Saturday, November 26, 2005

Filem Eksperimen: Star Wreck

Baru-baru nie saya terbaca dalam surat khabar The Star bahagian 'teknologi' tentang sebuah filem eksprimen dari Finland. Filem ini bertajuk Star Wreck: In the Pirkinning. Filem yang di hasilkan oleh sekumpulan anak muda dari Finland yang diketuai oleh Samuli Torssonen. Kumpulan ini terdiri dari amatur dan profesional dalam bidang perfileman. Filem ini juga mengambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan dan ia disiapkan secara 'part time'!

Menarik tentang filem ini ialah ia tidak menggunakan kos yang besar dan dibuat secara sukarela. Walaupun ia mengambil masa yang lama dan melibatkan ramai artis, filem yang dihasilkan tidak mengecewakan. Samuli Torssonen sendiri menyatakan bahawa beliau membuat filem ini secara sukarela dan ingin dunia menilai hasil karya beliau dan rakan-rakannya. Beliau juga ingin menafikan mitos bahawa kos yang besar diperlukan bagi sesebuah filem fiksyen.

Filem ini boleh 'dimuatturunkan' ke komputer anda secara percuma.

Dari pagi tadi saya dok 'bebanturun' guna bittorrent dan petang tadi baru dapat tengok. Memang menarik filem Finland nie dan ada seri kata dalam bahasa Inggeris. Filem lucu + sains fiksyen.

Bagi sesapa yang free hujung minggu nie, cuba-cuba la tonton filem eksperimen nie. Tengok filem orang Finland!!

Tuesday, November 22, 2005

Keberkatan yang Berganda-ganda

Gembira dan bersyukur
(sumber: Utusan Malaysia)
Apakah rukun nikah?

Calon suami (lelaki), Calon isteri (mestilah perempuan!!), Wali bagi anak dara, 2 orang saksi dan Ijab dan kabul (akad).

Seterusnya di Malaysia, yang perlu adalah restu dari ibubapa. Namun masalah ini boleh di atasi jika kita dah mula menghormati kedua ibubapa calon isteri kita. Kena la pastikan diri 'fit' dengan semua keperluan mereka. Asasnya, dekatilah diri pada Allah dan tunjukkan bahawa anda seorang yang berusaha dalam hidup. InsyaAllah, dipermudahkan Allah urusan dunia anda.

Seterusnya lagi di Malaysia, kenduri kendara yang 'havoc'!! Inilah cabaran yang memeningkan banyak kepala bakal pengantin, terutama mereka yang berpendapatan kecil dan tinggal di bandar besar.

Bagi yang berada, itu bukanlah satu cabaran dan yang sederhana pula cabaran untuk membayar balik pinjaman peribadi kepada bank sampai anak dah masuk yang ketiga!

Ucap tahniah kepada 106 pasangan yang diraikan dalam majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 20 Nov yang lalu. Majlis yang disambut secara sederhana turut dihadiri Yang DiPertuan Agung. Betul-betul jadi Raja Sehari!, beramai-ramai.

Pastinya, hati akan jadi lebih tenang. Tenang kerana dapat melepasi bebaban keewangan, tenang kerana dapat melaksanakan keperluan 'biologi' secara halal dan tenang kerana telah melaksanakan sunnah Nabi. Alhamdulillah.

Sunday, November 20, 2005

Happy Wed Anne!

"I love you, baby"

Semalam, bersama isteri pergi melawat rumah sahabat yang hendak dijual. Rumah yang belum lagi diduduki bernilai RM 185,000.00. Terletak di kawasan 'elit' Venice, Seri Manjung dan mempunyai keluasan 75 x 22 kaki. Rumah 2 1/2 tingkat ini memang menarik tapi kami cadang nak fikir dulu.

Semalam juga, saya, baby, bapa mertua dan ibu mertua menghadiri sambutan hari raya A.P.I.D. Sebuah kolej yang terletak di Seri Manjung. Walaupun baru berusia 5 tahun tapi kolej ini telah bercadang untuk membina sebuah komplek baru yang bernilai RM 18 juta. Buat masa ini, kolej ini menggunakan beberapa rumah kedai sebagai kelas pejabat pentadbirannya. Kehadiran ke majlis ini bersekali dengan aqiqah baby.

Hari ini, buat kali keduanya berjaya jaga baby. Kena jaga baby kerana mamanya ada 'oncall'. Dah faham dah rutin baby waktu malam. Susu sebelum tidor (11.00 p.m.), susu tengah tidor (antara 2.00 atau 3.00 a.m, nie yang 'torture'!!) dan susu bangun tido (6.00 a.m.). Sekali sekala tukar 'pampers' kalau dia 'bocor'. :)

Hari ini juga, mengikut kalender Gregorian adalah ulang tahun perkahwinan saya. Mama suka makan kat Secret Recipe!. Tapi premis yang paling dekat adalah di Ipoh. Kena pergi Ipoh kot hari ini. Kenapa la Secret Recipe tak buka cawangan kat Seri Manjung??

Friday, November 18, 2005

Antara dua Darjat

Majlis perkahwinan Puteri Sayako, 36 dengan Kuroda, 40
pada 15 Nov yang lalu. (REUTERS/Issei Kato)

Minggu lepas saya menghadiri satu majlis kahwin sedara bapa mertua saya. Majlis yang sangat meriah dan dihadiri ramai tetamu. Kedua-dua mempelai adalah guru sekolah. Si suami seorang ustaz dan si isteri seorang guru Bahasa Inggeris. Semoga bila dikurniakan zuriat nanti, ada kebolehan berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris dalam 'telo' orang Perak :).

Mudah-mudahan Allah memberkati pernikahan mereka sehingga hari akhirat.

Dalam masyarakat kita nie (segelintir!!), mungkin sudah menjadi kebiasaan suka membuat perbandingan tentang mempelai. Terdengar bisik-bisik yang tidak sedap di dengar semasa menjamah nasi hujan panas tentang perbezaan darjat antara keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Kebetulan pengantin perempuan adalah dari orang yang sangat berada dan pasangannya sebaliknya.

Apalah yang besar sangat tentang perbezaan darjat!. Sesuatu perkara yang sepatutnya tak perlu di jadikan topik lazim di dalam majlis perkahwinan. Bukankah jodoh, rezeki dan ajal itu sudah ketetapan Allah. Ada baiknya kita melihat secara positif terhadap keterbukaan ini.

Dan berdoa agar mempelai mendapat keberkatan, dilimpahkan rezeki yang halal lagi baik dan dikurniakan zuriat yang comel lagi bijaksana. Ameen.

Wednesday, November 16, 2005

Musim Orang Kahwin

Kesian kat kawan saya, dia nak adakan kenduri perkahwinannya pada 18 Dis nanti. Kesian kerana tengah rungsing nak buat persiapan perkahwinan. Rungsing kerana kena keluarkan belanja lebih dari 'budget' asal!!

Juli : Ko bayang mir, satu kepala RM 17.00!! Mana nak cekau duit!!
Amir : Haiii (kehairanan) macam mana boleh satu kepala RM 17.00??
Juli : Semua katering murah dah habis kena tempah, tinggal mahal jer.
Amir : Hhmmm....
Juli : Lepas tu bagi alasan harga tinggi pasal harga minyak naik!! @#$!!
Amir : Hhmmm... (sambil mendengar orang sedang merungut!!)

Nampaknya, semakin hari semakin meningkat kos untuk orang Malaysia nak melangsungkan majlis perkahwinan. Semakin ramai jugalah orang Malaysia akan melangsungkan perkahwinan pada umur yang agak lewat. Kena kumpul duit banyak-banyak dulu.

Sebenarnya, masalah ini boleh di atasi jika semua orang faham. Keluarga sendiri, keluarga mertua dan masyarakat. Bila semua orang faham, kenduri kahwin masih boleh dilaksanakan dengan kos yang murah dan bantuan khidmat kerjasama masyarakat setempat.

Tapi sekarang dah jadi 'trend', kenduri kahwin kena la katering dan orang sekitar pun susah dan ringan tangan beri bantuan laksanakan kenduri. Ketua masyarakat pun kurang main peranan bila anak buah nak kahwin!.

Barangkali juga lebih senang kalau guna katering, tak menyusahkan orang lain!. Memang tak menyusahkan tapi tuan rumah, terutama si anak la kena menanggung kos kenduri kahwin. Kesian kepada siapa yang menanggung tu. Padahal kos berlebihan tu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan selepas menjadi raja sehari.

Bagi siapa yang belum kahwin dan bercita-cita nak melangsungkan perkahwinan, kena sediakan payung sebelum hujan. Mudah-mudahan perkahwinan anda di berkati Allah... Ameen.

Sunday, November 13, 2005

Hati-hati di Jalaraya

Corus Paradise Resort

Cuti panjang sempena hari raya yang lepas telah membawa keluarga saya sampai ke Port Dickson. Percutian di Corus Paradise Resort ini juga bersempena ulang tahun perkahwinan. Menggunakan kesempatan yang ada untuk melawat sedara-mara dan sahabat yang tinggal di Seremban dan Port Dickson.

Biasanya bila turun ke selatan, saya lebih suka mengambil laluan lebuh raya. Bagi saya, ia lebih selamat walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos untuk 'tol'. Kali ini, atas nasihat rakan-rakan saya memilih jalan 'dalam' melalui Sabak Bernam ke Kelang. Memang jalan sudah occay dan sangat selesa untuk pengguna jalan raya.

Cuma yang tidak seronok bila lalu jalan 'dalam' ini ialah sikap pemandu di kawasan sekitarnya. Suatu pemandangan yang biasa melihat penunggang motorsikal terutamanya yang tidak memakai 'helmet' dan perbuatan pemandu kereta yang memotong sebelah kiri (laluan motorsikal yang sempit). Cara pemanduan mereka sangat berisiko dan saya berpendapat, di sinilah agaknya asas pemanduan berbahaya bermula di Malaysia. Bila di kampung mereka, mereka boleh memandu sesuka hati. Begitu jugalah sikap yang akan di bawa ke mana-mana bila berada di atas jalan raya. Sikap mengabaikan keselamatan diri dan orang lain.

OPS Sikap IX yang bermula 27 Oktober lalu dan berakhir tengah malam kelmarin mencatatkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 233 orang. Jumlah tersebut menunjukkan pening-katkan 16.5 peratus atau 33 kematian berbanding tempoh sama dalam Ops Sikap VII. Peningkatan turut dicatatkan dalam jumlah keseluruhan kemalangan iaitu daripada 11,609 kes kepada 13,462 kes.

Dalam perjalanan juga saya terdengar satu iklan di radio berkenaan keselamatan jalan raya. Iklan tersebut berkenaan perbualan seorang anak perempuan dengan bapanya. Anaknya mempersoalkan sikap orang yang memotong barisan dan bapanya menasihati agar anaknya bersabar. Namun, apabila berada di dalam kereta dan anaknya mempersoalkan sikap orang yang memotong barisan dan bapanya menjerit 'Hhoii.."

Nampaknya, nak tengok orang Malaysia yang benar-benar bersabar dalam segala hal ialah bila dia mampu tersenyum bila membawa kereta di jalanraya Malaysia.

Monday, November 07, 2005

Meraikan Kedaifan

Banyak lagi kuih raya: Seorang gadis termenung sambil menunggu pembeli di sebuah
kedai kuih di Kuala Lumpur semalam sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.
(Sumber: Berita Harian)

Antara perkara yang menarik di bualkan di hari raya ini adalah tentang juadah yang dihidangkan kepada tetamu. Dari jenis hidangan kepada resepi yang menjadi rujukan sejak berzaman. Dari kuih tradisi buatan dapur sendiri sehinggalah kepada kuih 'tunjuk'!!

Biar apa pun latarbelakang umat Islam, meraikan tetamu dengan juadah yang beraneka itu sesuatu kewajipan yang tidak boleh kata tidak. Bagaimana pula dengan tuan rumah yang kurang 'berada'?

Unik dan istimewanya orang Islam di Syawal ini ialah sikap memuliakan tetamu walaupun diri sendiri sebenarnya tidak mampu memberikan yang terbaik.

Syukur Alhamdulillah dan gembira dapat meraikan juadah yang ringkas lagi sedikit!

Syukur Alhamdulillah dan terharu kerana ia dihidangkan dari hati yang ikhlas.

Email pertama dari En Nardin

Bonjour, mon Capitaine! J'ai bien reçu votre message, merci. Le voyage KL/Paris s'est bien passé - c'est un peu long: 11 heures BKK - Munich, + 2 KL/BKK + 2 Munich /Paris...J'ai commencé à lire Bapaku dua alam, c'est pas facile... Bon travail à vous, et si vous continuez le français, comptez sur moi... Amicalement. Denis.

Sunday, November 06, 2005

Mencantum 'Puzzle' Tertua

Menurut sejarah, di antara kehebatan orang Arab jahiliyah adalah keupayaan mereka mengingati susur galur keturunan mereka. Kehidupan mereka dalam satu komuniti unik yang dipanggil 'kabilah' di antara faktor yang menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan yang unik tentang susur galur keturunan mereka. Malah pengetahuan tentang susur galur ini merupakan sesuatu yang menjadi kebanggaan setiap kabilah untuk memberitahu kabilah lain tentang hebatnya keturunan mereka.

Setiap kali pulang ke kampung, antara yang paling menyeronokkan adalah bertemu sanak saudara yang bertemu hanya setahun sekali. Namun, ada ketika ada rasa 'kecanggungan' sikit bila bertemu saudara mara yang duduk berjauhan dan sangat jarang bertemu. Rasa sukar nak memulakan perbualan walaupun tahu mereka adalah 'sedarah' dengan kita.

Itulah kata orang kalau dah terlalu jauh dan terlalu lama tidak berjumpa dengan saudara mara, berlanggar bahu pun buat tak tahu. Lebih-lebih lagi jika hubungan saudara itu telah lama terputus kerana kematiaan orang-orang tua mereka.

Pada 2 Syawal yang lalu, saya telah diketemukan dengan saudara mara ibu saya yang telah lama terputus. Secara tidak sengaja, semasa beraya di rumah rakan isteri. Suami kepada rakan isteri saya ada cerita menarik tentang keluarganya dan keluarga ibu saya. Setelah diselidik dengan betul oleh ibu saya yang kebetulan menyertai rombongan raya saya, maka terurailah cerita mengenai Nenek Belanda. Rupanya Nenek Belanda itu ada kaitan dengan datuk saya. Ibu yang tidak puashati meneruskan penyiasatan ke rumah Nenek Belanda.

Nenek Belanda seorang yang telah tua, namun wajahnya ada iras wanita keturunan eropah dan begitu juga wajah anak dan cucunya!!

Rupanya, saya ada ramai lagi saudara mara yang saya tidak kenal dan telah berkembang dengan ramainya. Inilah yang dinyatakan tadi bahawa 'ilmu' tentang susur galur keturunan ini sememangnya sesuatu yang sangat berguna, berguna untuk mengenal diri sendiri dan jati susur galur keturunan.

Wednesday, November 02, 2005

Eid Mubarak


:: Selamat Hari Raya Aidil Fitri :: Maaf Zahir dan Batin ::
dari
Amir Azmi dan Keluarga