Thursday, June 14, 2007

Tangan

Masa saya kecil dulu, ada rakan sedarjah yang suka meramal masa depan saya dengan melihat tapak tangan saya. Mereka menepuk-nepuk, memicit-micit dan mengepak tapak tangan saya untuk melihat urat-urat yang dapat memberi mereka maklumat tentang masa depan saya. Seingat saya, berdasarkan ‘ahli nujum tapak tangan’, tiada tanda-tanda yang saya akan memiliki anak!. Alhamdulillah, setakat ini saya telah dikurniakan dengan cahaya mata. Memang lucu. Persoalannya, dari mana mereka dapat ilmu ‘baca tapak tangan’ ini?. Beriya-iya menelek, beriya-iya meramal! Agaknya, itulah mentality kanak-kanak yang belum mumayyiz!

Bila saya dah besar sikit, ada kawan saya bagitau tentang tapak tangan perempuan. Dia kata, ada makna bila tapak tangan perempuan nampak pucat atau kelihatan kemerah-merahan. Katanya ada kaitan dengan peratus jumlah darah dalam badan perempuan! Pasal peratus jumlah darah perempuan sentiasa berubah!. =)

Semasa bercuti di Terengganu yang lalu, saya tergerak untuk merakam beberapa gambar ‘tangan’. Ada yang diambil secara sengaja dan ada juga secara tidak sengaja. Namun, bila saya perhatikan betul-betul gambar tangan itu, saya dapati ada sesuatu yang kita boleh pelajari. Tekstur, pigment, bentuk tangan itu sendiri mencerminkan sesuatu tentang empunya!

Gambar ini memang segaja saya ambil bila tekong kapal yang membawa kami mencandat sotong sedang berehat. Lihat pada kedut, bonjolan urat dan warna gelap kulit tangannya. Pada saya, itu adalah gambaran betapa jerihnya hidup sebagai seorang nelayan. Bekerja keras setiap hari walaupun tahu, rezeki tidak selalunya ada.

Gambar ini pula saya ambil dengan kerjasama seorang pakcik yang menjual batu cincin yang dibuat dari kayu. Lokasinya, Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Pakcik nie ‘talkative’ sikit. Segala jenis kayu dia tahu. Bukan setakat fizikal kayu tetapi rahsia alam mengenainya juga. Gambar menunjukkan beliau sedang mengasah sejenis kayu untuk dijadi batu cincin. Ada ciri-ciri kesungguhan yang tinggi. Namun, ada yang boleh saya percaya, tapi bila masuk bab mistik, saya cuma angguk-anggukkan kepala!.
Masa kami sekeluarga melawat Arfa Batik di Kuala Terengganu, ada demonstrasi melukis batik. Memang menarik. Cantiknya lukisan batik secantik pelukisnya. Penuh dengan ketelitian dan kesenian. Bagaimana lembutnya tangan yang melukis begitu juga lembutnya lukisan yang dihasilkan. Saya rasa, itu tangan anak dara!
Ini gambar tangan orang yang sentiasa ‘curious’. Dah selalu tonton Discovery, ini peluang melihat sendiri rupabentuk ‘Jaws’ meskipun ‘Jaws’ ini masih kecil lagi. Kecil-kecil cili api, kecil-kecil lagi rahangnya dah berceragah! Jerung ini ditangkap semasa kami mencandat sotong. Gambar tangan isteri saya sedang mengepak rahang anak jerung yang telah dipancing oleh bapanya sendiri!.

5 comments:

is150 said...

tangan... banyak cerita boleh tahu. memang kejadian Allah cukup sempurna...

szakif said...

idea mengambil gambar tangan orang sangat menarik. apatah lagi mentafsirkan "isi" tangan tu. takjub!

Amir Azmi said...

Pergerakan tangan juga sebenarnya merupakan bahasa badan yang paling jelas sekali. Saya pernah terbaca tentang orang yang selalu menggosok-gosokkan hidungnya dengan tangan semasa berkata-kata dengan kita. Hati-hati beliau sedang mereka-reka apa yang diperkatakan. Ini yang dipanggil 'Pinocchio Effect'!! Budak kayu yang memanjang hidungnya bila dia berkata bohong.

szakif said...

pinocchio effect? owh really? i learn sumthing new today. TQ..

sherrina said...

tu dia penangan D80, power :)