Wednesday, June 15, 2005

Shoping barang baby

Selepas sakan shoping untuk barang barang bayi di Sogo dan Mid Valley pada hari Sabtu dan bersambung di KLCC pada esoknya, isteri saya mengadu ada sedikit masalah kesihatan dan perlu kepada rawatan segera. Dari KLCC kami telah bergegas ke Hospital Universiti.

Dari pemeriksaan doktor, mereka mendapati isteri saya perlu di tahan di wad tetapi ada keperluan hospital yang tidak dapat memenuhi keperluan isteri saya untuk di tahan di wad. Oleh kerana agak panik dan pertama kali menghadapi situasi ini, saya cuma memikirkan untuk membawa ke hospital yang berdekatan.

Atas nasihat pakar di Hospital Universiti, kami merujuk pula ke Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kali ini isteri saya diterima untuk rawatan lanjut sekaligus terpaksa di tahan di Hospital Kuala Lumpur selama sehari. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat dan dapat pulang ke Sri Manjung untuk rawatan lanjut.

Saya mengambil masa yang lama menunggu isteri saya semasa beliau diperiksa oleh Doktor pakar di Hospital Universiti dan Hospital Kuala Lumpur. Walaupun menunggu dalam keadaan risau, panik dan sedikit bosan ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya.

Memang bahagian 'Obstetrics dan Gynecology' nie merupakan bahagian yang paling sibuk, dari serendah rendah kakitangan sehinggalah ke Doktor Pakar. Saya yakin ini adalah di antara bahagian yang memerlukan pengorbanan yang besar bagi seorang doktor terhadap karier mereka.

Cuma saya sedikit terkilan kerana kebanyakkan pakar dalam bidang ini terdiri dari mereka yang bukan Islam. Tulisan ini bukan bermaksud perbandingan kepercayaan, jauh sekali merendah rendahkan umat Islam. Saya melihat, dan barangkali saya merasakan Pakar bukan Islam ini memilih kerjaya ini kerana mereka puas menyusahkan diri mereka untuk membantu orang lain.

Bayangkan, bukan senang hendak membantu menyelamatkan dua nyawa yang sedang dalam keadaan genting bila seseorang bayi itu di lahirkan. Hanya mereka yang mempunyai kepercayaan dan keyakinan serta kepuasan untuk memberi perkhidmatan sesama manusia sahaja yang mampu melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan ikhlas walaupun terpaksa menerima kelahiran yang banyak atau kritikal dalam satu satu masa.

Semasa menjadi guru di Subang Jaya, saya kerap kali memberi kuliah tentang betapa pentingnya umat Islam menguasai bidang profesional. Bukan bertujuan untuk menguasai keduniaan tetapi lebih kepada memberi khidmat dan bantuan kepada umat manusia lain tidak kira sama ada mereka Islam atau pun tidak. Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan belum tentu membantu kita berjaya dalam hidup. Kejayaan yang cemerlang berserta rasa iman dan takwa untuk membantu umat manusia, yang benar benar membantu kita berjaya dalam hidup.

Jadilah apa pun, yang penting bidang Profesional dan berkhidmat kepada masyarakat sebanyak banyaknya. Kerana ada orang bukan Islam sanggup menyusahkan diri mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk orang lain. Bukankah fardu Kifayah juga dituntut dalam Islam?

Tuesday, June 14, 2005

Cerita Mindset lagi

Alangkah marah dan geramnya seorang ibu apabila mendapat tahu dari anaknya bahawa anak bongsunya telah menconteng dinding ruang tamu yang baru sahaja dicat minggu lepas. Kos cat itu mencapai hampir seribu ringgit dan pastinya cat itu dari jenis cat yang sangat bermutu tinggi.

Lantas dengan kadar yang segera, si ibu segera ke biliknya lalu mencapai sebatang rotan yang biasa digunakan untuk melaksanakan 'tindakan pembetulan' terhadap anak anaknya yang telah melakukan pelanggaran undang undang dalam rumah.

Apabila tiba di bilik anak bongsunya, kelihatan si gadis kecil menangis teresak esak. Menangis kerana rasa kesal atas kesalahan yang telah dilakukan, kerana rasa takut kepada bilah rotan yang lebih kurang besar saiz straw minuman itu.

Zap! zip! zap!. Itulah hukuman yang barang kali setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh anak kecil itu dan juga sebagai penenang hati yang berbara akibat rasa kerugian yang amat sangat dari kerosakkan cat yang baru itu.

Alangkah sedih, hiba dan terharu apabila melihat contengan anak bongsunya itu. Sebuah gambar hati yang sederhana besar dan di dalamnya terkandung tulisan "Saya Sayang MaMa".

Thursday, June 09, 2005

Mindset

Bila saya melihat pratonton filem Titanic di TV3, teringat saya kenangan semasa belajar di USM. Titanic ini mengingatkan saya tentang kuliah Teknik Berfikir. Antara buku yang saya gunakan dalam kuliah ini adalah; Pemikiran Logikal dan Kritikal karangan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. Pada buku ini, di muka surat 117 ada membicarakan tentang ‘Mindset’. Dalam membincangkan topic ini, beliau telah mengambil contoh tragedi malang di laut Atlantik yang mengorbankan 1513 jiwa pada tahun 1912. Titanic.

Titanic telah dicipta sebagai kapal pelayaran yang terbesar ketika itu dan penciptanya percaya bahawa Titanic tidak mungkin karam dan merupakan ‘benda’ terapung yang paling selamat. Bahagian bawahnya dilindungi dengan dua lapisan logam yang kukuh dan mempunyai 16 ruang yang tidak boleh dimasuki air.

Olek kerana terlalu yakin dengan keteguhan dan kekuatan kapal ini, aspek keselamatan penumpang tidak begitu diambil kira. Bot penyelamat yang terdapat pada Titanic sebenarnya Cuma mampu menampung 1/3 dari penumpangnya sahaja. Tiada taklimat keselamatan dan penumpang juga tidak tahu bagaimana hendak mengedalikan bot keselamatan apabila berlaku kecemasan.

Pada hari ketiga pelayaran, Titanic telah menerima kawat tentang bongkah ais yang terapung dalam laluannya. Oleh kerana kesibukan operator wayerles, beliau lupa mencatatkan kawat tersebut.

Pada petang itu, operator telah menerima lagi kawat amaran dan beliau telah menyerahkan kepada Kepten kapal. Kepten kapal membaca dengan sambil lewa dan yakin Titanic mampu menempuh bongkah ais tersebut. Beliau telah memberi kawat itu kepada Pengarah Urusan White Star Line, Syarikat pemilik Titanic tanpa memberi apa-apa pandangan dan nasihat atas kawat amaran tersebut.

Pada sebelah malam pula, Titanic menerima tidak kurang dari 5 kawat amaran tentang bongkah ais di laluannya. Kepten kapal yang terlalu yakin itu cuma mengarahkan beberapa anak kapal untuk berada di hadapan Titanic untuk memerhatikan bongkah ais dalam kegelapan malam. Malah, para Pegawai White Star Line mahu Titanic memecah rekod kelajuan dan Titanic meluncur dengan kelajuan 22 knot pada malam itu.

Pada 11.30 malam, berhampiran dengan Titanic. Sebuah kapal lain, Kapal Californian telah terkandas di dalam bongkah ais. Operator kapal ini telah meminta bantuan dari Titanic tetapi beliau telah di marahi oleh operator Titanic kerana mengganggu taliannya yang ketika itu sedang menghubungi tempat lain.

10 minit kemudian, anak-anak kapal yang ditugaskan telah ternampak bongkah ais yang besar di hadapan Titanic. Para pegawai Titanic telah berusaha mengelak Titanic dari berlanggar dengan bongkah ais itu, tetapi mereka telah terlambat. Perlanggaran itu telah menyebabkan dinding Titanic telah terkopak sepanjang 100 ela. Air mula memasuki Titanic dan Titanic perlahan-lahan tenggelam.

Ramai dikalangan penumpang tidak percaya Titanic akan tenggelam. Ini menyebabkan proses pemindahan penumpang ke bot keselamatan tidak berjalan dengan lancar.

2 jam kemudian, Titanic tenggelam bersama dengan 1513 nyawa dan bersemadi di dasar Laut Atlantik sehingga ke hari ini.

Mindset ialah suatu keadaan di mana otak kita melihat sesuatu perkara dari satu sudut pandangan meskipun terdapat bukti-bukti yang bertentangan dengan sudut pandangan itu. Keadaan begini menyebabkan persepsi kita jadi salah sama sekali. Ini terjadi kerana mindset menyebabkan kita gagal melihat dan memproses bukti-bukti yang tidak selaras dengan persepsi kita waktu itu. Ia menyebabkan kita “nampak apa yang kita mahu lihat” sahaja, manakala kita seolah-olah “buta’ pada apa-apa yang sebenarnya ada terbentang di depan mata.

Peristiwa tenggelamnya kapal Titanic, sebuah kapal yang dibina menggunakan segala teknologi supaya ia menjadi kapal paling selamat di dunia pada waktu itu, banyak dipengaruhi oleh faktor mindset orang-orang yang terlibat dalam peristiwa tragik tersebut.

Rujukan:
Pemikiran Logikal dan Kritikal, Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd, Terbitan Pertama 1996.

Friday, June 03, 2005

Pemuda asak ulama

Justeru itu mereka perlu menerima teguran Salahuddin dan mengingati kata-kata Ketua Pemuda Pas itu bahawa: "Kita sering menyangka bahawa kita cukup kuat dan hebat kerana selalu berada di jendela untuk melihat dan mengkritik kelemahan orang lain, dan hari ini kita mesti berani berada di hadapan cermin untuk melihat dan memperbaiki kehodohan kita supaya kita benar-benar kuat dan hebat seperti yang disangkakan.''

Thursday, June 02, 2005

Lawatan ke NAM

Hari Selasa lepas saya bersama para pensyarah MCMTT beserta pelatih ITAS dari App. 11 telah mengadakan lawatan ke NAZA Automative Manufacturing Sdn. Bhd. (NAM) di Gurun. Lawatan ini sebenarnya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelaih tentang kejuruteraan automatif dan perbandingan dengan kejuruteraan pesawat yang mereka pelajari di ITAS.

Lawatan di mulakan dengan melihat persembahan dari En. Denise tentang NAM dan perancangan kopratnya. Selapas itu kami di bawa melawat seluruh kawasan kilang. Bagi saya, memang sungguh menakjubkan bagaimana penghasilan kereta Naza Citra dan Naza Ria di hasilkan. Dari bahagian logistik ke bodyshop lepas tu ke paintshop dan seterusnya ke pemasangan komponen kereta yang lain. Sungguh efisen dan pantas. satu hari kilang ini mampu mengeluarkan 80 unit kenderaan Naza.

Dari satu lagi pemerhatian saya, saya melihat Datuk Nasimudiin ini merupakan seorang yang berwawasan jauh. Dari seorang peniaga kereta terpakai pada tahun 70an kepada kereta mewah dan seterusnya kepada kilang pemasangan kereta mewah. Ini merupakan pencapai 'personal' yang sungguh membanggakan.