Thursday, May 11, 2006

Kisah Lombong Emas

Kegirangan di wajah Todd Russell dan Brant Webb sebaik sahaja menghirup udara di permukaan bumi (Ian Waldie/Pool/Reuters).

Akhirnya dua pelombong yang terperangkap sejak Hari ANZAC (25 April) yang lalu dapat melihat kembali langit Beaconfields, Tasmania pada 9 Mei 2006. Mereka terperangkap di dalam lombong emas yang dalamnya kira-kira 1 km. Salah seorang dari mereka, Larry Knight telah terkorban sejak awal runtuhan lagi dan telah dikebumikan sebaik sahaja kedua sahabat mereka diselamatkan. Seluruh Australia menanti dengan penuh perhatian dan bermacam-macam spekulasi telah di buat sepanjang pertapaan mereka di dalam perut bumi itu.

Richard Carleton dari 60 Minutes.

Richard Carleton rebah sebaik sahaja menemubual pengurus lombong emas, Matthew Gill (AP Photo/Rick Rycroft).

Oleh kerana tumpuan yang meluas dan tegang, salah seorang wartawan veteran Nine Network telah meninggal di tempat kejadian 2 hari sebelum kedua-dua pelombong tersebut diselamatkan. Richard Carleton merupakan wartawan yang sangat terkenal di Australia terutama dalam racangan yang dihos olehnya 60 Minutes. Beliau telah di serang sakit jantung. Ironinya, sebelum beliau rebah, beliau sempat menandatangai autograph seorang peminatnya dengan kata-kata "Have a healthy life. Richard Carleton, 60 Minutes."

Bill Shorten sedang dikerumini wartawan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang dua pelombong yang terperangkap.(AFP/William West)

Lebih menarik lagi dalam tragedi di Beaconfields ini adalah penonjolan seorang tokoh pembangkang dari Parti Buruh Australia, Bill Shorten. Setiap kali tragedi di Beaconfields ke udara di TV, ada sahaja muka Bill Shorten memberi maklumat terkini tentang kemalangan tersebut. Beliau bercakap kepada wartawan seolah-olah beliau adalah seorang pakar lombong, pakar letupan, pakar gempa, pakar kesihatan, pakar psikologi dan lain-lain lagi. Segala pertanyaan dari pemberita dijawab olehnya dengan penuh yakin. Apa yang peliknya, semua maklumat itu digunapakai oleh pemberita sebagai bahan laporan mereka.

Sama ada pemberita malas tanya pakar, atau Bill Shorten mempunyai ramai penasihat atau Bill Shorten sememangnya mempunyai pengetahuan yang luas dalam banyak hal!. Apa yang pasti, namanya kini semakin harum di kalangan parti pembangkang Australia.

5 comments:

BooK said...

amirazmi:
tiap2 hari ade updet pasal ni. hari tu la. ade je interrupt. aha.
oit. winter ni aku ke melben lagi. kau bile nak ke adelaide?

Unknown said...

bill sherton tu kira macam wakil rakyat kawasan tu la cikgu? ke just menyibuk kat situ supaye musim mengundi seterusnya nama dia akan naik?

apa2pun, takziah kepada keluarga si mati... (walaupun mereka mmg tak paham bahse melayu)

Anonymous said...

sekarang ni, selepas mereka berjaya keluar dari lombong, ramai wakil media ingin menemubual mereka dan sanggup membayar apa sahaja. Sehinggakan Oprah Winfrey dari USA pun mencari mereka. Sungguh bertuah....

sherrina said...

alangkah indah dan nyamannya udara negara Malaysia seandainya ahli2 parlimen dan wakil2 rakyat kita sehebat Bill Sherton. Kalau tak 100% sepadan, suku pun jadiklah..muak lah dengan pembongkaran demi pembongkaran wajah sebenar pemimpin2 kita yg lemah IQ.

p/s: kalau tak genuine cerdik pun, pura2 cerdik pun jadiklah...

Unknown said...

book: Ada lagi kat Melbourne ni masa winter, cuma sebulan jer rasa winter!. Bulan Julai balik ke Malaysia yang tercinta!

Adelaide!! jauh sangat la dan hujung course nie dah tak der cuti dah dan dah semakin sibuk! memang teringin dan jelajah seluruh Australia nie, InsyaAllah, tunggu advance course nanti!

szakif: Bill Shorten tu kalau tak silap setiausaha Parti Buruh seluruh Australia. Sekarang nie, Parti Buruh dikira pembangkang kat Australia nie.

Keberadaanya kat situ nak membuktikan bahawa beliau menjaga kebajikan perkerja di Australia nie. Memang tepat pun peranannya di Beaconfields. Beliau benar-benar menjadi hamba kepada buruh.

Cikgu rasa, biasala orang politik! Serampang dua mata. Pastinya dia seorang yang bijak pada masa yang betul, tempat yang betul dan situasi yang betul!

hafiz: Thanks for info! Itulah hikmahnya kot bertapa dalam tanah runtuh selama 2 minggu!

sherrina: Iklim politik di Australia nie jauh berbeza dengan iklim politik Malaysia.

Di sini yang dikatakan kebebasan akhbar yang sebenar. Wakil media boleh menulis apa sahaja, dan tanpa mengira dari sumber mana mereka dapat.

Satu lagi, masyarakat sini pun mentalitinya tinggi, mereka sediri pandai memilih pemimpin yang ikhlas dan menolak mentah-mentah pemimpin yang lemah, sama ada kerajaan atau pembangkang!

Bagi saya, di Australia, rakyatnya suka pembangkang yang cerdik untuk membina kerajaan yang bijaksana.