Sunday, April 22, 2012

Pendidikan Percuma

Sejak kita kecil, kita tidak pernah dengar tentang pendidikan percuma di Malaysia. Ia sesuatu yang pelik dan sesiapa yang mampu dikira orang yang sangat mulia kerana jarang sekali perkara ini berlaku. Pendidikan memerlukan keewangan untuk dicapai. Semasa saya mula menjadi guru penghujung 90an, budaya 'Tuisyen' sudah mula menapak di Malaysia dan ibubapa bersedia untuk membayar kos tuisyen walaupun agak tinggi. Semenjak itu juga pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan dan ibubapa melaburkan duit mereka kepada pusat tuisyen. Seterusnya, budaya 'swasta' dalam pendidikan mula meresap dalam pendidikan tinggi sehingga menyebabkan Universiti dan Kolej swasta berkembang pesat di Malaysia. 
Satu persoalan dalam minda saya, adakah pendidikan boleh diniagakan? adakah dengan pendidikan berbayar menjadi kecemerlangan pelajar? Bagaimana pula dengan golongan berpendapatan rendah? adakah mereka tidak layak mendapat pendidikan terbaik?
Satu-satunya negara pada hari ini yang menawarkan pendidikan percuma adalah Finland. Logiknya, pendidikan bukanlah satu pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa yang singkat tetapi Finland mampu menyediakan pendidikan percuma dari pra-sekolah sehingga ke peringkat universiti. Namun begitu, pelaburan idea tentang pendidikan percuma telah memnunjukkan impaknya apabila Finland adalah negara yang tertinggi atau hampir tertinggi dalam peperiksaan khas antarabangsa yang dikenali sebagai PISA. Mengalahkan negara-negara maju sejak tahun 2000.

3 comments:

wifemdnavy said...

byk juga pro & kontra perlu pertimbangan..

cth : populasi penduduknya.. pendapatan perkapita yg mbawa kpd kesanggupan rakyat utk membayar cukai?!!( ye la.. sape nak bayar gaji lecturer dan guru?.. sedang skrg ramai lari dr tax..) .. serta nilai dan kualiti lulusan ipta nanti.. bila free... tak kira miskin kaya.. take it for granted..
kadang2 permintaan tidak disusuli dgn analisis.. (cuma pandangan peribadi..)

Amir Azmi said...

Negara kita banyak berbeza dengan Finland, Perbezaan paling besar adalah kita pengeluar minyak yang terbaik di dunia. Berbanding Finland yang duduk di Hemsifera utara yang suhu negaranya menyebabkan tak banyak tanaman boleh ditanam di negara mereka yang sejuk.
Ini idea yang baru di negara kita, tiada agenda politik pun, cuma ia adalah satu idea penambahbaikan kebajikan kepada rakyat.
Di Finland juga perubatan adalah percuma. Kita boleh lihat berapa banyak hospital swasta di negara kita.
Di Finland, memperdagangkan pendidikan dan perubatan adalah sesuatu yang pelik! :)

wifemdnavy said...

Benar sumber komoditi Finland terhad.. benar Malaysia pengeluar petroleum terbaik .. tp pertimbangkan semula sebahagian hasil petroleum baik yg dijual diambil oleh kerajaan untuk menggaji semula kakitangan kerajaan yg tidak berasaskan keuntungan (GURU Kerajaan, Jururawat dan Tentera contohnya.. 2/3 drp kakitangan awam lain)

Pendapatan utama FInland - perlancongan dan hasil lautannya.. tapi kehidupan mereka tiada subsidi, tax dalam serba serbi perdagangan dan pendapatan..

Ini juga perlu kesedaran orang Malaysia.. adakah kita bersedia harga petrol RM3.20/liter.. adakah kita bersedia dgn mineral water 100ml RM7.00.. adakah kita bersedia dengan serba serbi perkhidmatan sokongan yg mahal.. cth : pengangkutan awam..

waa.. bagus juga.. terima kasih Azmi.. dikeluarkan isu ini.. sungguh lama tidak menghujah ni... selama ini cuma bentang paper setiap kali meeting jer

(tiada kait mengait ngan politik yer.. cuma pandangan sy)