Gambar di atas adalah salah satu frame dari sebuah video amatur. Gambar di atas menunjukkan seorang lelaki yang sedang membuka beg plastik yang mengandungi seorang bayi. Bayi perempuan yang berada di dalam beg plastik ditemui di sebuah tasik, Pampulha Lagoon di Belo Horizonte. Kira-kira 500 km di utara Sao Paulo, Brazil.
Kejadian ini berlaku pada 28 Jan 2006 yang lalu. Bayi yang berusia dua bulan itu telah dihantar ke hospital dan didapati selamat dan sihat. Rakaman amatur itu telah mendapat liputan yang meluas di TV Brazil.
Antara kehebatan Allah itu ialah dilimpahkan rasa kasih sayang yang sedikit kepada makhluknya. Limpahan rasa kasih sayang yang sedikit inilah yang menyebabkan kuda melompat mengelak dari terpijak anaknya sendiri. Malang dan sedih bila Allah mencabut nikmat kasih sayang yang sedikit dalam diri manusia.
5 comments:
terkini:mak dia sudah di jumpai dan akan di dakwa.
dan Allah yang Maha Rahim akan gunakan lautan kasih dan sayang nya pada umat manusia nanti pada hari yang tiada tempat untuk dimohon pertolongan melainkan padaNya yang pasti tiba.itu pasti!
memang tak berati perut org yang membuang anak tu! kebetulan saya ada menonton video yang ditayangkan di TV3 baru-baru ni. dalam hati hanya mampu menahan rasa geram dengan manusia yang sebegitu kejam!
Aku ingat kat Malaysia jek ada kes nie. Kat memana pun ada. Ish ish ish...
abdullahjones: Semoga mendapat balasan yang setimpalnya, kesian la baby dia... rasanya ramai lagi orang tak de baby yang nak baby. comel baby dia tu!!! manusia.. manusia.
bukhari: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
szakif: Bila nikmat kasih sayang di cabut oleh Allah, manusia akan lebih kejam dari binatang buas.
dobot: Menunjukkan manusia dia kat mana-mana sama sahaja. hey... video lucu dalam blog awak tu :)
Post a Comment