Saturday, September 22, 2007

Nurin

Ikhsan NST Online

Apabila membandingkan dua wajah Nurin di atas, hanya satu sahaja yang terbayang diminda saya, bagaimanakah penderitaan yang dihadapi oleh adik Nurin disaat-saat maut menghampiri beliau?. Apalah dosa anak kecil ini sehingga diperlakukan sehina itu. Teriang-iang di imiginasi saya betapa anak manis ini menangis, merayu dan menahan kesakitan yang dideritanya. Manusia jenis apa yang melakukkan kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Rasa sedih, geram dan marah bercampur-campur bila menonton Buletin Utama malam tadi.

Satu sahaja, saya bermohon kepada Allah dengan keberkatan Ramadhan ini agar Allah segera menghukum manusia dajal ini agar tiada lagi anak kecil terinaya oleh manusia yang terkutuk ini. Ameen.

Al-Fatihah buat Nurin Jazlin Jazimin.

2 comments:

SyaM said...

cikgu..
manusia kini bertuankan nafsu
akal dan ilmu tidak lagi mampu menjadi pedoman....

Amir Azmi said...

Semoga kita terhindar dari golongan sebegitu dan mohon agar Allah memelihara keluarga kita dari gangguan golongan sebegitu.