Saturday, December 11, 2010

Family Day

Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan kegembiraan bagi ibubapa saya kerana hampir semua adik beradik saya dapat kembali ke Selangor/Wilayah Persekutuan dan berkerja di sini. Sebelum ini, kami berkhidmat di beberapa negeri yang berbeza dan jauh dari mereka. Kegembiraan itu dapat dirai dan dikongsikan apabila kami sekeluarga, Alhamdulillah berjaya mengadakan Hari Keluarga di Bukit Fraser pada 4 dan 5 Dis yang lalu. Cuaca yang 'mild' dan beberapa aktiviti yang menarik telah merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga. Mudah-mudahan, program seperti ini akan kerap di adakan lagi pada masa hadapan. InsyaAllah.

2 comments:

paktam said...

apa benda yg e bakar tu mi

Unknown said...

Salam Pak Tam,

Ada la sikit ayam perap ina dan noor buat, yang lain tu contribute sosej, burger untuk dibakar! Ok la, makan panas-panas dalam cuaca yang sejuk :)