Sunday, May 14, 2006

Satu, dua, tiga..

Malam tadi, duduk di atas sofa biru yang agak usang di ruang tamu, saya menonton filem Maverick lakonan Mel Gibson dan Jodie Foster. Seorang housemate dari Indonesia menghubungi keluarganya menggunakan telepon yang berdekatan dengan sofa biru.

Dalam perbualan itu, beliau mendendangkan sebuah lagu anak-anak untuk anak lelakinya yang berusia 3 tahun.

Satu, satu
aku sayang ibu
Dua, dua
aku sayang ayah
Tiga, tiga
aku sayang adik kakek
Satu, dua, tiga
Sayang semuanya.

Hilang sekejap nikmat menonton filem Maverick, bertukar kepada rasa hiba yang teramat. Lagu yang ringkas menjadi ubat paling mujarab untuk hati yang dalam kerinduan, yang jauh dimata.

Cuaca yang semakin membeku
Rutin yang semakin membosankan
Rindu dendam yang semakin membara...

5 comments:

szakif said...
This comment has been removed by a blog administrator.
esis said...

1, kasih nan abadi
2, sayang berpanjangan
3, membawa ke syurga

ron97 said...

takpa..
manjung ngan situ dekat je
naik kapal terbang pun sampai

szakif said...

This post has been removed by the author.
ni saye pasal tak letak perkataan TAK kat ayat kat bawah.. kang habis orang ingat saye DAH beristeri dan beranak~

wah... sangat syahdu.. kalau saye pun mesti tersentap malah membangkitkan rase rindu kat keluarga... saya boleh membayangkan jika saya berada di tempat cikgu amir~ walaupun hakikatnya saya ni TAK dan BELUM beristeri apatah lagi beranak!

takpe cikgu, tak lame sampai jua masanya utk cikgu kembali melangkah bertemu keluarga tersayang.. saya pasti isteri dan anak cikgu kat rumah mesti jua sedang merindui cikgu~

sniff sniff*

Amir Azmi said...

Terima kasih semua :)