Monday, January 16, 2006

Memuliakan Tetamu

Sesiapa sahaja akan gembira apabila disambut dengan sebenar-benarnya sebagai tetamu. Terasa diri dihargai walaupun tuan rumah hanya termampu menyediakan untuk kita sekadar yang mampu. Menghormati tetamu bukan sahaja tuntutan adat, malah dalam Islam sendiri. Memuliakan tetamu itu tuntutan yang utama melebihi tuntutan keluarga.

Pernah dengar kisah dalam kitab lama bagaimana sebuah keluarga miskin terpaksa menidurkan anaknya yang lapar semata-mata untuk menghidangkan makanan yang ada kepada tetamu?

Dalam perkhidmatan ini, saya banyak belajar bagaimana nak memuliakan tetamu dengan sebenar-benarnya. Pengalaman sebagai Pegawai Pengiring banyak membantu saya bagaimana hendak mempermudahkan segala urusan tetamu. Memastikan tetamu benar-benar enjoy menerima kita sebagai tuan rumah.

Berdasarkan pengalaman saya, ada beberapa perkara yang harus kita fikirkan dan lakukan sebelum menerima tetamu. Di antaranya;

Sajian dan Penginapan: Ini adalah perkara yang paling utama. Keperluan asas manusia dan keperluan yang sangat-sangat asas bagi tetamu. Biasanya, dan sudah pasti. Tetamu mahukan sajian yang enak dan penginapan yang sangat selesa pada harga yang berpatutan. Walaupun sebenarnya malu nak cakap yang murah!. Itu tidak mengapa, perkara yang sedia maklum. Di sini tuan rumah memerlukan pengetahuan yang unik tentang sajian dan penginapan yang terdapat di sekitar tempat tinggal tuan rumah.

Pandu arah: Pastinya tetamu menghadapi kesulitan apabila tiba di tempat yang baru. Tentang selok belok jalan dan lokasi. Tuan rumah yang benar-benar mahir tentang tempat tinggalnya sahaja yang mampu memberi pandu arah yang menyakinkan dan menyenangkan tetamu untuk menemui tempat yang hendak dituju. Kerap kali kita terdengar tentang tetamu yang mengambil masa yang lama untuk tiba kediaman tuan rumah, gara-gara maklumat pandu arah yang salah!. Bonus! sekiranya anda mahir tentang cuaca. Hujan, panas, mendung. Pengetahuan tentang alam yang sangat membantu.

Masa: Masa itu emas!. Tuan rumah yang bijak mampu memberi nasihat tentang jalan mana yang harus dilalui untuk menjimatkan masa. Mengelak dari melalui jalan yang membebankan tetamu. Sehingga dapat menasihat tetamu jalan mana yang boleh di pecut tanpa dikesan oleh laser Pak Polisi. :)

Rekreasi: Pastinya tetamu sangat gembira bila tuan rumah dapat membawa keluarga tetamu ke tempat rekreasi yang menarik tanpa memerlukan kos yang besar. Di sini, Pantai Teluk Batik pilihan saya untuk tetamu bergembira untuk melupakan penat lelah memandu. Ada juga yang suka main golf, bowling dan lain-lain. Jadilah penasihat yang luas pengetahuannya, pasti tetamu tidak akan dapat melupakan anda!!

Tinjauan: Untuk menjadi penasihat tetamu yang terbaik, tinjauan haruslah dilakukan terutama tempat itu masih baru bagi tuan rumah. Ambil masa sedikit dan pastinya, ada dapat memberi gambaran yang terbaik kepada tetamu anda.

Jumaat lepas, saya sekali lagi merasa sangat gembira kerana dapat membantu seorang bekas Pegawai Kanan yang menjadi tetamu saya. Beliau memerlukan penginapan sementara untuk pendaftaran anaknya di Universiti Petronas, Seri Iskandar. Beliau sekelurga (7 orang) dapat menginap di kediaman yang selesa dengan kadar RM 55.00, makan malam (ikan siakap 3 ekor) dengan harga yang sangat berpatutan dan gembira kerana dapat tiba ke Lumut dalam jangka masa yang singkat. Seperti yang saya maklum kepada beliau, "Mir, Seri Iskandar nie memang panas!!".

Sepengalaman saya meraikan tetamu-tetamu saya, anda tidak memerlukan kos yang besar jika anda mempunyai perancangan yang terbaik untuk tetamu anda. Sangat gembira kerana dapat mengembirakan tetamu.

5 comments:

L. Pralangga said...

Senang hati sudah bisa mampir kemari, salam hangat dari afrika barat.. jikalau waktu longgar sila main ke warung saya di Monrovia.. :)

abdullahjones said...

:/

Unknown said...

cikgu buka perniagaan ape ni cikgu sebenarnye? anyway, congrtaz for winning Best Blog... cam ne nak join kelab journal tu cikgu?

Anonymous said...

hadiah utk anugerah weblog harapan terbaik masih ada pada saya. minta email atau telefon untuk confirmkan tempat & masa nak ambil ASAP. if possible.

Salina,
norsalina79ATyahooDOTcom,
http://norsalina.blogspot.com
013-325 7835

Unknown said...

luigi: Terima kasih kerana mampir ke sini. Sekarang terlalu sibuk, sekadar membaca blog saudara sahaja. InsyaAllah lain kali saya tinggal komen di blog saudara. Pengembaraan saudara sungguh hebat!!.

abdullahjones: :)

szakif: cikgu main autosurf! cuba lawat blog cikgu, http://tuaiemas.blogspot.com. boleh dapat idea sikit kot tentang autosurf.

norsalina: Roger!!