Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah berjaya juga saya mendapat lesen sebagai penyelam. Walau pada mulanya terasa sedikit kesukaran dan kesangsiaan, akhirnya diizikan jua oleh Allah dengan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Video di atas menceritakan pengalaman bertemu dengan sejenis ikan yang sama keluarganya dengan ikan popular 'nemo'. Menariknya, ikan ini bersungguh-sungguh menjada kawasannya dari penyelam mendekatinya. Menarik :) InsyaAllah, jika ada keizinan Allah, saya akan kembali ke Pulau Perhentian semua :)
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Saturday, September 22, 2012
Wednesday, September 05, 2012
Sukan Rakyat
Buat pertama kalinya ATM mengadakan Karnival Sukan Rakyat yang bermatlamat untuk mengangkat sukan tradisional di kalangan anggotanya. Di KD PELANDOK, aktiviti ini telah berjalan pada hari ini (4 Sept) di Dewan Senaman, KD PELANDOK. Pelbagai acara telah diadakan dan perjalanannya sangat lancar dan meriah. Saya menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan GoPro yang baru dibeli untuk merakamkan aktiviti sepanjang Karnival Sukan Rakyat ini. Semua video ini di sunting menggunakan iMovie dalam iPad saya. Hasilnya sangat memuaskan dan hampir semua aktiviti terakam di dalam video pendek saya itu. Saya memang kagum dan jatuh cinta denga Gopro saya ini. Sedang memikirkan apa lagi yang hendak dirakam selepas ini :)
Sunday, September 02, 2012
Timelapse di Teluk Batik
Pagi tadi saya bersama anak-anak berserta sahabat lama, Wan Ahmad Suhaili dan anaknya berkelah di Teluk Batik. Saya sendiri sebenarnya dah lama tak pergi berkelah di tempat menarik di Negeri Perak ini walaupun jaraknya cuma lebih kurang 20km dari rumahku :) Saya tak ingat kali terkahir saya melawat tempat ini, tapi memang ada beberapa perubahan yang ketara di antaranya; sudah ada bayaran untuk masuk ke Teluk Batik, kedai-kedai sedah lebih banyak dihuni, prasarana yang lebih baik, ada tukang cuci yang bekerja sepanjang kami berkelah di sana dan bilik air yang lebih terurus. Kesempatan ini, saya merakankan anak-anak membina istana pasir selama sejam dan diringkaskan dalam masa 1 minit. Cuaca yang sangat baik dan ombak yang menderu-deru sepanjang perkelahan. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)