Saturday, July 23, 2005

Kayak ke Teluk Senangin

Lebih kurang jam 0800, semua berkumpul di Rumah Bot. Cuaca sangat bagus dan kabus boleh kata memenuhi permukaan laut. Sedikit taklimat dari staff, kemudian pembahagian kepada dua kumpulan. Kumpulan naik perahu panjang dan kumpulan naik kayak. Bermula dengan warm-up dan terus mula mengayuh. Tak sangka pula perjalanan yang ingat kan dekat rupanya ambil masa dekat 1 1/2 jam. Nampak memang dah nampak tapi kayuh tak sampai-sampai. Namun, akhirnya sampai juga. Rehat sat, makan-makan dan 'joyride' naik 'laser' (perahu layar) dan 'speed bot'. Kurang lebih 2 jam, kayak dan perahu panjang bergerak balik ke Rumah Bot. Diiringi oleh bot bantuan berenjin. Lebih kurang jam 1300, sampai la ke Rumah Bot. Lega... Alhamdulillah. First time service dengan Navy dah dapat naik kayak ke Teluk Senangin. What a lovely experience!!

1 comment:

pakdi said...

tri service tu maksudnya combination service? air force, navy dengan TD?