pemerhatian saya, kebanyakan isi pengajaran di sini melibatkan perkara-perkara pokok dalam kehidupan mereka di Australia seperti sistem pendidikan dan percukaian. Membawa isu semasa ke dalam kelas dan dibincang dalam Bahasa Inggeris.
Habis di AMES Footscray jam 1100, terus pergi ke City (Melbourne). Makan tengah hari di Restoren Nasi Lemak Changi. Jam 1400, kami menerukan field trip kami ke Immigrant Museum. Asalnya bangunan ini adalah bangunan kastam, Yarra River yang terletak di hadapan bangunan ini merupakan pelabuhan utama yang dijadikan pusat utama keluar masuk barang dari Melbourne.
Perkataan yang terletak di pintu masuk muzium ini. Ayat klasik yang mempunyai makna yang sangat luas. Ayat ini juga mengambarkan apa yang terkandung di dalam muzium ini. Pendatang Eropah hanya datang ke Australia pada tahun 1830an. Hari ini, Australia merupakan salah sebuah negara yang termaju di dunia.
Peta besar yang menunjukkan perjalanan melalui laut oleh manusia seluruh dunia yang berhijrah ke Australia. Dari zaman kapal layar sehinggalah kapal yang termaju yang mampu membawa ramai orang untuk berhijrah ke Australia.
Peta asal Melbourne, dilukis pada awal 1850an. Melbourne adalah bandar tersusun yang terbaik di dunia. Berdasarkan peta ini, susunan bandar, bangunan dan jalanraya hampir sama susunan yang ada pada hari ini. Ini bermakna, jurutera, jurulukis plan, perancang bandar zaman dahulu telah memikirkan sebuah bandar raya yang melangkaui zamannya!
Satu yang pasti, pendatang Eropah yang datang ke Australia bukan sahaja banduan dan orang buangan. Malah kebanyakkan dari mereka terdiri dari mereka yang profesional dalam bidang tertentu dan pastinya mereka juga merupakan pekerja-pekerja mahir yang dapat membangunkan sebuah bandar moden dalam masa yang singkat.

4 comments:

Anonymous said...

cikgu dah melawat Abdillah kat Melbourne blom?

Unknown said...

Paan: Cikgu dah banyak kali dengar suara dia melalui telepon. Setakat ini belum diizinkan Allah jumpa dia lagi.
Agak sibuk sikit belajar kat sini. Dan dan beberapa kali cikgu datang ker 'Restoran Nasi Lemak Changi' tempat Abdillah kerja part-time tapi belum jumpa dia lagi, kawan-kawan dia cikgu jumpa la!
InsyaAllah, cikgu akan jumpa dia sebelum balik ke Malaysia.

Anonymous said...

cikgu buatla rombongan rasmi ATM ke Malaysia Hall kat Melbourne.. x pun lawatan saje2 ke.. pemes die kat sane cikgu.. siap bela rambut.. kene potong kasi pendek.. heheh..

Unknown said...

Farhan: InsyaAllah, Cikgu dengar dia antara yang aktif kat Malaysia Hall tu!
Memang panjang rambut dia skang, cuaca kat sini sejuk. Di bela rambut panjang nak buat penebat haba kepala dia kot! :)