Thursday, June 26, 2008

Kasih Sayang

Somewhere over the rainbow
Way up high
There's a land that I heard of
Once in a lullaby

Somewhere over the rainbow
Skies are blue
And the dreams that you dare to dream
Really do come true

Some day I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far behind me
Where troubles melt like lemondrops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly
Birds fly over the rainbow
Why then, oh why can't I?

If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?


Bagaimana seorang manusia yang luarbiasa dilahirkan? Bagi saya semua manusia dilahir dalam bentuk yang sama tetapi persekitarannya yang menjadikan seorang insan itu luarbiasa.

Connie Talbot sangat suka menyanyikan lagu Over the Rainbow kerana lagu itu selalu didengarinya semasa beliau masih kecil ketika menonton filem The Wizard of Oz bersama neneknya. Lagu yang sama juga dinyanyikan oleh neneknya untuk mendodoi beliau sebelum beliau tidur.

Kini lagu yang sama telah menjadikannya seorang kanak-kanak comel berusia 7 tahun yang luar biasa dan lagu yang sama dinyanyikan di pusara neneknya.

Moralnya.. keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang buat anak-anak kecil hari ini, membesar menjadi manusia yang seimbang dan luar biasa pada masa hadapan. Berapa ramaikah anak-anak kecil yang kehausan kasih sayang pada hari ini?

Tuesday, June 17, 2008

Percaya

PERHATIAN: ENTRY INI ADALAH SPOILER BAGI YANG BELUM MENONTON KUNG FU PANDA!! huhu!!

Saya baru sahaja habis menonton filem Kung Fu Panda. Menarik jalan ceritanya dan sangat terkesan sehingga saya teruja untuk menulis tentangnya di dalam blog ini. Alasannya, filem ini ada tauladan antara guru dan anak murid, antara keupayaan fizikal dan percaya!.

Kisahnya bermula apabila seekor Panda 'gemuk' yang sangat meminati seni bela diri Kung fu tetapi selalu 'demoralise' oleh bapanya yang berharap anaknya akan menganti beliau sebagai peniaga mee sup.

Diringkaskan cerita, kampung di mana Panda itu tinggal akan dihuru-harakan oleh seekor Harimau Salji yang juga sebenarnya adalah bekas pelajar di sekolah Kung Fu di tempat itu. Atas arahan Master Oogway (kira 'grand' tok guru) seekor kura-kura tua, beliau telah melantik Po (Panda yang gemuk) untuk dilantik menjadi 'Dragon Warrior', satu-satunya pahlawan yang mampu mengalahkan Tai Lung (Harimau Salji).

Pelantikan ini telah membuat Shifu (Pengetua) dan pelatihnya seramai 5 ekor tidak berpuashati. Po dipinggir dan lebih menyedihkan Shifunya sendiri cuba menyingkirkannya.

Namun begitu, Shifu akhirnya terpaksa menerima Po sebagai anak muridnya setelah kematian Master Oogway. Dalam keterpaksaan itu, beliau mendapat idea untuk mendidik Po menjadi 'Dargon Warrior' setelah mendapati Po boleh dimotivasikan dengan 'makanan'.

Dengan latihan intensif, akhirnya Po dapat dibentuk dan layak untuk menjadi 'Dragon Warrior' dengan menerima skrol hikmat. Apabila Po membuka skrol itu, tiada apa di dalamnya cumalah helaian berkilat yang memantulkan imejnya.

Tiada siapa yang faham, malah semuanya kecewa. Lalu Shifu mengarahkan kampung itu dikosongkan sebelum kedatangan Tai Lung. Pada ketika inilah, bapa kepada Po menerangkan rahsia sebenar kenapa mee supnya sangat popular. Rahsianya, tiada ramuan istimewa pun!. Mee sup bapanya popular kerana orang ramai percaya mee supnya istimewa!.

Pada ketika itu Po yakin dan percaya beliau mampu mengalahkan Tai Lung dan kesudahannya, Po berjaya mengalahkan Tai Lung dan menjadi kebanggaan orang kampungnya.

Moral dari kisah ini, jika kita seorang guru, kita harus percaya anak murid kita mampu melakukan perkara yang dirasakan sukar untuk mereka laksanakan. Sentiasa berfikir yang terbaik untuk anak murid.

Bagi seorang murid, jangan sekali-kali merasa rendah diri dan berundur dari berusaha untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah gabungan impian, usaha dan yang utama, percaya dengan kemampuan diri sendiri.

Percayalah, orang lain akan melihat kita seorang yang istimewa kerana kitapercaya yang kita seorang yang istimewa. :)

Saturday, June 14, 2008

Tujuh

Saya sudah kena tag dengan dua orang blogger. Seorang bekas pelajar saya, szakif dan seorang lagi rakan isteri saya, juga 'penjaga' forum Geng Jurnal, ady. Mereka tag benda yang sama. Mudah bagi saya nak laksanakan permintaan keduanya tapi jenuh juga nak fikir 7 perkara tentang diri saya. Saya cuba, InsyaAllah.

7 TENTANG DIRI SAYA
1. Seorang anggota beruniform.
2. Seorang guru Matematik cum Sains dan Bahasa Inggeris.
3. Suami kepada wanita yang sangat minat pada ilmu perbidanan.
4. Bapa kepada dua orang 'baby' yang sangat comel.
5. Seorang yang percaya pada nilai murni dalam diri manusia.
6. Seorang yang suka pada kesederhanaan.
7. Seorang yang sentiasa berharap untuk menjadi Mukmin sejati.

7 PERKARA YANG MENAKUTKAN SAYA
1. Kehilangan keluarga yang tersayang.
2. Peperangan yang ada unsur 'genosid'.
3. Wanita-wanita Islam dicabul dan dihina.
4. Harga barang naik!
5. Kematian yang mengerikan.
6. Disabotaj oleh rakan seperjuagan.
7. Putus harapan dalam memperjuangkan sesuatu yang mulia.

7 BUAH LAGU YANG SAYA SUKA
Saya tak berapa minat dengar lagu, lebih minat dengar orang bercakap (celoteh DJ!). Biasanya saya dengar lagu masa memandu. Channel yang selalu dengar, Red 104, Hitz dan Ikim. Dengar je apa yang dihidang bagi menyenangkan halwa telinga semasa memandu.

7 PERKARA YANG SAYA SUKA SEBUT
1. Occay.
2. InsyaAllah.
3. God Almighty.
4. Apa pun....
5. Alhamdulillah.
6. Oh... No!
7. Hhmm...

7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI
1. Kehidupan saya.
2. Keluarga yang tersayang.
3. Ilmu.
4. Kesihatan.
5. Catatan-catatan di dalam blog ini.
6. Telepon bimbit.
7. Koleksi digital LOST dari musim 1 hingga 4!

7 PERKARA YANG PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP SAYA
1. Jatuh cinta!!
2. Menggunakan senjata Colt M 16.
3. Bertugas sebagai guru di SAM Bestari, Subang Jaya.
4. Menaiki Helikopter Alouette yang dipandu oleh Lt. Kol. Johnny.
5. Belayar bersama kapal MV Fajar Samudera ke Langkawi.
6. Berkahwin dan dikurniakan dua orang anak yang comel.
7. Dapat berkursus di Melbourne, Australia.

7 ORANG YANG SAYA NAK TAG.
Jangan takut, salah seorangnya bukan kamu :)

Wednesday, June 04, 2008

Naik RM 0.78

Hari ini saya sekeluarga bersama keluarga mertua mengambil kesempatan cuti sekolah untuk 'jalan-jalan' di Bandaraya Ipoh. Bermula pagi dan di saat saya menaip catatan ini saya kini berada di Seri Manjung dalam 2 jam yang lalu.

Lebih kurang jam 5 petang, semasa jalan-jalan di Bandaraya Ipoh, saya dan keluarga mula 'terkesan' sesuatu. Terlalu banyak kereta berderet di semua stesen minyak di Bandaraya Ipoh!.

Kami tertanya-tanya sehinggalah lebih kurang jam 6.30 petang, bila kami sedang sedap menikmati nasi ayam merah di Restoren Maxwell, TV melaporkan tentang kenaikan harga minyak. Terkejut dan rasa tidak puas hati, "Kenapa hari ini, bukan ke kata nak naik bulan Ogos??"

Saya mula berkira-kira stesen mana saya nak singgah untuk memenuhkan tangki kereta saya dengan minyak subsidi. Namun, saya berasa kekecewaan yang amat setiap kali melintasi stesen minyak yang dihurung oleh kereta-kereta dan lori-lori!. Ada yang berbaris hampir 2 km!!

Dalam kekecewaan tu, bahagian kiri otak saya ligat mencongak duit yang akan hangus esok hari membeli minyak tanpa 'subsidi'. Isipadu tangki 42 liter x RM 1.92 (harga minyak subsidi) = RM 80.64.

Harga minyak penuh tangki saya bermula esok, 42 liter x RM 2.70 = RM 113.40. Makanya, saya kena tambah (RM 113.40 - RM 80.64) RM 32.76 bermula esok untuk memenuhkan petrol dalam tangki kereta saya!! Banyak tu!

Dari perkiraan saya, 1 liter minyak petrol mampu mengerakkan kereta saya sejauh 14 km. Pergi balik dari rumah ke tempat kerja adalam 28 km. Ini bermakna dalam satu hari kerja saya membelanjakan (RM 2.70 x 2) RM 5.40 sehari. Andaikan saya bekerja 20 hari dalam sebulan. Makanya, untuk sebulan saya kena belanja (RM 5.40 x 20 hari) RM 108.00 sebulan. Nilainya pastinya lebih kerana pergerakan kereta semasa bekerja dan jalan-jalan di hujung minggu.

Bagaimana la dengan orang kerja yang lain, jarak yang lebih jauh dan tol? Bagaimana pula orang yang berpendapatan rendah? Bagaimana pula dengan harga barang makanan selepas ini? Semoga Allah permudahkan urusan kami di dunia ini, Ameen.

Tuesday, June 03, 2008

Kambing


Perkara yang menarik perhatian saya sebelum majlis aqiqah anak saya adalah usaha untuk mencari kambing yang berusia lebih dari dua tahun. Saya tidak menyangka bahawa untuk mendapatkan bekalan kambing pada hari ini tidaklah mudah seperti yang saya sangka.

Saya sebenarnya hanya menyerahkan tugas mencari kambing kepada bapa mertua saya. Ini kerana beliau lebih arif tentang penternakan kambing di Seri Manjung ini. Menurut bapa mertua saya, harga kambing telah naik. Dulu harganya sekitar RM 15.00 sekilo, tapi kini harganya mencecah RM 19.50 sekilo. Bayangkan kambing kampung yang berusia lebih dua tahun dan beratnya lebih kurang 35kg. Harganya boleh mencecah RM 700.00!!

Dari pencarian saya di internet terdapat lagi baka kambing yang lebih mahal dan lebih berat seperti Kambing Boer dan Kambing Janapari. Kambing-kambing jenis ini mampu mencapai berat sehingga 70kg.

Akhirnya, atas ikhtiar bapa mertua saya, beliau dapat juga dua ekor kambing untuk saya dan seekor untuk kakak ipar saya. Setiap ekor kambing saya berharga RM 550.00 dan kakak ipar saya berharga RM 700.00. Salah seekor dari kambing saya, saya beli dari pakcik kepada isteri saya. Beliau sebenarnya baru berjinak-jinak dengan penternakan kambing.

Saya mengambil kesempatan untuk menambah ilmu tentang penternakan kambing dengan melawat sendiri kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya. Walaupun masih baru dan kambingnya masih sedikit, namun saya sudah tertarik hati dengan penternakan kambing ini.

Memikirkan harga kambing yang agak mahal dan mungkin akan bertambah mahal, saya dapat merasakan penternakan kambing ini satu usahatani yang sangat menguntungkan. Bagus untuk dijadikan kerjaya selepas bersara.