Pelatih 1
Saya ******** berasal dari Arau Perlis – tujuan saya memasuki Tentera Udara Di Raja Malaysia adalah kerana kehendak arwah ayah saya. Sebelum ayah saya meninggal dunia, dia ingin melihat saya berjaya dalam hidup ini. Sebelum ini saya adalah lepasan SPM dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel yang jauh dari kawasan rumah saya. Satu hari ayah saya telah terbaca pada surat khabar yang menyatakan ada pengambilan untuk semua lepasan SPM memasuki Tentera Udara ini. Lalu dia menyuruh saya mencuba nasib. Setelah mencuba akhirnya saya dapat memasuki Tentera Udara ini. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan ayah saya, saya meneruskan kerja dalam bidang ini. Pada tanggal 31 Disember 2004 adalah hari yang bersejarah bagi saya kerana hari itu adalah hari tamat latihan kami. Saya lihat ayah saya begitu gembira dengan saya. Tapi pada tanggal 11 Januari 2005, dia telahpun pulang ke pangkuan ALLAH SWT. Oleh itu, kerana tidak mahu mengecewakan dia, saya meneruskan kerjaya dalam bidang ini.
Pelatih 2
Saya **** berasal dari Kuching, Serawak. Saya anak ke-7 daripada 7 adik beradik. Umur saya 22 tahun, lahir pada tahun 1983.
Kenapa saya masuk Tentera Udara? Sebelum masuk Tentera Udara, saya bekerja di UNIMAS sebagai Pembantu Penyelidik. Ianya kontark untuk 1 tahun sahaja kerana Pensyarah tersebut hendak berpindah ke semenanjung. Dari sini, sebelum tamat kontrak dengannya, saya mula mencari kerja lain dan kahirnya saya terbaca di dalam surat khabarmengenai temuduga TUDM. Saya pun mencuba untuk menjadi Tentera Udara bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.
Saya masuk Tentera Udara kerana ada macam-macam perkara yang ada difikiran saya. Sebenarnya saya mempunyai sedikit minat dengan Tentera Udara sejak kecil lagi kerana seronok dan kagum melihat pesawat-pesawat yang ada. Selain itu, saya masuk Tentera Udara ini kerana tiada pilihan lain kerana sekarang susah untuk mencari kerja dan hendak membantu keluarga saya terutama kedua-dua orang tua saya. Kerana dengan usia saya sekarang ini memang patut membantu orang tua dan keluarga daripada menganggur. Tambahan pula sokongan daripada rakan-rakan dan sudara mara menambahkan lagi sedikit semnagat untuk mencuba masuk sebagai Tentera Udara. Selain itu, melihat semangat untuk mencuba masuk sebagai Tentera Udara. Selain itu, melihat kepada usia saya berusia 21 tahun dan mempunyai peluang untuk turun temuduga jadi saya terus mencuba dan kahirnya berjaya dalam temuduga tersebut. Pada masa itu, difikirkan saya inilah peluang untuk saya bekerja dan membantu keluarga setakat yang mampu daripada tidak membantu langsung. Jadi saya tidak akan menghampakan harapan kedua-dua orang tua orang tua saya dan akan membantu mereka setakat yang mampu.
Pelatih 3
Nama Saya *******. Sekarang saya nak cerita tentang kenapa saya memilih bidang Tentera Udara sebagai kerjaya saya. Sebelum ni, tidak pernah langsung terlintas di fikiran untuk menjadi seorang Tentera hinggakan pada suatu hari kakak saya telefon dan memberitahu saya Tentera Udara memerlukan orang. Saya yang memang tidak berminat langsung dalam bidang Tentera membantah apabila kakak saya menyuruh saya pergi temuduga pilihan pertama di Sekolah Sains Thomas, Kuantan, Pahang. Apabila melihat tiada reaksi dari saya, kakak saya memberitahu kepada kakak sulong saya. Kakak sulong saya suka membebel, apalagi teruk saya kena bebel hari itu hinggakan saya terfikir betul juga kata mereka, sekurang-kurangnya saya tidak perlu lagi menganggur dan menghabiskan harta benda orang tua saya. Begitulah ceritanya tentang kenapa saya masuk Tentera sebab dipaksa oleh adik-beradik.
Pelatih 4
Sebelum saya memilih TUDM ini sebagai kerjaya hidup saya, sebelum ini saya telah bekerja dengan sebuah syarikat swasta dimana tempat saya memulakan pencarian rezeki bagi meringankan beban keluarga saya. Nama syarikat tersebut ialah *******. Saya bekerja sebagai ‘welder’ ataupun tukang kimpal.
Selama saya bekerja di syarikat tersebut, selama tiga tahun saya telah mencuba beberapa kali menghadiri temuduga antaranya pengambilan rekrut TUDM sebanyak 4 kali, TLDM 2 kali, PDRM 7 kali dan Tenetra Darat sebanyak 8 kali. Dalam pada itu saya tidak mudah berputus asa kerana saya percaya gagal sekali bukannya gagal untuk selamanya.
Pada pemilihan awal terbuka TUDM peringkat rendah, iaitu pada 6 Mei 2004 saya telah mencuba sekali lagi menghadiri temuduga tersebut di Dewan Suarah Sibu tetapi malangnya saya gagal. Tetapi saya tidak putus asa, selang sehari selepas saya menghadiri temuduga di Sibu gagal, saya pergi pula menghadiri temuduga di Dewan Suarah Kuching pada 8 Mei 2004, akhirnya saya berjaya juga kerana telah terpilih untuk pemilihan akhir.
Oada masa itu, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya kerana telah terpilih untuk pemilihan akhir. Setelah 3 tahun saya menuggu peluang tersebut kerana ini saat-saat yang saya nantikan kerana saya sememang meminati kerjaya TUDM ini. Itulah yang saya dapat ceritakan mengapa saya memasuki TUDM ini kerana dari umu saya 7 tahun, saya memang meminati ATM.
No comments:
Post a Comment