Saturday, December 12, 2009

Basikal

Saya masih ingat basikal yang digunakan oleh bapa saya untuk menghantar saya ke sekolah. Ia lebih dikenali dengan basikal tua. Bagusnya, basikal sangat menjimatkan dan menyihatkan tetapi masalah akan wujud bila tiba musim hujan. Pernah sekali saya dan bapa terjatuh kerana jalan yang lecak. Akibatnya, saya ke sekolah dengan baju yang kotor. Menjadi perhatian sepanjang persekolahan.

Saya juga pernah mengikuti pakcik saya ke rumah rakannya. Kami disambut oleh bapa kepada rakan pakcik saya. Kelihatannya dia seperti lelaki yang berumur 40an. Masih tegap dan sihat. Kami terkejut apabila diberitahu bahawa umurnya adalah 80 tahun!. Apabila pakcik saya bertanya, apa rahsia dia kelihatan muda. Dia memberitahu, bahawa di mengayuh basikal ke tempat kerjanya, di Pelabuhan Kelang setiap hari. Jarak dari rumahnya ke pelabuhan Kelang adalah 40km. Pakcik tu berbasikal sejauh 80km setiap hari semasa mudanya!

Di Malaysia, berbasikal bukanlah suatu kebiasaan dan tidak dilihat sebagai pengangkutan yang utama. Ini mungkin kerana cuaca Malaysia yang panas dan hujan yang menjadikan berbasikal tidak begitu praktikal dijadikan kenderaan seharian. Pemerintah juga tidak menyediakan laluan khas untuk penunggang basikal. Begitu juga dengan undang-undang Malaysia yang tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada penunggang basikal.

Di Australia, berbasikal dan pejalan kaki dilindungi oleh undang-undang. Hukuman yang berat dikenakan kepada pengguna jalan raya yang tidak menghormati golongan ini. Laluan khas juga disediakan. Basikal juga boleh dibawa masuk ke dalam trem atau komuter. Seperkara lagi, golongan ini tidak menghadapi masalah besar untuk melintas jalan. Jejakkan sahaja kaki atau tayar basikal selaku untuk melintas, secara spontan kereta mahupun lori kontena akan memberhentikan kenderaan mereka untuk memberi laluan kepada penunggang basikal atau pejalan kaki. Sepanjang saya berkursus di sana, saya tak nampak satu jejantas pun dibina untuk pejalan kaki.

Saya pernah mendengar cadangan agar bilik air disediakan di pejabat-pejabat bagi penunggang basikal gunakan untuk membersihkan diri mereka apabila tiba di pejabat. Begitu juga cadangan untuk membina laluan berbumbung untuk pejalan kaki dan penunggang basikal di bandar-bandar besar. Itu sememangnya cadangan yang sangat baik tetapi tidak pernah dilaksanakan.

Jadilah basikal sebagai alat riadah atau kita akan lebih memilih untuk cuma makan goreng pisang yang berminyak sambil santai menonton TV diwaktu petang.

2 comments:

اکمل said...

salam cikgu..
klu nak tgok orng yg berbasikal kat m'sia ni kebnyakan hnye warga negara sing je (nepal, philipne..etc)..

org m'sia sndiri jrang yg mahu berbasikal..tak de standard katenye..heh

tapi sye suke gmbar tuk artikel ni..dimbik dr sudut yg sgat cantik

オテモヤン said...
This comment has been removed by a blog administrator.