Tuesday, February 05, 2013

Bawah Jambatan

Jambatan Pulau Pinang
Minggu lepas merupakan minggu melancong yang tidak disangka. Lawatan kami sekeluarga ke Kulim untuk melawat adik ipar telah membawa saya kepada memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang. Memancing bersama bapa mertua dan adik ipar di bawah jambatan terpanjang di Malaysia.
Sepanjang saya belajar di USM dari 1993 sehingga 1998, tidak pernah saya terfikir untuk sampai di bawah Jambatan Pulau Pinang. Seingat saya, pernah kami (rakan-rakan di USM) lepak-lepak di bawah Jambatan Pulau Pinang yang berhampiran dengan persisiran pantai Pulau Pinang. Itu kenangan lama dulu :)
Bot untuk ke bawah Jambatan Pulau Pinang
Kami tiba di Pulau Pinang lebih kurang jam 4 petang setelah membeli sedikit ikan dan sotong sebagai umpan. Sesampai sahaja, kami terus mengisi perut sebelum memulakan aktiviti memancing. Semasa menunggu bot di jeti, kami lihat kebanyakkan pemancing tegar bawah jambatan membawa begitu banyak joran dan pelbagai lagi kelengkapan kendiri seperti tempat tidur, lampu, makanan dan sebagainya. Manakala, kami pula hanya membawa peralatan memancing seperti memmancing di tepi pantai di Lumut :)
Mendarat di atas tiang bawah jambatan
Menurut adik ipar (dari rakannya), tiang jambatan yang terbaik dalah di antara 60 hingga 70. Maka kami sememangnya berharap dapat memancing di salah sebuah tiang tersebut. Tekong akhirnya menghantar kami di tiang 68 yang dikatakan antara yang mempunyai dasar yang dalam.
Pulau Pinang
Bawah Jambatan Pulau Pinang di kala senja
Sebaik sahaja mendarat, kami pun memulakan memancing. Saya perhatikan, terdapat banyak anak ikan yang berenang-renang di sekitar tiang jambatan. Semasa kami tiba, air laut sudah pasang dan perlahan-lahan untuk surut. Saya melihat struktur jambatan yang kukuh dan juga pemandangan Pulau Pinang yang cantik dari bawah jambatan. Pemandangan yang mengamit kenangan saya semasa berada di USM. Masih lagi indah seperti mana saya meninggalkannya dahulu.
Mertua dan adik ipar
Pulau Pinang di waktu senja
Sejujurnya, saya tidak berharap untuk mendapat hasil tangkapan yang banyak. Saya lebih minat untuk bersantai sambil meningkatkan teknik 'casting' yang saya baru pelajari. Angin laut yang nyaman buat saya lebih rehat dan menyebabkan saya tertidur lena setelah lebih sejam memancing di bawah jambatan. 
Teknik 'casting' :)
Kami berada di bawah jambatan sehingga jam 12 malam. Setelah berkemas, bot yang mengambil kami membawa kami kembali ke jeti. Kami mengisi perut yang lapar terlebih dahulu sebelum pulang ke Kulim. Kenangan yang sangat bermakna. Jika ada keizinanNya, akan datang lagi dengan persediaan yang lebih baik :)

2 comments:

Ha Abr said...

En Amir photo tu cantiklah.. Pakai software apa untuk letakkan wording macam tu..

Amir Azmi said...

Salam, saya guna iPhone dan apps Instagram untuk edit gambar. Wording mmg ada dalam software blogspot :)