Thursday, April 28, 2005

Sambest dalam ingatan

Sudah hampir tiga tahun sekarang sejak saya meninggalkan Sekolah Agama Menengah Bestari, USJ 5, Subang Jaya. Sebuah sekolah Kerajaan Negeri Selangor yang sangat berprestij dan di segani oleh sekolah di sekitarnya.

Sebenarnya, berat hati nak tinggalkan Sambest. Namun, apakan daya. Tuntutan hidup dan cita-cita untuk meningkatkan lagi ilmu dan pengalaman hidup memaksa saya mengundurkan diri dari Sambest. Ini tidak bermaksud saya tidak dapat menimba ilmu dan pengalaman di Sambest, tetapi tuntutan hidup dan cabaran yang lebih hebat di luar negeri Selangor, InsyaAllah akan lebih mematangkan diri saya.

Walaupun saya sudah lupa ramai nama pelajar-pelajar dan guru-guru, tetapi saya masih ingat lagi kelas 5 ST 6, pelajar tingkatan satu yang 'homesick', anak-anak menti, Kelas 4 Farabi, asrama lelaki, staff-staff yang ceria, sarang rokok di atas bumbung asrama, kuliah di surau, kad Hari Guru yang terbesar, soft ball, kumpulan nasyid, ucapan yang panjang lebar di perbarisan pagi, Ustaz Ismail, guru-guru, taman anggur, Datuk Sarip (Pengerusi PIBG), makmal komputer dan banyak lagi. Pengalaman selama tiga tahun di Sambest ini mungkin singkat tapi ia adalah ingatan yang berkekalan seumur hidup.

Saya selalu tertanya-tanya, bagaimanakah agaknya keadaan bekas-bekas pelajar Sambest pada hari ini? ada sebilangan kecil masih menghubungi saya melalui yahoo massenger. Ada juga sekali sekala menghubungi telefon bimbit saya. Dari pemerhatian saya, mereka yang masih menghubungi saya berada jauh beribu kilometer dari Malaysia dan juga yang berada di IPTA/S di seluruh Malaysia. Biar di mana pun anda berada, apa jua manfaat yang anda lakukan, anda semua tetap di dalam ingatan saya. Mudah-mudahan kita semua akan tinggal di bandar yang sama di syurga Allah nanti, selama-lamanya. InsyaAllah. Amin.


Tuesday, April 26, 2005

Warisan Candu

Setelah 3 tahun berkhidmat di sini. Baru minggu lepas saya mendapat tahu bahawa makcik yang menyedia dan menjual makanan di Kelab Pegawai itu adalah bekas tentera di zaman British. Beliau adalah bekas MP (Military Police) yang berkhidmat di bawah Tanah Melayu pada awal tahun 60an.

Ada dua perkara yang saya suka tentang makcik ini. Pertama ialah 'kederat' atau fizikal makcik ini walaupun telah melebihi 60 tahun tapi masih nampak kelihatan muda 15 tahun dan mampu melakukan kerja-kerja berat, walaupun kadang-kadang ada juga mengadu tidak sihat. Keduanya adalah cerita-cerita dari kisah silamnya. Kisah tentang dirinya, pemerhatiannya dan pandangannya tentang apa yang berlaku di Tanah Melayu pada ketika itu.

Bermula dari Zaman Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, beliau menceritakan tentang bagaimana ibunya terpaksa menyorokkan kakaknya dari tentera Jepun gara-gara kakaknya berkulit putih dan mempunyai rambut yang kemerah-merahan. Kakaknya disorok di dalam lubang di dalam 'dangau' di tengah-tengah sawah. Abangnya pula pernah di paksa oleh tentera Jepun memanjat pokok Pinang semata-mata ingin merasa buah pinang itu.

Menurut beliau, sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Orang Islam-Melayu telah ramai yang hanyut disebabkan oleh candu. Mereka lebih suka melepak di kedai-kedai kopi dan malu untuk melakukan kerja-kerja buruh seperti mana yang dilakukan oleh pendatang dari China dan India. Ini semua adalah agenda British untuk melemahkan minda orang Islam-Melayu agar orang Islam-Melayu mempasakkan pemikiran bahawa sebagai Tuan kepada Tanah Melayu, kerja berat adalah menyusahkan dan hidup ini seronok dengan hanya bersantai dan melepak.

Kehadiran Jepun ke Tanah Melayu sebenarnya membawa rahmat. Jepun yang terkenal dengan budaya yang berdisiplin dan menghormati masa telah membawa bersama budaya itu semasa penaklukkan mereka di Tanah Melayu. Jepun yang memang membenci budaya lepak telah menyebabkan ramai orang Islam-Melayu di sepak, terajang dan penampar di kaki-kaki lima warung kopi ketika itu. Kelihatannya nampak kejam tetapi untuk mengatasi budaya lepak di kalangan orang Islam-Melayu, orang Jepun telah menyediakan bantuan khidmat kepada orang Islam-Melayu agar membangunkan perindustrian kecil dengan memcipta kraf tangan dari sumber tempatan. Beliau masih ingat lagi bagaimana tentera Jepun telah membimbing orang kampungnya untuk membuat senduk, mangkuk dan lain-lain lagi dari tempurung kelapa. Beliau juga percaya, kraf tangan Malaysia hari ini adalah dari usaha tentera Jepun untuk melihat orang Islam-Melayu membagunkan sumber tempatan dan mengelakkan orang Islam-Melayu dari memenuhi warung kopi dan membuang masa.

Satu lagi kisah yang selalu saya bertanya pada makcik adalah berkenaan 13 Mei 1969. Cerita yang tidak banyak di tulis dalam buku sejarah moden Malaysia. Menurut beliau, sebagai seorang MP, beliau melakukan tugas-tugas pemeriksaan kenderaan, bagasi dan individu yang keluar masuk di Lapangan Terbang Kepala Batas. Itulah rutin hariannya sehinggalah dia di kerah untuk pergi ke Ipoh pada 'tarikh' itu. Tiada apa yang boleh diungkapkan melainkan kengerian melihat banyak mayat yang bergelimpangan di atas jalan. Beliau di tugaskan untuk mengasing dan mengusung mayat naik ke trak tentera. Beliau masih ingat lagi bagimana seorang anggota polis yang 'trouma' melihat banyaknya mayat telah melepaskan tembakan pada rakan sejawatnya. Anggota polis itu telah ditangkap dan ditenangkan sebelum di bawa pergi dari tempat kejadian. Perpaduan bukan perkara kecil. Ia melibatkan rasa hormat menghormati dan toleransi sesama manusia.

Sejarah tetap sejarah. Manusia selamanya tidak mampu mengubahnya. Cuma, sejarah lalu merupakan pengajaran terbaik untuk mencipta sejarah masa depan yang lebih baik.

Namun begitu, bagi sebilangan orang 'kita'. Sejarah lalu tidak mampu menjadi pengajaran bagi mereka. Jika dahulu candu sebagai najis untuk hiburan dan kedai kopi 'port' untuk melepak, hari ini candu dan kedai kopi telah berevolusi dalam bentuk yang lebih melalaikan dan merosakkan jiwa, hati dan minda orang 'kita'.

Barangkali perlu ada penyepak, terajang dan penampar Jepun baru orang 'kita' hendak terngadah dari diulit mimpi yang merosakkan dan menghancurkan. Mungkin penyepak, terajang dan penampar Jepun juga patut berevolusi dalam bentuk yang lebih mantap dan berkesan agar orang Islam-Melayu membuka mata seluas-luasnya melihat apa yang telah berlaku pada hari ini. Kita di sepak, terajang dan penampar dalam keadaan tersenyum dengan minda kita berkhayal dengan sesuatu yang merosakkan. Adakah kita ini 'Pewaris Candu'? sesuatu yang harus difikirkan....!!

Monday, April 25, 2005

You're hired!!

Antara sebab utama saya mesti sampai ke Kepala Batas sebelum jam 11.00 malam adalah kerana tidak mahu ketinggalan untuk menonton rancangan realiti yang saya minati, The Apprentice. Ia bukan sahaja sebuah rancangan realiti tetapi sebuah rancangan yang memperlihatkan ketabahan, kecekalan, kemahuan, kebijaksanaan dalam mencapai matlamat yang satu. Iaitu menjadi salah seorang perkerja kepada jutawan ternama, Donald Trump.

Saya tidak tahu kenapa saya ingin mengulas rancagan ini, tetapi ianya adalah satu 'phenomenan'. Menyaksikan sendiri ketabahan manusia biasa menggunakan segala ikhtiar untuk mencapai cita-cita yang diimpikan oleh berjuta-juta pemohon dari seluruh Amerika. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan survival dalam 'rat race' ini berpaksikan kepada ideologi kapitalisme, sosiolisme dan bermacam lagi bentuk pemikiran barat. Namun, kecekalan, ketabahan, kebijaksanaan menjadi 'tools' bagi segala halangan dan rintangan untuk terus mencapai impian. Bak kata Kelly dalam satu babak, "Halatuju, Kepimpinan dan Perlaksanaan".

Mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan dua peserta dalam persaingan terkahir dalam rancangan yang saya tonton malam tadi (semalam balik awal, dari Cameron terus ke Kepala Batas). Jennifer, 30, received her undergraduate degree from Princeton in English and her law degree from Harvard. She graduated magna cum laude and Phi Beta Kappa from Princeton, and was nominated for the Pyne Prize, Princeton's highest honor. She is currently a securities litigator for a law firm in San Francisco, and has worked with management teams from startups to Fortune 500 companies. Jennifer lives in San Francisco with her husband, Aron.

Kelly, 37, earned a BS degree in National Security and Public Affairs from the United States Military Academy at West Point. He earned an MBA from The Anderson School at UCLA and a JD from the UCLA School of Law simultaneously. After graduating from West Point, Kelly completed Ranger School and served two years as a Military Intelligence Officer in the US Army. Kelly raised over $5M in equity financing for three start-up companies, and as the acting President led the sale of one of those start-ups (eteamz.com: the largest amateur sports portal on the web at the time) for eight figures to a company that has since filed for an IPO. He is the Co-Founder and Chairman of a motor enthusiast community website called MotorPride.com, and is currently the President of CoreObjects, an outsourced software development company based in Los Angeles.

Pertembunngan dua finalis ini sungguh menarik kerana kedua-duanya mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi berkulaiti. Ini menunjukkan bahawa Institut Pengajian Tinggi di Amerika bukan sahaja melahirkan mahasiswa yang menerima segulung ijazah tetapi mempunyai ketahanan mental, ikhtiar dan daya fikir yang berkualiti. Keupayaan menghadapi 'masa-masa kritikal' sungguh mengkagumkan. Dari 'board room' hinggalah ke lapangan tugasan yang memerlukan tugasan dilaksanakan dengan 'jayanya' dalam masa yang singkat. Kepimpinan, kebijaksanaan, motivasi merupakan mainan biasa unuk mengawal peserta lain yang berada di bawah arahan. Tanpa daya kepimpinan yang baik, pastinya ada yang akan 'menikam dari belakang'. Kepetahan berhujah juga menunjukkan yang minda mereka bersedia untuk memeprtahankan diri mereka apabila terancam di mana jua, setiap masa. Sehinggakan jaguh Debat Amerika juga tersungkur kerana 'outdebated' oleh dua orang wanita yang sangat tegar!!.

Doland Trump sendiri sukar untuk membuat keputusan kerana keduanya mempunyai kualiti yang tersendiri. Kelly graduan 'West Point' mempunyai daya kepimpinan yang mantap, pemotivasi yang bagus tetapi kurang tegas. Manakala Jeniffer yang mempunyai latar belakang perundangan seorang yang tegas dan berkeupayaan mengkoordinasi pasukannya. Walaupun kedua-duanya banyak melakukan kesilapan pada persaingan akhir tetapi kejayaan Kelly yang konsisten menjadi taruhan utama oleh Donald Trump untuk di pilih sebagai perantisnya yang kedua. Apa-apa pun tahniah buat Kelly.

ITAS, ISO 9001:2000

TUDM, ITAS terima ISO 9001:2000
Berita Harian, 23 April 2005
SUBANG: Bahagian Kejuruteraan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Institut Teknologi aerospace Alor Star (ITAS) semalam dianugerahkan Sijil ISO 9001:2000.
Sijil diserahkan Presiden dan KetuaEksekutif Sirim, Datuk Dr Ariffin Aton kepada Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamed di Kelab Rekreasi Tentera Udara.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Ariffin dan Wakil Pengurusan Kualiti Bahagian Kejuruteraan TUDM, Leftenan Kolonel Mohd Asri Ismail. Mohd Asri berkata, usaha untuk memperoleh akreditasi bermula sejak 1997 dan dilancarkan pada 2000, bertepatan hala tuju dan visi yang digariskan dalam Kejuruteraan 2005 TUDM.
Katanya, Bahagian Kejuruteraan TUDM menggembleng seluruh tenaga warganya untuk mendapat pengiktirafan itu.

Bahagian Kejuruteraan TUDM, Itas terima sijil ISO 9001:2000
Utusan Malaysia, 23 April 2005
SUBANG 22 April - Bahagian Kejuruteraan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Institut Teknologi Aerospace Alor Star (Itas) hari ini dianugerahkan sijil ISO 9001:2000 oleh Sirim QAS Sdn. Bhd., kerana kecemerlangan perkhidmatan kedua-dua organisasi tersebut.
Panglima TUDM, Jeneral Daruk Seri Nik Ismail Nik Mohamed berkata, Penganugerahan tersebut akan mengukuhkan peranan TUDM dalam menjaga kedaulatan negara khasnya, sejajar dengan visi menjadikan TUDM 'Angkatan Tentera Udara Bertaraf Dunia'.
"Usaha mendapatkan akreditasi ini bermula sejak 1997 dan dilancarkan mulai 2000.
"Tambahan pula Bahagian Kejuruteraan merupakan organisasi yang terbesar dalam TUDM dan untuk koordinasi proses bagi memenuhi kehendak ISO bukanlah mudah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penganugerahan Sijil ISO 9001:2000 kepada Bahagian Kejuruteraan dan Itas di Pangkalan Udara Subang, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sirim, Datuk Dr. Ariffin Aton.
Menurut Nik Ismail, Kejayaan memperoleh penganugerahn tersebut juga selaras dengan 'Visi Engineering 2004' yang memacu ke arah kecemerlangan berterusan dalam perkhidmatan berkualiti tinggi.
"Lebih-lebih lagi era alaf baru ini, peralatan pertahanan sama ada pesawat terbang, sistem radar, persenjataan serta alatan bantuan perlu berada dalam keadaan sedia beroperasi setiap masa," katanya.
Tambah Nik Ismail, beliau juga akan mengusahakan bahagian-bahagian lain di bawah TUDM seperti Logistik, Operasi dan Pentadbiran memperoleh pengiktirafan yang sama.
"walaupun bahagian-bahagian tersebut belum lagi memiliki sijil ISO, perkhidmatan berkuliti lagi proaktif sememangnya menjadi sebahagian daripada budaya kerja TUDM," katanya.

Friday, April 15, 2005

Weekend Husband!

Hari Jumaat adalah hari paling mengembirakan. Hari kepada segala kegembiraan kerana dapat pulang bertemu dengan orang yang tersayang. Sekarang Manjung dah jadi kampung saya. Pantai Teluk Cempedak, Teluk Rubiah dan Bukit Busu.

Ia mengambil masa hampir 4 jam jika dipandu dengan 'skema' tetapi boleh mencapai masa yang lebih singkat. So far, Alhamdulillah belum lagi kena saman, minta saya selamat pergi dan selamat pulang.

Biasanya pada hari Rabu lagi dah minta kebenaran dari 'Bos' untuk balik awal pada petang Jumaat. Solat Jumaat di Masjid Hutan Kampung. Masjidnya memang selalu penuh kerana khutbahnya panas-panas. Tapi, kadang kadang ramai juga yang tido walaupun Iman baca khutbah berdentum-dentum. Kebanyakkannya menyentuh isu semasa yang sensetif.

Selesai sahaja solat Jumaat, terus pi Jalan Langgar dan terus masuk highway. Maka bermulalah perjalanan 'of the week'.

Waktu petang di Kedah, pada awal tahun memang panas. Pada masa ini musim kemarau sedang melanda utara Malaysia. Apa yang dapat dilihat sepanjang jalan adalah jerami padi. Jika bernasib baik, boleh harung asap tengah highway. Kesan dari pembakaran terbuka. Tidak sesuai buka penyaman udara kereta, lebih baik buka tingkap dan pastikan pakai t-shirt lengan panjang untuk mengelakkan dari 'sunburn' la konon.

Sampai di Pulau Pinang, dah tak guna highway. Dia panggil jalan perbandaran kot. Had kelajuan kat Pulau Pinang adalah 90 km/h, tapi susah sikit nak follow pasal baru lepas keluar dari highway. Teruja nak bawak 110 km/h, especially bila jalan tak banyak kereta!!

Biasanya sampai di perhentian Bukit Merah baru berhenti, ambil angin la sikit. Minum Isotonik drink sikit dan rehat dalam 10 minit sebelum meneruskan perjalanan. Sampai ke persimpangan keluar ke Changkat Jering baru la dapat Off road dari highway. Saya suka guna jalan dalam kerana ia lebih redup tetapi tidak dapat nak pandu laju kerana terlalu banyak kenderaan berat yang guna jalan dalam juga, terutama dari Changkat Jering ke Lumut. Jaraknya lebih kurang 89 km tapi perjalann tu ambil dengan 1 jam lebih. Tapi enjoy guna jalan 'dalam' pasal cuaca dan nak redup dang banyak pokok. So, memandu kat kawasan ini lebik rilek. Kadang-kadang tak rilek juga kalau hormon dalam badan dah meningkat!!. Sampai di Lumut lebih kurang jam 5.30 petang. Then, mandi-mandi, solat and rest terus kat bilik.

Tiada apa yang besar tentang 'weekend husband' melainkan keletihan dan kepayahan. Cuma yang sedikit bernilai tentang 'weekend husband' ialah kegembiraan yang infiniti bertemu kekasih dan terbayar segala rindu dendam. Suatu perasaan yang tidak pernah saya rasa semasa saya bujang!!!. Syukur... Syukur... Syukur... Alhamdulillah..

Surah Al-Anfal ayat 60

Firman Allah Taala, maksudnya:
Dan sediakan lah untuk mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap dan sedia untuk mengerunkan musuh-musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahuinya, dan apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianaiaya.


MIG 29N