Saya masih ingat basikal yang digunakan oleh bapa saya untuk menghantar saya ke sekolah. Ia lebih dikenali dengan basikal tua. Bagusnya, basikal sangat menjimatkan dan menyihatkan tetapi masalah akan wujud bila tiba musim hujan. Pernah sekali saya dan bapa terjatuh kerana jalan yang lecak. Akibatnya, saya ke sekolah dengan baju yang kotor. Menjadi perhatian sepanjang persekolahan. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Saturday, December 12, 2009
Basikal
Saya masih ingat basikal yang digunakan oleh bapa saya untuk menghantar saya ke sekolah. Ia lebih dikenali dengan basikal tua. Bagusnya, basikal sangat menjimatkan dan menyihatkan tetapi masalah akan wujud bila tiba musim hujan. Pernah sekali saya dan bapa terjatuh kerana jalan yang lecak. Akibatnya, saya ke sekolah dengan baju yang kotor. Menjadi perhatian sepanjang persekolahan. Wednesday, December 02, 2009
Kenangan Penerjunan
Bersama buddy, Mejar Shukrie dari 11 Briged. Bergambar di depan hangar setelah dianugerahkan dengan sayap penerjunan. "Nampak jantan!", kata Mejar Shukrie. Penerjunan kali ke-6 bersama alatan dan senjata adalah kenangan penerjunan yang tidak terlupa. Sebaik sahaja keluar dari pesawat CN 235 milik TUDM, terasa sepakan angin di ketinggian 1000 kaki. Dalam kedudukan kepala tunduk sehingga dagu mencecah dada dan kaki rapat dalam 3 saat, payung MCI-IBD saya telah mengembang dengan baik. Selepas pasti payung mengembang dengan baik, pemeriksaan sekeliling dibuat untuk memastikan tiada rakan yang berada berhampiran, untuk mengelakkan dari perlanggaran di udara. Setelah aman, terus lihat permukaan bumi, sedia untuk gantung alatan.