Thursday, December 02, 2010

Darah

Kali terakhir saya menderma darah adalah semasa saya masih belajar di USM. Lebih kurang 12 tahun yang lalu. Sewaktu majlis 'Desa terbuka'. Pada ketika itu masih muda dan suatu pengalaman yang mengujakan. Pagi ini, awal-awal lagi seorang rakan mengajak untuk menderma darah anjuran salah sebuah pusat latihan tentera di dalam kem ini. Tidak saya ingati lagi bahawa setiap kali menderma darah, pemeriksaan kesihatan dijalankan.

Saya sangat gembira bila diberitahu bahawa kesihatan saya pada tahap yang baik walaupun telah lama tidak menjalankan aktiviti kecergasan. Saya juga baru sedar bila ditanya, "Tuan pernah berada di hospital (sakit) untuk jangka masa yang lama?". Jawapannya 'Tidak". Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengurniakan kesihatan yang baik di masa yang lalu sehingga kini. Semoga Allah mengurniakan keberkatan dalam kehidupanku dan keluargku dulu, kini dan selamanya, Ameen. :)

No comments: