Thursday, January 12, 2006

Antara Insuran dan Sikap

Sumber: www.utusan.com.my
Pada pagi 9 Jan yang lalu di pantai Kampung Bharu, Seberang Takir. Lebih 1,500 penduduk berduyun-duyun ke pantai dan kemudian berebut-rebut untuk mengambil bungkusan udang harimau setelah kontena yang terdampar di pantai itu berjaya dipecahkan. Barangan seperti udang putih yang sudah siap diproses itu berada dalam kotak dipercayai produk Kemboja berdasarkan di kotak itu terdapat tulisan product of Cambodia. Apa yang menarik, kaum wanita termasuk suri rumah tidak segan silu untuk menyertai pesta barangan percuma itu. Sebelum itu, ramai di kalangan mereka berusaha memecahkan kontena tersebut bagi mendapatkan udang tanpa mengira keselamatan diri walaupun ketika itu kontena berkenaan dipukul ombak besar.

Pada 10 Jan, Utusan Malaysia, salah seorang tokoh agama, Wan Mohd. Wan Hassan berkata:
"Hukumnya sangat jelas iaitu barang tersebut masih ada tuan punya. Walaupun ia terdampar di tepi pantai orang ramai tidak boleh mengambilnya sesuka hati."
"Perbuatan itu adalah dikira mencuri dan barang yang diambil itu juga haram, kerana ia nyata sekali bukan hak mereka."
"Dalam Islam, kalau terjumpa sesuatu benda di tempat umum, kita mesti mengiklankan penemuan barang tersebut terlebih dahulu supaya pemilik sebenar boleh menuntutnya semula.''

Pada hari yang sama dan surat khabar yang sama seorang jurucakap sebuah syarikat pengurusan kontena memberitahu, setiap barangan yang dihantar menggunakan kapal, dilindungi sepenuhnya oleh insurans kapal berkenaan.
"Sekiranya kontena itu terjatuh ke dalam laut, maka pemilik barangan tersebut akan dibayar pampasan oleh syarikat perkapalan berkenaan''.

Pada hari ini, Awang Selamat menulis di dalam ruang komentarnya,"Dalam insiden di pantai Terengganu, tuan punya barangan dalam kontena itu tidak akan rugi apa-apa kerana dilindungi insurans. Hendak dipulangkan kepada pembekalnya yang dipercayai di Kemboja, bukan kerja mudah."
"Mungkin dalam hal ini boleh dicari ruang untuk memberi sedikit kelonggaran serta kemaafan."

Diruang forum, Utusan Malaysia. IRMAZ DINIZm dari Pendang, Kedah. Menulis tentang Pesta berebut rezeki terpijak dedah perangai buruk masyarakat kita. Di dalam tulisannya beliau ada menyebut, "Dan tidakkah mereka terfikir kemungkinan barangan yang diambil dari kontena itu adalah bahan yang hendak dilupuskan akibat dicemari racun, virus dan sebagainya. Bayangkan jika itulah realitinya, sudah pasti akan berlaku satu tragedi besar yang meragut nyawa ratusan mangsa. Akhirnya kerajaan pula yang akan dipersalahkan kerana lambat bertindak."

"Selain itu, sepatutnya sebagai umat Islam, mereka harus menyedari bahawa makanan yang diambil dari kontena tersebut apabila dimakan akan menjadi darah daging. Apabila sudah menjadi darah daging ia akan menjejaskan roh ibadat dan tahap makbul doa. Apabila ibadat dan doa terjejas, maka sudah tentu pintu rezeki akan bertambah sukar. Itu belum dikira pembalasan di akhirat."

Amir Azmi menulis, sama ada makanan dari kontena itu diinsuran atau tidak, ianya tetap bukan rezeki kita yang halal melainkan ia di izinkan oleh tuan punya. Setakat ini, masyarakat kita belum ada lagi sikap menghormati harta orang lain dan sebaliknya lebih gembira menjarah harta tanpa tuan.

Walaupun sikap menghormati hak dan harta orang lain dalam kes itu nampak remeh tapi impaknya besar. Ia menipiskan sikap berhati-hati, kewaspadaan dan secara halus mendidik sikap rakus masyarakat kita. Bayangkan jika musuh hendak menawan negara kita. Senjata pertama yang mereka hantar ke pantai-pantai Malaysia ialah, makanan segar yang beracun dalam kontena. Barangkali Cheese Cake kegemaran saya!!

Pastinya iman dan takwa itu benteng yang paling kukuh dalam diri seorang muslim.

3 comments:

Anonymous said...

Dari peristiwa ini mungkin Allah nak bagi kita melihat dan berfikir lah tu.

Anonymous said...

ia menunjukkan masyarakat kita masih lagi berfikiran kolot.
kalo d'lihat semula pd "Melayu Dilema" karya TUn Mahathir pasti akan nampak sikap ambil 'mudah' tu..

janji aku kenyang...
deen

Unknown said...

bahtiar: Manusia-manusia yang diuji dengan rezeki yang terapong dari laut. Mudah-mudahan Allah kuatkan Iman kita. Ameen.

deen: Bila nak berubah pun tak tahu la. Kandang-kadang kesian juga nasib peribumi nie. Mungkin tahu taapi 'tak sedar'!!